Thursday, May 26, 2016

Happy 4th Anniversary Mr. & Mrs Naseh


Yeayyy..harini 26 March 2016 anniversary weolls yang ke 4.. Rasanya macam baru je wish yang ketiga haritu..ni dah masuk 4..wow..impresss..hehe..kejap masa berlalu..Apa yang aku rasa selama 4 tahun jadi wife ni..? I'm a proud wife of a wonderful husband.. Seriously. Aku bahagia dengan hidup aku.. Sangat2.. Alhamdulillah syukur tuhan jodohkan aku dengan laki aku.. Sebaik2 manusia yang penah aku jumpa.. Dah..takmo puji lelebih..laki aku tu dah la kaki stalk blog aku..kang dok kembang kuncup pulak sorang2..mih3..

Ada kawan2 aku yang tanya "korang nampak rileks je..kawen dah lama,belum ada baby..tapi tak nampak stress pon..macam enjoy je.." herm..nak mintak petua letew..hihihi..ok..aku bagitau petua ni,nanti korang pegi citer kat kawan2 yang belum ada baby lagi taw..soh dorang praktis..

Monday, May 16, 2016

Anniversary ke 4 - Time Capsule Retreat, Sg. Lembing, Pahang




Ok selesai bercerita mengenai pekan Sg.Lembing,maka aku nak sambung bercerita tentang percutian singkat kami selama 2 hari 1 malam di Time Capsule Retreat.. Herm..rasa macam tak puas pulak duduk sehari saja.. Sebelum ni aku ada baca jugak review2 dari mereka yang penah pergi..rata2 ada cakap best tak kurang jugak yang cakap tak..sebab sempit la,facilities kurang la..kalo mintak review dari aku memang aku cakap "this is oh-semmmm.." Aku amat2 suka kawasan persekitaran yang ada di Time Capsule ni..bak kata laki aku,berbaloi jugak la drive jauh2..

Oleh sebab aku orang pertama yang check in,jadi dorang cakap aku boleh pilih mane je kolong yang aku nak.. Proses register masuk pon amat mudah..just bagi 4 digit terakhir nombor fone korang,ada rekod, dapat kunci..simple. Aku memilih kolong yang hujung sekali dekat dengan hutan baru la ada feel back to nature..mih..mih..mih..

Anniversary Ke 4 - Sungai Lembing,Pahang.

Alhamdulillah..sambutan anniversary aku yang keempat telah berjalan dengan jayanya.. Tahun ni aku dan encik hubby memilih back to nature sebagai tema anniversary kami..cewaahhh..ko che ta ke nak bertema2..ceit.. Kami memilih untuk stay di Capsule Time Retreat Sungai Lembing,Pahang..Kalo korang penah baca blog aku sebelum ni,aku dah mention yang aku akan ke sana dan booking pon telah dibuat bulan 3 hari tu..Asalnya aku nak pegi bulan 4 as my birthday treat tapi ada sebab tertentu maka di postpone ke anniversary kiteorang..

Perjalanan dari KL ke Kuantan hampir 4 jam.. Aku bertolak dari rumah dalam pukul 10pagi, sampai lebih kurang pukul 2.30 petang (3 kali benti) dan menjadi orang pertama yang check -in pada hari tu..hahaha.. Bagi aku perjalanan nak ke sana agak jauh tapi selesa.. Dari highway karak terus je lalui LPT (lebuhraya Pantai Timur) exit 833 Kuantan.. Keluar dari tol Kuantan, stay di lorong kanan,korang sampai jumpa traffic light belok kanan atau follow je signboard Sg.Lembing.. Amat mudah..nak lagi mudah guna je waze.. Dari tol nak ke Sg.Lembing lebih kurang setengah jam perjalanan.. Nak ke Time Capsule Retreat pon mudah je..korang cari laluan masuk ke Muzium Sg.Lembing..sebelah laluan tu ada lorong kecil ke Terowong Tin Mines masuk je lorong tu..atas sikit dari Tin Mines je tempatnya.. 

First time lalu LPT..agak teruja disitu :)

Thursday, May 12, 2016

Cameron Highlands - Bharat Cameron Valley Plantation & Kea Farm


Selesai menjamu selera kami bergerak ke ladang teh..pada mulanya aku ingat Boh Plantation area Tanah Rata dan Cameron Valley tu pulak kat Brinchang..rupanya salah..Aku nak ke Boh Plantation tapi disebabkan kami dah ada di Tanah Rata maka kami ke Bharat Plantation jerr.. Keindahan ladang teh masih sama seperti 12 tahun dulu cuma bezanya sekarang dah ada cafe..

Ramai yang singgah untuk bergambar..di kawasan ladang ni jugak terdapat beberapa ekor anjing..tapi jangan risau,ni jenis anjing yang tak kacau orang punya..ko wat hal ko,dia wat hal dia.. Maybe dia diupah untuk menjaga kawasan tersebut..Aku agak2 je..huhu..

Cameron Highlands - Lavender Garden & Cactus Point Farm

Pagi tu awal2 subuh aku dah terjaga, cuaca pagi tu dingin dan oleh sebab tu jugak masing2 liat nak mandi,jadi dari awal pagi berganjak ke tengah pagi..huhu..lebih kurang pukul 10pg kami keluar untuk ke pasar.. Hujung minggu disana agak sesak.. Di pasar pagi tu tak de la macam uptown downtown ke..dah nama pon pasar pagi kan..banyak jual sayur2an strawberi makanan..tu je..kalo korang spesis perangai macam aku,mungkin pegi tengok saja jer..tapi kalo korang macam adik ipar aku,memang  akan borong satu pasar tu..hahaha

Haippp..jangan..!!

Wednesday, May 11, 2016

Cameron Highlands - Tanah Rata & Taman Royal Lily

Habis je merayap di Time Tunnel Museum kiteorang dah tak tahu nak kemana lagi dah..bukan takde tempat lain yang boleh dilawat cuma aku kena tunggu adik ipar aku sampai dulu baru la best jalan sesama.. Oleh sebab keadaan lalulintas yang agak jem mungkin weekend barangkali so dorang pon sampai agak lewat.. Sementara tunggu dorang sampai kami teros ke Tanah Rata sebab kami memilih untuk menginap kat area situ..

Perot dah mula berkeroncong,dengan hujan lagi..jam dah pukul 5 petang..Jadi kami singgah di area pekan Tanah Rata untuk isi perot..selesai makan dah tak tahu nak kemana..aku pon tanya akak kedai tu dia cakap ada taman belakang stesen bas,just jalan kaki je sampai..Dari buang masa dok melepak je kami pon berjalan2 ke menikmati panorama selepas hujan..

Maju dah CH sekarang..dah ade Starbucks..mih3

Tuesday, May 10, 2016

Cameron Highlands - Time Tunnel Museum

Setelah selesai menikmati permandangan berwarna warni di Green View Garden kami bergerak mencari Time Tunnel Museum lokasinya sebelah kiri menghala ke Pekan Brinchang. Inilah salah satu attraction yang aku nak sangat pergi bila dapat menjejakkan kaki di Cameron Highlands. Muzium ni adalah muzium pameran barang2 lama, sememangnya aku memang peminat barang2 lama jadi aku memang takkan lepaskan peluang..Sesiapa yang ke sana wajib pergi muzium ni..bagi aku amatlah berbaloi dengan bayaran dan kau dapat menikmati nostalgia zaman kau kecik2 dulu.. It's ohsem..! So aku malas nak bebel panjang..marilah kita layan gambar2 yang nostalgik sangat nih..

Galeria Time Tunnel

Cameron Highlands - Green View Garden

Last weekend aku sempat meluangkan masa selama 3 hari 2 malam di Cameron Highlands.. Hampir 12 tahun aku tak kesana..kalo dibandingkan banyak perubahan la terutama dari segi cuaca..kalo dulu time pegi sejuk giler..tapi sekarang tak lagi dah..sejuk tu sejuk la jugak tapi waktu malam atau lepas hujan je..kalo pagi start kul 8 sampai petang memang cuaca sama macam kat KL..

Perjalanan kami pada hari Sabtu dalam pukul 10 pagi dan sampai lebih kurang pukul 2 petang melalui Simpang Pulai.. Kalo ikutkan melalui Tapah lagi dekat tapi sebab jalan Tapah agak kecil dan bersimpang siur maka kami pilih ke Cameron melalui Simpang Pulai yang jalannya lebih selesa..

Perjalanan kami lancar..tanpa sebarang gangguan :)