Friday, September 13, 2019

Next.. Angkor... Wat..???


Last entry beriya aku cakap nak pergi Kundasang bawak parents aku kan.. Sekali..Aku melencong tempat lain.. Ni semua sebab tiket ke KK mahai oii..sakit betul hati.. Bayangkan 4 orang almost 1.2k tu tak masuk seat makan lagi.. Jadi aku cakap kat mak aku, next year macamana pon aku akan bawak jugak.. memang niat aku nak support dorang pegi sana..but since plan tu pon macam rush, hunting tiket tak murah-murah so aku postponed jela next year. Kena pulak aku punya big point nak expired hujung taun ni, 5k pulak tu nak expired memang tak la aku nak biar..huhu..so tengah scroll fb aku nampak ada orang post kat bbm final call untuk aa big member, aku bukak tengok apa yang boleh redeem. Siem Reap ni memang aku nak pegi lama dah, Angkor Wat is one of wishlist so alang-alang dia pon ada dalam golongan yang boleh redeem,tunggu apa lagi..

Friday, August 23, 2019

Hari Kedua Dan Terakhir Di Penang : Pasar Chowrasta Dan Jeruk Sedap


Ok sebelum aku teruskan dengan cerita hari terakhir aku di Penang, Aku nak meratap sikit pasal isu hutan Amazon yang terbakar hampir 3 minggu. Allahu..sedihnya bukan kepalang la..hutan paling besar sekarang ni dah tinggal suku.. Sebagai pencinta alam semulajadi, aku sejenis yang sangat oversensitive pasal isu-isu macam ni.. Mudah je nak meleleh airmata. Dia punya sedih tu memang tahap paling dalam. Bayangkan lah.. Kalo kemusnahan tu melibatkan ciptaan manusia ni,aku tak kisah sangat..Sebab kalo rosak pon masih boleh buat balik. Ni ciptaan tuhan cek oii..sis ulang balik.. "Ciptaan Tuhan" benda yang kita tak boleh beli dengan apa pun. Bila rosak mana kita nak cari ganti.. Apa lagi yang kita nak simpan untuk generasi kita kalau semuanya kita musnahkan. Perasaan sedih, marah, semua bercampur je sekarang nih, aku cuma bayangkan macamana haiwan kat sana, orang-orang asli amazon, tumbuhan yang hampir pupus, bila tempat dorang hilang macam tu saja akibat kerakusan orang-orang gila. Satu masa nanti bila memasing dah rasa peritnya nak bernafas masa tu baru pikir betapa pentingnya hutan, dah terlambat untuk semua tu. Dihari Jumaat yang mulia ni, aku berdoa sangat semoga perkara ni tak berlarutan, semoga ada lagi yang masih boleh diselamatkan. Semoga dipermudahkan urusan untuk memadam kebakaran tersebut.

Thursday, August 15, 2019

Hari Pertama Penang : Cendol, Pasembor Dan Padang Kota Lama



Lagi 200 meter nak sampai hostel kami singgah di gerai cendol paling femes kat kawasan Georgetown ni.. Dengan panas lit lit memang kena sangat la pekena cendol. Kami bernasib baik masa sampai tak ramai..tengok gambar kat atas,tak ramai kan..masa tengah makan,sedar2 je tengok dah beratur panjang. Ada yang beli tapau bawak balik, ada abg food delivery datang beli sebundle, meriah nau..tapi jangan risau..beratur tak lama pon..dorang ni cepat kot wat cendol. Semangkuk cendol berharga rm2.10..sumpah cendol dia memang sedap..makan time tekak tengah kering lak.. Memang ngam yakmat la..Haaaa...sedapnyaaa..!! no wonder la nape dia antara the best cendol in Penang. Lokasi dia mudah je..Dekat je ngan Chowrasta.. Cari je kat lorong2 tu, tak salah aku lorong kedua dari Chowrasta..Jalan ke arah Komtar,

Wednesday, August 14, 2019

Hari Pertama Penang : Bukit Bendera, Nasi Kandaq & Street Art


Trip Penang ni aku ada rasa sedikit kecewa sebenarnya. Tak puas oii dua hari satu malam ja.. Memang nak kena repeat rasanya.. Penang memang sorga makanan.. Ok pagi tu flight pukul berapa eh aku tak ingat..tapi pagi la.. Jadi pagi tu kami ingat nak park kat Putrajaya Sentral, tapi kena time tu pulak touch n go tak topup lagi. Dinasihatkan nak park n ride kat stesen KL transit ni kena pakai touch n go and pastikan dalam tu ada balance secukupnya. Agak menyusahkan la..Patutnya time masuk tu bagi jela touch kalo tak cukup baki pon nanti orang topup la,macamla orang masuk park situ tak nak keluar dah. Complicated betul. Jadi sebab pagi buta nak tak nak kiteorang gerak je gi klia, park situ.. Sebab pikir satu hari je.. Nahai..Mahei nak mampoih.. Sehari semalam RM80. Gila la..memang wat duit betul Malaysia Airports nih. Tapi nak wat camana..worst come to worst..takot tertinggal flight lak nanti,maw tak maw pejam mata jugak laa...

Tuesday, August 6, 2019

Hotel Review : Wassup Youth Hostel, Penang


Short trip geli-geli aku ke Penang haritu,aku stay di Wassup Youth Hostel yang terletak di Georgetown, dekat je dengan Komtar. Memang tempat dia sangat strategik nak kemana-mana tu tak de problem la. Harga semalam untuk double room rm80++ aku booked kat booking.com tapi tak taw nape masa bayar harga jadi harga lain. Tak perasan pon sebenarnya, time nak edit gambar baru perasan price tak sama. Hahaha.. So far hostel ni ok bagi sesiapa yang wat short trip cuma satu je yang aku tak suka. Dia punya sound proofing,geram je aku. Masa aku sampai tu dah la letih berjalan tengah panas sebab kami dari art street so jalan kaki je la lebih kurang 1km lebih rasanya nak ke hostel. Dah sampai aku nak rest la sebab semalam tu tido-tido ayam je sebab flight pagi so kena bangun awal la. Baru seronok lelap sekali aku dengar bunyi orang bukak tutup pintu berkali-kali. Kalo perlahan tak pe,dah tu kalo sekali je tak pe ni tak banyak kali dan kuat. Sakit hati la aku pon.

Monday, July 8, 2019

Hotel Review - Hotel Mystays, Higashi Ikebukuro, Tokyo JP


Finally..!!! Clap..clap..clap..Sebenarnya malas betul aku nak wat review pasal hotel ni sebab aku ada bad experience time nak check in tuh. Kalo dari segi accommodation aku puas hati sangat, tapi aku tak puas hati dengan sorang receptionist dia je. Saja bikin aku hangin.  Kisahnya aku sampai awal kat hotel, mula-mula ada 2 orang receptionist japanese they all very polite dorang cakap bilik tak ready lagi so dorang tak boleh bagi check in awal. Ok fine..Understood..so aku tinggal beg situ, tukar baju bagi tebal sikit then kiteorang keluar. Dalam pukul 1 tengahari gitu aku sampai balik hotel tapi kami tak masuk kami singgah 7E minum kopi then aku nampak satu couple ni masuk check in..Yang peliknya dorang boleh je check in awal. Ok kami pon dah ingat boleh aku masuk la pegi kaunter tanya then sorang receptionist ni china mainland punya orang coz aku tengok name tag dia nama cina dia cakap bilik tak ready.. Aku blur kejap,aku yang awal sampai tak leh masuk lagi camane couple tadi dah dapat bilik. Ok sis sabar lagi.. Tengah tunggu memang badan letih sangat tetiba datang segerombolan entah dari mana ramai2 datang nak check in. Guess what..??

Monday, June 24, 2019

3 Hari 2 Malam Di Pulai Spring Resort, Johor Bahru.


Time aku on the way ke Johor, Masuk je hujung-hujung Melaka dah mula hujan lebat. Sepanjang jalan hujan je, paling kesian penunggang motor la, dari satu tempat ke satu tempat berteduh tu jauh jadi sebelum sampai nak berteduh sempat la lencun dulu. Sampai je Pulai Spring hujan renyai-renyai dengan suasana hijau..asyikkk banget. Proses check in mudah saja, hari pertama sampai kami habiskan masa merayau-rayau di kawasan sekitar. Asalnya laki aku nak mandi pool, kiteorang ingat tutup pukul 7malam..Sekali tengok betul-betul boleh mandi sampai pukul 10 malam..Aduh.. Hari pertama skip jela mandi pool. Masa aku pegi sebelum ni aku cuma tidur 1 malam saja, jadi masa untuk teroka kawasan tu agak terhad. Jadi alang-alang berlama kat sini kami berjalan-jalan menikmati kehijauan alam di sini.

Thursday, June 20, 2019

Hotel Review - Pulai Spring Resort, Johor Bahru.


Empat tahun lepas aku dah pernah sampai kat sini. Selalunya kalo tempat tak best aku takkan pegi dua kali, jadi kalo aku pegi pulak maknanya best la tuh. Best yang macamana? Best bagi setiap orang ni lain-lain..mungkin bagi aku best tapi korang pegi tak best pulak..Itu korang punya pasal la kan.. Hahaha.. Bagi aku kalo istilah betul2 nak bercuti, benda yang  paling penting aku nak adalah kehijauan dan ketenangan. Tu paling penting la. Aku tak suka pegi tempat yang crowded sampai terganggu masa aku untuk berehat. Biar aku bayar lebih tak pe janji berbaloi. Jadi Pulai Spring ni adalah pilihan yang tepat bilamasa laki aku cakap "tolong cari memana tempat nak bercuti. Abang betul2 rasa nak rest" Jadi of kos la sejenis resort pilihan utama aku. Kalo pegi cuti sekolah maybe agak full, kalo korang pegi time weekend or weekdays, memang best. Kat sini aku tido 2 malam, and the best thing start dari check in, kami tak keluar2 dari situ sampai hari check out. Betul2 punya nak "me time" la kiranya. Dari breakfast sampai ke dinner sume kami makan kat situ. Nanti next entry aku story okeh..Sekarang aku nak review biliknye dulu.

Monday, June 17, 2019

Trip Penang - Very Short Trip


Jangan tanya update sebelum2 ni..Aku masih belum punya kekuatan untuk menaip..Huhu. Trip lepas masih tak mengarang dah masuk trip baru..uhuii.. Trip kali ni very-very short vacation. Memang sebelum ni aku banyak kali dah ajak laki aku pi Penang,tapi macam biasa la..kampung sebelah je, jadi dok pikir macam tak boleh nak gi Penang tanpa balik kampung..So bila dah blk kampung dah jadi malas nak ke Penang sebab rasa cuti itu berharga. Laaa pulakkk.. So alang2 MAS ade wat promo RM60++ sehala, and aku ni pulak too loyal dengan AA, tak pernah naik Mas la katakan, aku tanya laki aku on ke tak.. Kenapa short vacay sesangat..?? Sebab laki aku cuti dah tak banyak..Hahahaha.. Berjoli sangat sedar2 cuti tinggal sisa je.. Jadi aku tak mampu la nak wat trip 3d 2n.. Memula macam kompius jugak nak ke tak..Tanya laki aku dia cakap ape.. "Alah..bukan nak jalan sangat pon..kita lebih pada nak naik Mas je.." ahahaha..ko tengok ayat..bistu camana nak menolak..terus jela beli.

Friday, April 12, 2019

Birthdaycation - A Queen Was Born In April


Hola everybody..lama gila tak update blog. Sis is soooo lazinesss.. Malaih ya hamat lahai.. Trip ke Japan pon tertunggak lagi padahal dah berbulan dah pegi..huhu..nanti la eh..bagi masa untuk aku get ready betul2 baru aku update. Al maklumlah konsep blog aku ni lebih banyak pada membebel..tu yang kena ada mood sikit tuh.. Kalo takat nak bagi info je senang sangat tapi dah aku jenis membebel so aku memang perlukan mood menaip tu datang..hehehe.. Tengok macam sekarang,topik asal pasal birthdaycation tapi sampai sekarang tak masuk lagi topik asal..dok kalut membebel lagi..sigh*

Okkk..sekarang kita masuk..well as usual..setiap birthday or anniversary kiteorang akan short vacay gitu..no hadiah-hadiah..yang tu bila-bila boleh beli..quality time is important for us..gitu. Sebenarnya birthday aku taun ni malas gila nak cari tempat short vacay bagai..maybe sebab aku dah travel awal taun aritu so rasa malas pulak nak travel lagi. Eheh..ade eh orang malas travel..hahaha..pelik nih. Aku pikir "alah..tak payah laa..just celebrate tengok avengers sudah la.." then awal bulan haritu...