Tuesday, January 16, 2018

Tips Untuk Mereka Yang Pertama Kali Ke China.


Nak travel tak susah..Asalkan ada duit, passport tak expired, info cukup dah boleh jalan dah.. Tapi lain negara lain pengalamannya.. So kat sini aku nak bagi tips sikit bagi mereka2 yang pertama kali nak jejakkan kaki ke China mcm aku.. Aku dah pegi so bolehlah aku cerita sikit pengalaman kat sana. nanti korang pegi balik tu cerita la pengalaman korang pada orang lain yang nak pegi pulak kan..ilmu tu penting. Berkongsi pengalaman tu penting asalkan jangan sampai berbangga diri..

Aku akan cerita pengalaman aku pada orang yang betul2 bertanya dan nak tahu ja..I'm not simply story about my travel experience to others..Kalo aku main cerita je, aku takot ia disalah erti,orang ingat aku nak show off bagai..But some people dorang bertanya in terms " saja nak korek" then perli2 aku..oh sad..I really don't like when people said "seronok ko tak de anak, asik berjalan je.." for me..rezeki tuhan bagi tu equal.. you can't travel but God give u a cute baby, like me Tuhan bagi rezeki cara macam ni.. But the same way we called it "Rezeki" Selagi tuhan bagi rezeki walau dalam apa cara sekali pon jangan merungut, oh..best jadi ko, tak macam aku..blaa..blaaa.. Bila kita menghargai setiap rezeki tuhan bagi, kita akan lebih hargai setiap saat kehidupan kita. Faham.

Tengokkkk..kan aku dah bebel. -_-

Monday, January 15, 2018

Trip Ke China : Day 7 - Bas Express Ke Xian Airport..Babai CN.


Sebenarnya ada je bas express dari bandar Xian ke airport, cuma bas niada di tempat2 tertentu je..Direct terus ke airport tak payah risau nak tukar2 bas lagi dah.. Korang boleh google mane lagi pit-stop bas ni tapi aku nak cite bagi sesapa yang stay dekat2 Xian Railway Station, kat sana ada satu tempat untuk naik bas nih.. Tak jauh pon..Bersebelahan Longhai Hotel,lebih kurang 30 meter sebelum Wulukou Station exit A.

Jam menunjukkan pukul 3 lebih, so malas nak tunggu kami amik keputusan untuk ke airport.. Malam sebelum aku dah google siap2 dah mana tempat bas ni, kebetulan jalan tu memang kami selalu ulang alik tiap2 hari pun laki aku memang perasan bas nih cuma aku je jenis jalan menonong so tak perasan langsung.

Trip Ke China : Day 7 - Hari Last Di Xian,Kat Mana Souvenir Murah..??


Hari last pengembaraan pasangan travelling banana di bumi China..Kejap nyerrr.. Entry sebelum ni aku ada nak story kan kat mana nak cari souvenir murah.. Ok aku citer balik hari sebelumnya which is hari keenam lepas kami balik dari Shaanxi Museum..Kami terus ke Muslim Street nak cari makan.. Lepas habis makan aku mula misi mencari souvenir untuk dibawak pulang.. Kang balik tak beli pape maw kena karate ngan mak aku..Mak aku jenis ko nak pegi travel jauh mane pegi la tapi fridge magnet jangan lupa..kecik mana pon dia tak kisah asalkan fridge magnet..hahahaha.. So aku mula la jalan2 cuci2 mata.. Aku cuma aim patung terracotta yang lain2 sampingan je.. Tengah jalan2 tetiba ada satu suara bagi salam..

"Assalamualaikum.." 

Kami pon menoleh sambil menjawab salam..

"Waalaikumussalam.."

Friday, January 12, 2018

Trip Ke China : Day 6 - Xian City Wall & Shaanxi Museum


Kejap je dah masuk hari ke 6..Pagi tu cuaca sangat gloomy sebab sepanjang malam hujan. Plan harini free and easy je so kami keluar dari hotel agak lambat.. Hajat nak ke Muslim street dulu tapi perut masih kenyang sebab pagi tu kami breakfast buah epal + pisang kaki yang kami beli kat kaki lima on the way balik hotel semalam jadi kami terus ke Xian City Wall je. Keluar dari stesen metro kami terus nampak City Wall entrance dari jauh.. Time tu pulak ada pekerja sibuk cuci red carpet aku tak sure la ada event apa kat situ, maka kami teruskan perjalanan kami sampai di kaunter tiket. Masa aku pergi orang memang tak ramai mungkin sebab cuaca time tu sangatlah sejuk so orang pon tak de mood nak bersiar2..hahaha..

Direction:
Wulukou St (line 1) - Beidajie St (tukar line 2) - Yongningmen St


Thursday, January 11, 2018

Trip Ke China : Day 5 - Bell Tower & Drum Tower


Sampai saja di Xian Railway station, kami bergerak ke Muslim Street pulak, nak makan lor.. Lapaq sangat dah. Dari tempat turun bas kami ingat nak naik bas 601@ 605 ke Bell Tower..tapi tak tahu kat mana bas tu stop.. Aku pon masuk tourist center tanya arah.. Dia cakap depan tu je,aku pon follow je la..tunggu punya tunggu tak nampak pon batang hidung bas..so kiteorang pon jalan la slow2 dari satu bas stop ke satu bas stop..jalan punya jalan terus sampai stesen subway. Maka naik je subway terus ke Bell Tower.

Harga tiket nak masuk tower berharga 35 yuan per person tapi50 yuan per person kalo korang masuk kedua2 tower nih. Aku tak masuk pon..just tengok dari luar je. Moh kita layan gambar sikit.

Wednesday, January 3, 2018

Trip Ke China : Day 5 - Meet My Solja Terracotta Army


Maigod..maigoodddd..so excited nak continue story of my journey.. Gambar pon banyak gilos part nih..bertabah la yer.. Hari kelima merupakan hari yang aku tunggu2.. Nak p Terracotta Museum oii.. Yippy-yippy tanda seronok.. Pagi tu sejuk macam biasa..Sesudah breakfast cincai2 kami keluar menuju ke Xian Railway Station. Bukan nak naik keretapi yaa..tapi kat situ jugak la tempat naik bas ke Terracotta Museum. Nak cari bas tak susah pon. Stesen bas cuma sebelah stesen keretapi. Kalo korang nampak bas banyak2 tu haa..situ la tempatnya. Masa sampai tu ramai la nyonya2 dok panggil kami aku tak sure la dia nak apa sebab tak faham kan tapi aku just said no then terus je cari bas.. Salunya orang2 macam tu jangan dilayan sangat, kalo kita wat blur2 lagi sesenang dia nak push2 kita, bila kita tegas dorang dah tak berani dah nak follow.

Tuesday, January 2, 2018

Trip Ke China : Day 4 - Xian Mosque & Muslim Street


Happy New Year gais..!! Dah..jom kita sambung di hari keempat di bumi China dan hari pertama di Kota Xian. Keluar ja dari Xian Railway Stesen aku rasa wow..ancient sangat bandarnya..memang taste aku la. Kalo kita nak tengok China maju pegi la Beijing tapi kalo nak tengok China 1000 tahun lepas pegi la Xian.. Everything in Xian aku suka..dari segi architecture, makanan, bagi aku Xian jauh lagi bersih dari Beijing dan orangya pulak kurang sikit suka meludah berbanding kat Beijing. Xian merupakan salah satu kota tertua di China dan telah menjadi pusat pemerintahan banyak dinasti yang berpengaruh dan yang paling famous Dinasti Qin/Shin yang terkenal dengan Terracota Army nya. Sebut je Terracota Army hati aku mesti berbunga2, maklum la itu lah hajat utama aku ke Xian..My wish beb..eksited nak mampoihh...Bandar2 ancient macam Kyoto, Xian memang kena dengan jiwa aku..