Wednesday, December 27, 2017

Trip Ke China : Day 3 - Beijing Stadium & Train To Xian


Harini merupakan hari terakhir aku di Beijing sebelum bergerak ke Xian. Train ke Xian pada pukul 6.50 petang, jadi aku banyak masa lagi. Mengikut itinerary asal pada pagi tu aku akan ke Summer Palace, pastu ke stadium. Tapi akibat kemalasan yang melampau, laki aku pon tak larat dan terasa macam agak rush disitu maka kami cancel ke Summer Palace. Pagi tu bangun dengan cuaca yang lebih sejuk dari biasa, aku bangun prepare apa yang patut takut kang ada pulak yang tertinggal barang. Kami check out dari hotel ngam2 pukul 12 tghari, dan terus ke Beijing West Railway Station. Hajat kesana dulu sebab nak simpan beg, takkan lah nak bawak merata, tak mampu aku nak pikul. Sampai di stesen kami terus ke level 2, bukan cari tempat simpan beg tapi cari kat mana imigresen untuk masuk pintu utama ruang menunggu train.Bimbang kalo2 kami terlambat nanti takde la terpinga2 mencari. Kat China, nak naik train sistemnya sama macam naik flight. Jadi berpandukan signboard yang ada kami jumpa jugak pintu utama. Tanya abang polis kat situ dia cakap "toi..toi" maka betul la tu. Mudah je nak cari, keluar dari level 2 nanti ada tangga naik je ke atas.

Tuesday, December 26, 2017

Trip Ke China : Day 2 - Niujie Mosque & Wangfujing Street

Ihsan google
Sampai je di Dongzhimen station kami terus gerak ke Niujie Mosque. Maap yer..gambar tak de.. Paham2 jela kamera time sejuk, dia pon malas2 je nak snap gambar. Ada gambar dalam hp aku, lupa plk nak transfer. So aku cari la gambar ihsan dari google. Sampai di Niujie Mosque pon hari dah gelap. Mudah je nak ke masjid, keluar dari stesen Guang'anmennei (Exit 2) jalan je terus sampai jumpa simpang 4.. lintas ke kanan terus lagi..dari seberang jalan dah boleh nampak pintu gerbang ke masjid.Tapi tak sampai masjid lagi taw..kena masuk ikot je jalan tu nanti jumpa masjid kat belakang. Dekat area situ ada banyak kedai halal termasuk supermarket ni.. Aku singgah beli jajan buat alas perut. Kat dalam tu jugak ada jual buah plum bersalut gula, jangan lupa beli. Sangat sedap..aku ada makan benda sama dekat Xian tapi tak sedap. Tengah seronok dok lepak tepi jalan sambil makan buah datang satu family ni dari Malaysia jugak, dorang tanya aku kat mana food court halal seperti yang digembar gemburkan oleh travelers sebelum ni. Dorang tak tahu yang aku pon tengah cari tempat yang sama, dah give up tu yang makan buah kat tepi jalan..hahahaha..

Thursday, December 21, 2017

Trip Ke China : Day 2 - Mutianyu Great Wall Of China


Misi hari kedua diteruskan dengan pengembaraan ke Great Wall of China. Wah..tak sangka sampai jugak yer.. Pagi tu bangun sejuk ya hamat..nak mandi ngn tak tu sama banyak tapi aku tetap mandi sebab budaya kita memang mandi tiap2 hari..wahahaha..Budaya tak mandi tu jangan ikot ok.. Breakfast secawan nescafe berserta chipsmore sebagai alas perut maka kami memulakan perjalanan ke sana. Mengapa aku pilih ke Mutianyu bukan ke Badaling..? Sebab Mutianyu agak kurang tourist berbanding Badaling. Rata2 tour guide pon memang suka bawak tourist ke Badaling, jadi kat sana agak pack berbanding Mutianyu. Aku nak pergi tempat yang kurang tourist senang nak bergambar riak..so aku pilih Mutianyu. Dari hostel kami naik subway ke Dongzhimen station pastu keluar di exit C korang follow je "Transport Hub" ke stesen bus.

Tuesday, December 19, 2017

Trip Ke China : Day 1 - Tiananmen Square & Forbidden City


Lepas beli tiket di Beijing West Railway station, kami bergerak ke Tiananmen Square. Macam biasa sebelum nak masuk beli tiket subway kena la spot check dulu. Manusia punyala ramai..stress betul hakak. Dalam train walopon tengah berdiri kami masih mampu tido, punya mengantuk baq hanggg.. Sampai di Tiananmen Square, korang follow je yang ramai2 tu..dorang pon nak pergi tempat yang sama. Kalau nak tahu Tiananmen Square ni dibina pada zaman Dinasti Ming pada tahun 1420-an dan pada tahun 1989 ia telah menjadi tempat berhimpun rakyat China terutama golongan pelajar dan para aktivis dalam protes tunjuk perasaan terhadap Parti Komunis China kerana mereka mahukan kerajaan demokrasi dan lebih kebebasan. Dekat dataran ni jugak lah pengisytiharan Republic Rakyat China oleh Mao Zedong pada 1 Oktober 1949. Nampak gambar besor tu..Itulah Mao Zedong. Sapa pulak Mao Zedong nih..?? Google la sendiri.. :P

Thursday, December 14, 2017

Trip Ke China : Day 1 - Hello China..!



Setelah menghimpun segala kekuatan,aku tekad untuk terus mengarang dan menghabiskan cerita pasal trip aku ke China. Kami ke sana pada bulan November selama lebih kurang 9 hari.. Trip ini bermula di Beijing dan berakhir di Xian. Pada 4 Nov lebih kurang pukul 5 ptg kami bertolak dari rumah. Sekarang semua serba mudah, aku naik uber je dari rumah terus ke Putrajaya Sentral, amik KLIA transit ke airport. Flight kami pukul 10.25 malam, kami bertolak awal ke airport sebab tak nak rushing macam trip Japan sebelum ni. Lebih kurang pukul 8 malam kami masuk boarding. Masa pemeriksaaan tiket, staff tu cakap kat aku, patutnya aku ke kaunter dulu untuk buat pemeriksaan visa, lohhhh..mana nak taw, aku dah print boarding tiket terus jela wat macam biasa, biasalah first time pergi negara yang bervisa,mana nak taw sangat kekdahnya. So aku tanya la, sekarang macamana.. cuak gak aku kot dia soh aku patah balik g kaunter ke ape, then dia cakap takpe next time pergi kaunter dulu ye.. Fuhh..lega..hehehehe..

Wednesday, December 13, 2017

Bali Sempena Tahun Ke-6 #nwtravellingbanana


Yeahhhh...fresh from oven.. Trip lepas pon merangkak nak mengarang,dia bukak trip baru pulak.. Hahahaha.. Well..for the next year aku nak combined semua sekali which is besday laki aku, besday aku and kiteorang punya anniversary all in one celebrate kat Bali. Macam tahun2 yang lepas every celebration weolls pergi bercuti, so tahun ni kita habiskan duit sekali saja..tak payah banyak2 kali..katanyaaaa.. -_-

Why I choose Bali..?? sebelum ni aku tak teringin pon nak pegi but my friend always pushing me.. "Go la Bali..Bali nice..U suggest me suruh pergi Jogja,I go now its your turn follow my suggestion." Ayat yang selalu opismate aku cakap kat aku.. So dengan termakan ayat manis beliau tambahan pulak harini AA ada wat promo ke Bali, dengan bateri kereta aku kong pagi tadi dah terbang RM200 duit laki aku, dengan perasaan bercampur baur aku tetap mengagahkan diri book tiket ke Bali..Sumpah gagah weiii..Hahaha..Sebab aku rasa harga sangat worth it RM99 sehala. Maybe AA open balik route ke Bali selepas keadaan gunung Agung dah makin reda that's why dia wat promo.

Aku takmo beli return tiket coz Bali sekarang still dalam keadaan berjaga2..so aku pon ikot berjaga2 sekali la..hahaha.. If anything happend also aku tak ralat sangat. Sooo..yeahhh.. Happy honeymoon to us.. Hahahahaha.. Untuk trip kali ni kami decided nak betul2 enjoy our honeymoon..letih jugak asyik jadi backpackers..mihmihmih...

Friday, December 8, 2017

Hotel Review - Xian Qixian 7 Sages Youth Hostel, Xian China


Berbeza pulak di Xian, staff dihotel pilihan aku ni amat friendly, cakap je nak ape dorang akan bantu. Aku memilih untuk stay selama 4d 3n di 7 Sages Youth Hostel. Aku booked thru booking.com. Pada asalnya aku dah booked Ancient City Youth Hostel, tapi entah macamana aku berminat kat hostel ni pulak. Biasa la book tak payah bayar kan,boleh la main tukar2..mihmihmih..Well..peminat sejarah of kos la nak book hotel yang ancient jek..hehehehe.. Aku suka gila kat hostel ni, dan aku menyeru pada peminat2 architecture dan sejarah untuk stay kat sini. Harga untuk 3 malam amat murah cuma RM198 currency time tu 100yuan = RM63.95. (Taik la...time aku nak berjalan time tu la currency naik..menyampah -_- ) Tanpa membuang masa..jommmmm..kita tengok gambar...

Hotel Review - Happy Dragon Hostel, Beijing China


Morning gais.. Tanpa mukadimah yang merapu,moh kita straight to the point. Aku nak review sikit hotel trip aku yang lepas. Aku try shoot seberapa banyak entry yang boleh. Tak boleh pending sangat, nanti malas nak menaip..hahahaha.. Ok..untuk penginapan di Beijing aku pilih Happy Dragon Hostel antara sebab yang pertama mestilah booking fee is free..hahahaa.. Bayar masa check in. Hotel ni juga berdekatan dengan stesen subway..senang nak ulang alik.Untuk pro and cons pasal hotel ni nanti aku ceritakan. Selalunya aku booked hotel thru booking.com tapi untuk hotel ni aku pilih booked melalui agoda. Pada asalnya tak rancang pon nak ke Beijing. Kami cuma nak pegi Xian ja,tapi berbulan monitor tiket flight p Xian harga makin tak munasarawak, dah tu tiket multicity jauh lagi murah,pujuk laki aku end up kami decided turun di Beijing balik ikot Xian.

Friday, November 24, 2017

Jalan-Jalan Cari Makan di China


Hello everybody..rasa malas gila nak update blog. Macam tak dak idea pon ada. Ok saja aku post gambar kat atas untuk naikkkan mood. Tiap kali aku tengok je gambar ni mesti gelak sorang2.. Jangan salah ek,tengok betul2..hahahahaha..hati2 kalo beli barang kat sana..kang salah beli seumur hidup kena bahan ngn kawan2.. Siyesly masa ni kami laki bini berhenti rehat, tengah2 sembang laki aku ternampak kedai nih..berdekah2 gelak..ada banyak lagi yang di-rebrand di sana..cukupla yang ni pon dah buat aku terhibur.

Dihari yang malas ni aku nak throwback sikit JJCM aku selama seminggu di China. Best ke tak trip aku kali ni nanti aku cerita di entry akan datang. (Doakan aku rajin menaip..) Semasa aku di Beijing, nak cari makanan halal tak de la semudah di Xian. Muslim Street di Xian umpama syurga dunia wat aku time tu..Bayangkan laki aku,aku ajak masuk tourist attraction berbayar dia tak nak..katanya duit tu dia nak guna beli makanan kat Muslim Street.Dasyat betul selera dia masa kat sana..hahaha..

Thursday, October 12, 2017

Cara Aku Apply Visa Ke China.


Ok..harini aku nak ajar cara mudah ya hamat untuk buat visa ke China..nak buat visa ni tak susah pon sebenarnya cuma kalo ko prefer nak buat sendiri tu yang makan cuti sikit..ko nak kene pegi buat then lepas 4 hari nak pegi amik pulak..kalo nak mudah boleh je upah runner tapi ko kena keluarkan modal lebih sikit la..tapi janji cuti ko save..terpulang la nak yang mana satu. Semalam aku pergi buat visa dengan laki aku..kiteorang merempit naik motor je.. appoinment aku pukul 11.30 pagi..aku amat2 menggalakkan korang buat appoinment dulu sebelum pergi,sebab kalo korang tak bernasib baik time korang pergi orang ramai, maka bertabahlah menunggu..kalo ko wat appoinment, ko dilayan bak vip. hahahaha..

Dalam pukul 10 pagi aku gerak dari rumah..dalam perjalanan lagi sikit nak masuk ke jalan Parlimen entah macamana laki aku terlajak sikit je sebab selit2 celah kereta,jalan jem la katakan..boleh pulak kiteorang terlepas lorong..kalo bukan kerana ada tembok memang dah boleh patah balik..dah jadi satu hal pulak nak cari jalan u-turn..jalan punya jalan lepas ke Jalan Ipoh..tengok jam dah dekat pukul 11.. Ah..sudah,sempat ke sampai nih,aku cakap dalam hati.. Laki aku pon main agak2 last2 keluar kat Jalan Sentul..situ dia dah expert dah sebab salu pegi, time tu pon aku dah nampak KLCC..wahhh.. gembiraa..tengok jam lagi, haa..sempat nih baru pukul 11.10.. Ok dalam cakap sempat tu laki aku boleh pulak terlajak lagi, patutnya nak ke KLCC masuk kiri, dia straight.. bukan salah dia pon, paham2 jela..jalan KL macamana, jammed everywhere aku pon pening..tapi luckly la sehari sebelum pegi aku dah riki jalan pakai instant view..so nak cari tempat tu tak sesat barat lagi dah..nak ke visa center ni tak susah pon dari KLCC..korang straight je depan Avenue K, pastu nampak bangunan Bank Of China, belok kiri..pastu straight lagi terus nampak bangunan dia belah kiri. Tengok2 jam pukul 11.20..ngam.

Monday, October 9, 2017

Next Trip Progress #nwbeijingxiantrip



Setelah berbulan-bulan hunting tiket ke Xian tapi tak berjaya,last2 aku pilih turun di Beijing balik ikot Xian..puaih hati..konon bajet final call harga tiket akan jatuh merudum la khen..hampeh..maybe sebab Xian punya flight sehari cuma sekali secara berselang lak tu, so AA pikir "ah tak payah promo la..kalo ada yang desperate nak tak nak dorang beli jugak.." maka..promo pon non hado la kekdahnya. Main kasar ko kan AA..

Mengikut plan asal aku memang nak naik turun Xian je,so aku booked awal segala hotel sume..end up everything dah berubah,terpaksa la aku cancel..nasib baik book without payment, boleh la main cancel je..mihmihmih..well..aku cancel bersebab okeh..bukan saja2..Tiket multicity yang aku dapat ni nak kata murah tu tak jugak..sebab sebelum ni masa AA wat promo Beijing RM299, aku tengah berkira2 nak beli ke tak disebabkan laki aku yang cerewet tu tak nak pegi Beijing..dah naik harga baru gegeh tukar fikiran..geram pulak aku gase..pejam mata jela beli dah nak pegi sangat kan..hahaha..

Friday, August 18, 2017

Di Usia 30-an Baru Sibuk Jaga Muka..Huh.



Tengok tajuk kat atas pon dah sakit hati..gase cam baru semalam je lahir harini dah masuk 30-an dah. Kejap betul masa berlalu..Perempuan bila masuk usia 30-an mula la sibuk nak jaga diri.. Aku ni sebelum ni mana nak pandai melaram sangat..Sephora pon tak penah masuk taw..tak berminat langsung, konon muka selebet macam ni pon laki aku nak..hahahaha.. tapi perspektif tu berubah bila aku mula masuk umur 30-an.. eh..eh..betul la ape aku baca..perempuan akan lebih cantik bila dia berusia 30 ke atas.. kenapa time tu perempuan selebet bertukar jadi cantik..???

Ok..ni aku cerita based on apa yang aku rasa ek.. bila aku masuk umur 30,aku mula takot tgk garisan2 halus kat muka..yes betul kita as a human memang tak boleh elak sume ni, tapi kita boleh cegah kan..sebelum sampai waktu ape kata kita cari alternatif untuk melambatkan ianya terjadi.. Aku tak de la nak muka aku nampak muda belia (hakikatnya memang nakkkkkk sangat) tapi biarlah selari dengan usia.. Aku jadi bersemangat nak jaga penampilan bila aku tengok ada kawan2 aku yang anak 2,3 orang dah mula tak jaga diri,nampak tua dari umur sebenar, jadi benda2 tu wat aku terpikir adakah aku nak ikot macam dorang or aku nak jaga diri sendiri..thanks buddy..sebab korang aku makin pandai jaga diri..wahahahaha..

Tuesday, August 15, 2017

Tips Penjagaan Contact Lens Yang Betul


Ok..harini aku nak bercerita sikit pasal penjagaan contact lens. Aku ni rabun since sekolah rendah lagi, cuma aku ni spesis yang tak suka pakai spek mata walopon mak ayah aku habiskan duit wat spek mata kat aku, so aku berjaya hidup dalam kerabunan berabad lamanya..hahaha.. Sebab utama aku tak nak pakai spek sebab tudung payah nak bentuk..Orang lain pakai aku nampak helok je tudung dorang terbentuk, kalo aku pakai mula la tudung kembang la,senget benget la,pastu laki aku suka cakap bila aku pakai spek nampak macam makcik2..huh..pastu jenis aku tak boleh pakai spek terlalu lama, bila aku bukak je automatik aku sakit kepala then power aku pon bertambah2 dengan jayanya..so bagi mengelakkan aku bertambah rabun,aku cuma pakai spek time drive dan time aku sakit kepala.. Memang susah bila ko rabun,tapi nak hidup macam orang bermata cerah..memang sume benda ko nampak kabur..bagi aku yang dah terbiasa ni,aku gase ok je..apetah lagi bila dicop sombong,orang hai kat ko dari jauh ko wat tak tahu je..wakakakaka...

Tuesday, August 8, 2017

#nwridejourney - Felda Residence Hot Springs, Sg Klah


Destinasi kedua selepas selesai menikmati nasi bamboo,kami meneruskan perjalanan ke Felda Hot Springs..dari tempat makan nak ke hot springs ni tak dela jauh mana pon.. Hot springs ni kalo ikotkan dah bertahun lamanya aku plan nak pegi,tak sampai2,at last sampai jugak..Dari jalan besar nak ke sini lebih kurang 9km..(rasanya..aku agak2 je tu..bhahaha) memang hot springs ni jauh ke dalam.. bagi mereka2 yang spesis suka nature macam aku ni, korang kena pegi..Aku suggestkan korang pergi hari biasa la orang tak ramai..tenang sikit nak berjalan2..hehehe..tiket masuk RM15 bagi dewasa.. cepat benor naik harga eh..tak salah aku sebelum ni RM10 je.. Bagi aku harga tiket a quite expensive la.. tapi nak wat cane..nak tak nak kena la bayor.. Tambah2 aku ni masuk tapi tak mandi, lagi gase cam membazirrrr sangatttt...

#nwridejourney - Nasi Bamboo Sungai Klah


Dah hampir 4 bulan aku mereput tanpa sebarang aktiviti mengukur jalan, Finally..tadaaaaaa...!!I'm back bebeh..Last week team bikers laki aku plan ke Sungai Klah..asalnya aku tak nak pegi sebabnya tak de helmet..bukan tak de langsung,tapi helmet lama aku tu mcm tak secure plk nak jalan jauh..aku ni spesis kepala kecik,kalo pakai helmet goyang2 ni gase cam nak terbang je..Tapi disebabkan laki aku belikan helmet baru yang lebih menjamin safety,aku pon on terus jela..hahaha..eleh..nk soh aku follow letew,tu yang pegi beli helmet jugak..nampak sgt kalo tak bawak aku,tak de istilah "kegembiraan berpanjangan" dalam hidup dia..kah..

Friday, April 14, 2017

Birthday Treats In Advance - Kehijauan Cyberview Resort & Spa


Weekend lepas aku meluangkan masa yang ada untuk menikmati kehijauan alam semesta..wah.. poyonyerr.. Lebih kurang pukul 12 tengahari kami keluar rumah, jarak dari rumah aku nak ke Cyberjaya tak jauh pon..memang tempat keje laki aku je area situ..sengaja aku keluar rumah awal sebab temankan laki aku pergi beli hanset baru..Lepas habis proses menghabiskan duit kami terus ke Cyberjaya..perut dah keroncong..tengok jam dah dekat pukul 2 petang.. So kiteorang decided nak lunch dekat Mad nasik ayam kampung.. Kenyang perut kami terus je ke Cyberview.

Wednesday, April 12, 2017

Hotel Review - Cyberview Resort & Spa


Hello..Assalamualaikum..Selamat hari Rabu..hahaha.. Lambat benor gase nak weekend..Okeh harini hakak nak wat review sikit..Well. dah masuk April kan..so April ni bulan baby girl la nak celebrate birthday sikit.. Nak kata celebrate tu tak sangat la..starting nak check in pon mood dah swing nasib dapat cover dengan permandangan cantik kat Cyberview nih.. Kalo ade yang baca blog aku,sebenarnya aku penah book resort ni tak salah dua tahun lepas untuk celebrate kiteorang punya anniversary,tapi aku cancel last minit sebab nak hantar nenek aku pegi umrah..Kalo nak taw aku memang teringin sangat nak merasa stay kat resort nih..tapi tak penah diberi kesempatan.. Jadi untuk ulangtahun kelahiran aku yang ke tetttttt..aku cuma pikir dua tempat saja,tak Grand Lexis, Cyberview Resort, oleh sebab dah lama pendam nak stay kat sini, maka aku terus booking via dorang punya website.

Thursday, April 6, 2017

Edisi Cheapskate - Apple Cider Untuk Jerawat Dan Parut




Apple cider..sebelum ni aku tak taw pon apa function nya..tapi aku selalu bau sebab ofis mate aku minum..bau dia..perghh..busuk beb..annoying gila bau..wat aku makin tak suka..entah macamana haritu aku tergerak hati nak google ape kelebihan apple cider ni..waaaa..rupanya banyak manfaat yang ada dalam benda busuk ni..busuk bukan sebarangan busuk ok..tengs to my fren, disebabkan bau busuk tu la wat aku tercari2 ape yang bestnya minum apple cider nih..waktu tu aku tengah cari apa2 remedies yang aku boleh wat untuk hilangkan parut jerawat aku ni..so bila aku tengok apple cider ni dapat membantu hilangkan jerawat dan parut,ape lagi..terus pegi beli la..

Monday, March 27, 2017

Hotel Review - Villa D'Faro A Famosa Resort Melaka


Haritu aku ada bagitaw aku ada family day kat A famosa kan..aku pon dah janji nak wat review.. Maaf ye..sebab terlambat..bukan ape dua tiga menjak ni aku tak berapa sihat.. tetiba lak kena food poisoning..then maaf jugak sekali lagi sebab semua gambar review kali ni aku amik dari mudah.my sebab gambar dalam wasap aku sume aku dah delete..huhuhu..aku ingat nak tangkap gambar sendiri sebab tu aku delete wasap,at last sebutir gambar pon aku tak amik sepanjang berada kat sana..bukan aku tak maw amik,kami laki bini orang terakhir yang sampai, so time sampai pon adik beradik lain dah ada..mak pak mertua aku pon ada,sume dah chup bilik masing2 takkan aku dengan gagahnya nak heret kamera aku snap satu2.. malu lak gase..hahahaha..tapi jangan risau, gambar yang dorang post dalam mudah.my ni memang sebijik sejebon dengan apa yang kami dapat masa check in kat villa ni..memang konsep tak menipu la kekdahnya.

Friday, March 17, 2017

Japan..?? Korea..?? Mana Lagi Best..?


Umumnya bila kita tengok di media sosial sekarang,banyak sangat artikel perbandingan antara Japan dengan South Korea ni..sebab apa..? Sebab selalunya orang akan tanya soalan yang sama.. Japan ngn Korea mane lagi best? Dorang tak kan tanya Japan ngn China or Korea ngn China, Japan,Korea or China..tak de..soalan orang selalu tanya perbandingan 2 negara ni saja..masing2 ada pendapat yang tersendiri..termasuk jugak aku.. Aku banyak jugak baca artikel pasal ni,mostly aku bersetuju cuma ada satu dua benda jela yang aku tak bersetuju..macam aku baca baru2 ni dia cakap pompuan korea ni jauh lebih cantik dari Japan.. Ceh.. ko tengok dengan mata plastik ke hape.. Pompuan korea ni mostly muka penuh dengan mekap sampai nampak unnatural tu tak campur lagi dengan plastik surgery lagi..memang totally out.. Kalo pompuan Japan, comel2..kiut2..lembut je nampak.. tak payah mekap tebal2..dorang memang dah cantik..sekali pandang pon kita boleh tau tu natural beauty..bukan tambah MSG..miahahaha..

Thursday, March 16, 2017

Edisi Santai Di Mangosix Kafe, Bandar Puteri Puchong


Okeh..Harini aku nak review sikit satu Korean cafe yang sempat aku terjah.. Aku terjumpa cafe ni dalam fb sebenarnya,ada orang post..tengok location dekat dengan rumah,tambah pulak desertnya nampak sedap2 belaka, maka aku meratap merayu kat laki aku soh dia bawak..belanja..hehehe.. Cafe ni terletak di The Cube,Bandar Puteri Puchong..kalo tak taw boleh je pakai waze..InshaAllah sampai..

Bagi aku desert kat sini sedap2 belaka, dan aku memang nak repeat lagi.. gase cam tak puas lak makan kat sini.. Most of desert berasaskan Mango..yela dah nama cafe pon mango kan..mihmihmih..tapi ada jugak desert lain..ada kek, coffee, smoothies pendek kata sume nampak menyelerakan.. Masa mula2 aku tengok nama cafe ni,aku macam ingat2 lupa je kat mana nama cafe ni aku tengok..rupanya dalam citer The Heirs.. alah..citer kim tan,kim tan tu.. ingat..??

Monday, March 13, 2017

Air Asia Free Seat - Yay or Nay ??


Holaaaa...Happy Monday uolls.. Free seat AA sape dah grab? habaq mai..hampa p mana.. Promo kali ni aku tengok cam tak bape meriah je..wall fb aku pon tak bape ramai yang post,tak macam sebelum2 ni,pantang ada free seat, berduyun share dok cari tempat vacation sampai aku pon kadang2 tergugat.. Adakah mungkin disebabkan ekonomi yang tengah down sekarang membuatkan ramai yang berfikir melupakan seketika untuk bercuti ataupon promo AA kali ni tak best? Hermm..entahla, aku sampai sekarang tak de jawapan..hahahaha..

Untuk promo kali ni..adakah aku turut terjebak sekali??

Yay..??

Nay..??

Teruskan membaca.....

Tuesday, February 28, 2017

Sehari Di Pantai Remis, Jeram Kuala Selangor


Kali ni,kali kedua aku ke Jeram,Kuala Selangor..Kali pertama dulu lebih kurang 7 atau 8 tahun lepas maybe..tu pon pegi waktu malam, group opismate aku wat makan2 ikan bakar kat sana.. Dah pegi time malam,so aku tak penah tahu Kuala Selangor ni macamana (cuma tengok dalam gambar).. sebab lepas makan terus balik.. Miahaha.. Setelah 7,8 tahun aku kembali semula..then kali ni baru aku menikmati permandangan dan ini kali pertama aku jejakkan kaki di Pantai Remis..selalu dengar je sekarang baru berkesempatan nak tinjau kawasan..huhuhu..

Tuesday, February 21, 2017

Hotel Review - The Kabin, Kuala Selangor



Eheh..camane aku leh ke sini..? Kalo ikotkan entry aku sebelum ni,aku penah bagitaw aku dah booking Mingle Hostel KL kan.. Well..tu la kelebihan booking without pay,boleh main cancel2.. Hahaha..ok bukan niat aku nak main2 bab booking2 hotel ni, first memang aku dah booked Mingle tapi lepas tu aku ternampak pageThe Kabin ni on my fb, then aku pikir why not aku try stay kat sini.. Aku pun saja2 bukak website dia,tengok kalau2 date yang aku choose tu still available,tengok2 betul..bilik untuk 2 orang still ada lagi, so aku mintak duit kat laki aku terus je book online.. maka aku terpaksa la cancel hostel yang aku booked kat booking.com tu..

Link website The kabin bagi sape2 yang berminat nak terjah. http://thekabin.com.my/

Friday, February 3, 2017

Pertama Kali Naik ETS.. Syiookkkk..!!


Salam Jumaat gaisss..Happy haaa..Isnin minggu depan ko taw la happy ke tak..Orang dah start masuk keje..Hazab la ko atas jalan..mih3.. Orait..hari tu dalam entry lepas aku dah cakap nak wat review sikit kan pasal ETS.. ETS ni nak kata dah lama ada kat Malaysia tak jugak,tapi lama jugakla..eh.. camana tuu..?? Hehehe..cuma aku baru berkesempatan naik baru2 ni..Lepas balik Japan memang aku dah plan nak balik kampung sebab adik aku dapat baby..Anak buah pertama aku la tu..giler tak balik tengok..So pikir2,ni la masanya nak try keretapi laju Malaysia..so aku dengan pantas beli tiket.. Nak beli tiket online mudah je,sama je macam beli tiket flight, booked dalam website dorang then bayar online..nanti print je.. Suka aku ingatkan,kalo korang plan nak naik ETS better beli awal..nak ke utara cuma ada 2 trip, seat pulak macam goreng pisang panas..lambat2 memang melepasla.. Harga tiket a bit pricey la bagi aku..untuk 5 jam perjalanan,lebih mahal dari tiket flight..kalo boleh satu seat RM65 ke,ok gak la..bukan ape,negara kita kan dah memang jadi rutin tiap2 tahun harga barang dan perkhidmatan naik,so kalo dah start dengan high pricing, tak mustahil lepas ni boleh cecah ratusan untuk satu seat..ye dak..Kalo korang nak yang lagi cepat hanya 2 jam perjalanan, harganya lebih kurang RM98 per seat..yang tu cuma berhenti di stesen2 besar je..macam yang aku naik ni dia berhenti di setiap stesen..tapi tak lama..kalo ada stesen yang tak de orang turun,dia tak benti..

Wednesday, February 1, 2017

Short Vacation..Tips Tinggalkan Anak Bulus Di Rumah


Happy February..Happy Minyak Day..wah..syok nooo..minyak naik 2 kupang.. Yang mana mengundi parti penimbang ritu boleh sangat la tepuk tangan berjemaah sambil lompat bintang sebagai tanda kesyukuran.. Hampa sokong sangat kan..kalo hampa ja kena tanggung aku tak kisah sangat..ni dia pukui semua..len kali sebelum mengundi,otak tu jangan tinggal kat umah..bawak sekali p tempat mengundi,baru la cerdik sikit.. Apee..?? Sakit hati dengan statement aku? Kisah pulak..ko tu yang bodoh nak salahkan orang pulak..hahahahaha... (gelak menganjing..woof..wofff..)

Dah..malas nak sembang lebih pasal tu..cite pasal kucing aku lagi best.. Haaaa..tu gambar kat atas tu kucing ternakkan aku..Miko dan Simba..Jantan dan Betina..sepasang aku bela..dari kecik taun ni dah masuk 5 taun dah dorang.. sape cakap takde anak sunyi? Ada 2 ekor jebon ni pon dah cukup tunggang langgang umah aku..nak hias ala2 hispter pon susah..

Tuesday, January 31, 2017

Trip Ke Japan : Japan Free Wi-Fi


Zaman sekarang ni, internet dah jadi ruji dalam hidup..kalo tak de macam tak leh duduk pulak.. tambah2 bila travel, op kos kita perlukan internet untuk memudahkan perjalanan kita.. Ada negara yang provided wifi free,ada jugak yang kena beli simkad tak pon sewa poket wifi.. Ok untuk trip ke Japan ni aku nak cerita sikit pasal internet kat sana..Japan walopon negara maju dorang tak de sediakan free wifi dimerata2 tempat macam kat Korea..free wifi adalah limited dimana ia disediakan di tempat2 spot tourist,stesen train,tak pon kombini..lagi ceruk korang pegi lagi susah nak dapat free wifi.. Most of traveler dorang akan sewa poket wifi..sebab lagi mudah dan murah berbanding beli simkad kat sana.. Kalo pegi ramai2 lagi berbaloi la,boleh kongsi.


Thursday, January 19, 2017

Trip Ke Japan : Transportation Pass & Total Expenses


Semua orang mesti tertunggu2 nak tahu berapa total budget yang telah aku habiskan sepanjang masa kat sana.. Semua orang..??? Wah..ade kerr orang baca blog ko..ahahahaha..perasan.. Wateverrr...!!! Sebelum aku story pasal budget,meh aku story sikit pasal transportation pass yang aku guna kat sana.. Kat sana terlalu banyak transportation pass yang dorang provided untuk tourist,sampai kadang2 kita sendiri pening nak amik yang mana..of kos kita nak yang convenience and easy going..di Japan pulak ada macam2 jenis train.. macam2 line..semestinya kita nak pass yang boleh cover semua train..sebab mostly pass ada yang cover certain2 train je..laluan tu pulak ada yang kita kena tukar,dari subway kena naik JR line la,kintetsunara la,hanshin la..beli banyak2 pass membazir pulak..so kat sini aku listkan serba sikit untuk rujukan korang yang nak ke sana..

Selama berbulan-bulan aku survey pass apa yang terbaik untuk trip aku..maka ni lah pilihan aku..

Think Japan..Think Tomica.


Sebelum aku story pasal expenses aku kat sana, aku nak cite sikit pasal souvenir ape yang aku beli.. Lorrr..tu pon nak citer? eh..punya pasal la..blog aku..muahahaha.. Aku ni bukanlah jenis kaki shopping,so kalo ko nak tanya aku beg annello (eh betul ke ejaan nih.? lantakla..) harga berapa, LV harga berapa, aku memang tak boleh jawab sebab aku tak tengok pon benda2 ni..yang aku tengok nih ha..benda yang aku borong kat atas.. am I not a woman..?? hahaha..sesungguhnya aku lebih tertarik dengan boys punya taste..gilerr..

Laki aku pengemar benda2 alah ni..dia memang salu kumpul..hot wheels,tomica then macam2 lagi la yang dia rasa berkenan di hati..tapi bila makin lama aku kenal tomica,sumpah weii..jatuh hati giler.. Kalo ko bagi aku dok satu hari kat gudang tomica ni pon aku sanggup.. Dan aku amat2 menyesal sebab tak borong habis2an kalo tak aku dah jadi bisneswoman dah kat sini.. Hakikatnya tak berani beli banyak sebab takot tak lepas imigresen..huhhuhu

Tuesday, January 17, 2017

Trip Ke Japan : Day 7 - Sayonara Japan..!!


Setiap pertemuan pasti ada perpisahan..macam tu jugak dalam dunia traveling..time pegi terkinja-kinja, time nak balik mula la wat muka selebet sekupang.. Pagi tu aku bangun awal, benda paling ditakuti oleh sume kaki jalan adalah tertinggal flight..hahaha.. Oleh sebab flight pukul 11, so sebelum pukul 10 pagi kena ada kat sana dah.. Selesai check out,kami pon keluar dengan berat hati menuju ke train station.Well..as usual,aku kompius balik pulak nak nek train mane ke airport..satu2 train lalu, tunggu punya tunggu at last pukul 7.40 ada JR train ke airport..train ni tak benti kat banyak station sangat, so perjalanan lebih kurang 40 minit..

Direction : Shinimamiya - Kansai Airport ( By JR Kansai airport / Wakayama line )

Monday, January 16, 2017

Trip Ke Japan : Day 6 - HEP Five Ferris Wheel,Tombori River Cruise & Dotonbori


Monday blues..malas betul la hari ni.. Dah la semalam tak leh tido..huhuhu.. So far hari ni keje tak banyak so aku teruskan jela cerita mengenai trip aku ni.. Ok, habis kami tawaf Osaka museum of housing & living kami teruskan perjalanan ke Umeda..ape yang ada kat sana? Kat situ ada ferris wheel and Umeda sky building yang boleh naik secara free jika kita ada Osaka amazing pass..Dari pit stop kami nak ke Umeda pon tak jauh..lebih kurang dua station je,dah sampai.

Direction : Tenjimbashisuji 6-chome st - Higashi Umeda st (Osaka city subway Tanimachi line - purple line)

Thursday, January 12, 2017

Trip Ke Japan : Day 6 - OSAKA Castle,History, Living & Housing


Hari ke-6 masih diteruskan dengan sightseeing Osaka..pada pagi tu aku bangun dengan harapan hari tak hujan..Alhamdulillah..cuaca baik pada pagi tu walopon sedikit gloomy.. Keluar dari hotel macam biasa terus ke station subway sebab hari ni banyak tempat aku nak terjah.. Dari Dobutsuen-mae station aku akan terus ke Osaka Castle.

Direction : Dobutsuen mae - Sakaisujihommachi (Osaka city subway Sakaisuji line - yellow line)
Sakaisujihommachi - Tanimachi 4-chome (Osaka city subway Chuo line - green line)

Wednesday, January 11, 2017

Trip Ke Japan : Day 5 - Tempozan Ferris Wheel, Santa Maria & Namba


Cuaca hari kelima memang sendu..hujan je sepanjang hari..tapi tu tak mematahkan semangat aku untuk berjalan..dari Tsutenkaku tower aku naik subway terus ke Osakako..Apa ada di Osakako? Ha.. kat sini la terletaknya Osaka bay..ada tourist attraction seperti tempozan ferris wheel,Osaka aquarium, cruise..kalo kita ada osaka amazing pass kita boleh guna pass tu untuk masuk di semua tourist spot.. Tapi tak semua tempat free, ada yang kena bayar tapi dapat diskaun la kalo kita ada pass.. so Osaka amazing pass ni memang worth it untuk jalan2 sekitar Osaka..

Direction : Dobutsuen mae - Sakaisujihommachi (Osaka city subway Sakaisuji line-yellow line)
Sakaisujihommachi - Osakako (Osaka city subway Chuo line-green line)

Trip Ke Japan : Day 5 - Sayonara Kyoto, Hi Shinkansen & Tsutenkaku Tower


Hari terakhir di Kyoto terasa macam kejap sangat..pagi tu cuaca agak gerimis..mungkin sedih sebab aku nak balik kot..huhuhuhu..selesai breakfast, aku check out dan terus ke Kyoto station..kali ni aku ikot jalan shortcut..dekat sikit..dari jauh dah nampak abam shinkansen dengan smartnya berlari2 laju diatas landasan.. fuiiyoooo..tak sabar rasanya nak naik..hahaha..

Oleh sebab trip aku cuma perjalanan pendek dari Kyoto ke Osaka,then aku nak jugak merasa naik shinkansen so aku pon beli tiket dari Kyoto station ke Shin Osaka. Walopon dekat,aku suggestkan korang naik jugak..merasa macamana pengalaman naik shinkansen..tak rugi pon..kita datang jauh2 bila lagi nak cuba..

Tuesday, January 10, 2017

Trip Ke Japan : Day 4 - Nijo Castle & Arashiyama Bamboo Forest


Selesai aktiviti mencari glove baru,kami kembali semula ke bus stop untuk ke Nijo castle.. Jangan risau,orang jepun ni jenis helpful..kat bus stop ada beberapa orang ankel2 yang menjadi volunteer untuk menolong tourist yang lost macam aku ni.. Sorang dari ankel tu menyapa aku dalam loghat dia la, tapi aku paham,dia tanya aku nak pegi mana.. aku cakap Nijo castle..dia terus panggil aku soh beratur,dia cakap bas no 12.. aku angguk2 kan kepala lalu kami bersama2 berarigato gozaimas.. boleh gitu...hahahaha..

Monday, January 9, 2017

Trip Ke Japan : Day 4 - Kinkakuji Temple, Nishiki Market


Hala tuju aku pada hari keempat adalah Kinkakuji Temple..sesudah breakfast, kami menuju ke bus stop Kyoto station..untuk bus day pass harini aku beli kat reception hotel kebetulan memang dorang jual.. cuaca cerah elok pada hari tu.. sampai di Kyoto station nampak sekumpulan bebudak sekolah tengah berjalan dalam barisan..maybe ada school trip kot, tapi dorang ni amat friendly..sepanjang kami berjalan dorang tegur.. "hello.." "hello.." sambil tunduk2 kan kepala..kami pon senyum sambil balas balik sapaan dorang..bebudak nih tersengih2 je tengok kiteorang.. budaya dorang dah diajar untuk menghormati,tak kira siapa..budaya tu patut kita praktik kan dalam masyarakat kita,sebab kalo kita tengok bebudak sekarang, dah makin kurang adab dan kesopanan.. kan..kan..

Friday, January 6, 2017

Trip Ke Japan : Day 3 - Gion & Kiyomizudera temple


Sekembalinya di Kyoto st. aku terus ke tourist information yang terletak di hadapan station untuk membeli one day Kyoto city bus pass yang berharga 500 yen untuk satu hari. Kelebihan pass ni, kita naik turun city bus untuk satu hari tanpa perlu bayar pada driver bas. Harus diingat,bukan semua bas boleh guna pass ni,hanya city bus sahaja..Cara nak guna pass ni senang je,memula naik tu je kita masukkan kad ni dalam mesin untuk diprintkan tarikh,lepas tu naik turun bas just tunjuk pass je.. Jimat.. Bas2 di Jepun ni lain dari Malaysia..bas kat sana naik dari pintu belakang dan turun di pintu depan. 

Lepas beli pass kami terus ke platform menunggu..jangan risau,setiap platform ada signboard, mudah je nak cari bas,lagi mudah kalo kita taw nombor bas..plan kami nak ke Kiyomizudera Temple..tapi sebab tengok dalam map bas akan berhenti di Gion dulu, kami amik keputusan untuk jalan2 sekitar Gion sebelum ke Kiyomizudera.

Trip Ke Japan : Day 3 - Kyoto, Fushimi Inari Shrine


Happy 2017 gaisss..Azam aku tahun ni senang ja.."Work less travel more" ahahahaha..Azam yang watkan sesetengah orang berbulu je rasa..hahahahaha..Maaflah seandainya sambungan trip aku ni pending lama..biasala busy woman..aku baru balik dari kampung,balik melawat anak buah aku..rindu...!!!! try naik ets..syokk gak nooo..pasni senang la nak jalan2 p Penang..kih3.. nanti ada masa aku review sikit pasal ets dan sistem kapitalis Malaysia, cuma sekarang ni aku nak pulun habiskan cerita pasal trip Japan aku nih..

Ok..masuk hari ketiga,plan aku nak ke Kyoto..untuk stay kat sana 2 malam.. Awal pagi sesudah check out dari hotel Diamond, aku terus ke stesen train untuk ke Osaka station seterusnya ke Kyoto.

Direction : Shinimamiya - Osaka Station (JR Yamatoji Rapid for Osaka) - Kyoto (JR Special Rapid for Yasu / Kyoto) = 920 yen