Wednesday, May 11, 2016

Cameron Highlands - Tanah Rata & Taman Royal Lily

Habis je merayap di Time Tunnel Museum kiteorang dah tak tahu nak kemana lagi dah..bukan takde tempat lain yang boleh dilawat cuma aku kena tunggu adik ipar aku sampai dulu baru la best jalan sesama.. Oleh sebab keadaan lalulintas yang agak jem mungkin weekend barangkali so dorang pon sampai agak lewat.. Sementara tunggu dorang sampai kami teros ke Tanah Rata sebab kami memilih untuk menginap kat area situ..

Perot dah mula berkeroncong,dengan hujan lagi..jam dah pukul 5 petang..Jadi kami singgah di area pekan Tanah Rata untuk isi perot..selesai makan dah tak tahu nak kemana..aku pon tanya akak kedai tu dia cakap ada taman belakang stesen bas,just jalan kaki je sampai..Dari buang masa dok melepak je kami pon berjalan2 ke menikmati panorama selepas hujan..

Maju dah CH sekarang..dah ade Starbucks..mih3


Pekan Tanah Rata

Suasana lepas hujan..tak de orang..suhu lebih kurang 21c




Perpustakaan Awam
Taman tu tak de la ape sangat..ada la 4,5 orang bangla dok sibuk berselfie..huhuhu.. Jadi sebab lama sangat merayap kami pon amik keputusan teruskan je ke homestay tunggu dorang kat sana..

Di Tanah Rata kami menginap di Taman Royal Lily..jangan tanya aku macamana nak book yer sebab semua diuruskan oleh adik ipar aku.. Homestay yang kami menetap ni cuma bayar RM50 untuk 3H 2M..bapakla murah..sebab husband dia kerja Bank Rakyat so ni kira homestay under company la.. Overall memang puas hati giler..Umah besar,semua kelengkapan cukup..environment cantik..sejuk giler,compare dengan bayaran memang amat2 berbaloi.

Aku cuma sempat snap beberapa keping gambar je,tak sempat nak review semua, kalo korang nak tahu macamana kawasan Royal Lily nih korang boleh google..

Dapur yang disediakan..keperluan complete.

Bilik ketiga..

Ruang tamu

Bilik kedua..yakni bilik kami..sori bersepah..huhu
Satu lagi bilik master bedroom tak sempat nak snap pix,sori la yer..hehe..malam tu sejuk sangat..aku pulak tak bawak sweater sebab bajet2 cuaca tak sejuk mana,alih2 sejuk pulak..nak tak nak terpaksa la pakai baju 2 lapis..huhu..dinner kami cuma makan meggi dengan air nescafe panas,tapi dia punya nikmat..perghhh..tak terkata kau..hahaha.. masing2 dah malas nak keluar..end up dalam pukul 10.30 mlm sume decided nak keluar pulak..time2 macam tu ape je ade kat pekan Tanah Rata tu,jadi kami ke Brinchang untuk jalan2 kat pasar malam..

Dari Tanah Rata nak ke Brinchang tak jauh pon..lebih kurang 6km sampai la.. Sampai je di tapak pasar malam,yang tinggal cuma sampah..huhu..dekat pukul 11,sape nak tunggu lagi..haha..nasib la ade deretan kedai yang masih bukak,ada jugak tempat untuk jamu mata..Sorang tauke kedai ni sempat bagitahu kami bahawa esoknya ada pasar pagi di kawasan tempat dia berniaga..jadi kalo nak datang elak dari jem kena la datang awal pagi.. Maka kami pon berkobar2 nak bangun seawal mungkin keesokkan harinya.. Nak tahu apa jadi...

Bersambung...