Thursday, May 12, 2016

Cameron Highlands - Bharat Cameron Valley Plantation & Kea Farm


Selesai menjamu selera kami bergerak ke ladang teh..pada mulanya aku ingat Boh Plantation area Tanah Rata dan Cameron Valley tu pulak kat Brinchang..rupanya salah..Aku nak ke Boh Plantation tapi disebabkan kami dah ada di Tanah Rata maka kami ke Bharat Plantation jerr.. Keindahan ladang teh masih sama seperti 12 tahun dulu cuma bezanya sekarang dah ada cafe..

Ramai yang singgah untuk bergambar..di kawasan ladang ni jugak terdapat beberapa ekor anjing..tapi jangan risau,ni jenis anjing yang tak kacau orang punya..ko wat hal ko,dia wat hal dia.. Maybe dia diupah untuk menjaga kawasan tersebut..Aku agak2 je..huhu..



If u think Malaysia it's not a beautiful country..u should think twice :)




Lihat permandangan hijau depan mata adalah satu nikmat..bagi aku alam semulajadi adalah ciptaan tuhan yang paling seksi.. Ciptaan manusia cuma boleh wat kita kagum untuk seketika tapi ciptaan tuhan ko akan ingat selamanya.. Memandangkan adik ipar aku pon dah kekurangan energy, aku ngan laki aku decided untuk balik ke homestay je.. kalo ikot perangai kaki merayap kami laki bini ni tak pasal2 semput pulak adik ipar aku tu..hahaha..

Balik ke homestay masing2 rehatkan badan..pada sebelah malamnya masing2 dah malas nak keluar.. tapi lapar punya pasal terpaksa la adik ipar aku beralah untuk keluar beli makanan untuk malam tu.. Keesokkan hari last kami di Cameron on the way balik aku sempat singgah di Kea Farm beli serba sikit souvenir untuk dibawa pulang..


Dalam perjalanan turun ke Simpang Pulai aku sempat singgah di kawasan gerai2 orang asli di tepi jalan..masa naik sebelum ni aku dah nampak petai yang dorang jual besar2..jadi rugi pulak kalo tak beli..

Permandangan dari atas


Thanks my ucukkk..sebab bawak kami jalan2..

Time aku singgah tak de sape..lepas tu ramai pulak berhenti beli petai..

Besar2..puas makan..jangan kentut yerr..
Perjalanan dari CH ke KL smooth jer..yela aku balik hari Isnin time orang keje memang havoc giler la jalan.. Sampai rumah lebih kurang pukul 5 petang.. Maka dengan ini tamatlah percutian aku selama 3 hari 2 malam di Cameron Highlands.. Ada masa kita jumpa lagi yer.. Hashtag dekat2 jer..hahaha

K babai...