Wednesday, August 14, 2019

Hari Pertama Penang : Bukit Bendera, Nasi Kandaq & Street Art


Trip Penang ni aku ada rasa sedikit kecewa sebenarnya. Tak puas oii dua hari satu malam ja.. Memang nak kena repeat rasanya.. Penang memang sorga makanan.. Ok pagi tu flight pukul berapa eh aku tak ingat..tapi pagi la.. Jadi pagi tu kami ingat nak park kat Putrajaya Sentral, tapi kena time tu pulak touch n go tak topup lagi. Dinasihatkan nak park n ride kat stesen KL transit ni kena pakai touch n go and pastikan dalam tu ada balance secukupnya. Agak menyusahkan la..Patutnya time masuk tu bagi jela touch kalo tak cukup baki pon nanti orang topup la,macamla orang masuk park situ tak nak keluar dah. Complicated betul. Jadi sebab pagi buta nak tak nak kiteorang gerak je gi klia, park situ.. Sebab pikir satu hari je.. Nahai..Mahei nak mampoih.. Sehari semalam RM80. Gila la..memang wat duit betul Malaysia Airports nih. Tapi nak wat camana..worst come to worst..takot tertinggal flight lak nanti,maw tak maw pejam mata jugak laa...


Tak sampai sejam dah sampai. Dari Airport kami naik grab ke Bukit Bendera.. Harga dalam RM20, dinasihatkan nak ke Bukit Bendera jangan la pergi time cuti. Aku pegi haritu Ahad..Umangaiii.. ramainya rakyat jelata.. Beratur dekat sejam jugak la nak dapat naik atas pon. Masa sampai tu aku tak terus beli tiket, kami singgah Old Town dulu breakfast. Time tu tak salah pukul 10 pagi. Dalam pukul 12 jugak la kami sampai puncak.







Btw sebelum pegi aku ada baca orang share kat fb, kat atas Bukit Bendera ni lawa,banyak tempat bergambar la..tapi kalo korang nak taw semua tempat lawa tu semua berbayar ok. Bukan free.. Nak tangkap gambar atas beca ke, love2 kononnya..tu semua duit. Tipikal Malaysia sangat semua benda nak wat duit nak kena bayar..huhuhu.. Memang tak la aku nak bayar..tengok2 gitu je.. Memang semua tempat kena bayar kecuali la kawasan love lock yang ala-ala Seoul Tower tu.








Sengaja aku tak post view overall Bukit Bendera tu macamana..Kalo korang nak taw pegi la tengok sendiri..hahaha..tapi time aku pegi tu cuaca mendung,hujan renyai setitik dua jadi berkabus jela. Nak nampak Penang dari view yang cantik tu tak boleh la. Tak pela nak wat macamana. Dapat tengok sikit-sikit pon kira ok dah. Lebih kurang pukul 2 petang kami turun.

Plan kami nak ke Masjid Kapitan Keling sebab time tu pon time lunch perot pon berkeroncong. Jadi dari Bukit Bendera kami naik bas no 204. Kat situ cuma ada bas 204 saja jadi korang takkan tersalah naik bas ke apa. Bus stop mudah saja, memang depan kawasan tu je.. Kalo korang tengok gambar ketiga aku post ni, ha..korang cari je signboard Penang Hill tu, mata tu tengok bawah sikit,nampak la bas kat situ. Tapi kalo tak nampak jugak tanya la abg rela kat situ..tapi rasanya dia geleng kepala kalo ko tanya sebab bus stop tu jelas sangat nampak.



Ok suka diingatkan bas rapid 204 ni tak masuk area Masjid Kapitan Keling ni ye. Kalo nak taw route dia sila check kat website rapid Penang. Tapi kalo korang macam aku, nak pi makan nasi kandaq beratoq korang kena turun dekat Padang Kota Lama. Aku tak ingat apa nama bus stop tu. Tapi landmark dia Bank Islam sebelah kanan, sebelah kiri korang dah boleh nampak laut,ada bangunan putih tu,maknanya turun je situ. Turun je dari bas lintas jalan, jalan ke arah kanan, senang cite patah balik gitu.. Jalan sampai jumpa Kompleks Mahkamah. Belok kiri follow the road. Jalan je terus sampai korang jumpa masjid macam kat atas ni. Ha..kedai nasi kandar tu cuma sebelah je masjid ni.



Puaih boleh makan..total dua orang makan 40 ringgit..Worth it la,laki aku amik macam-macam.. amboii mentang-mentang aku kata aku support,penuh pinggan dia amik..hahaha..sedap oii.. Sampai esok la tak habis-habis cium tangan kot ada lagi bau kari..mihmihmih.. Selesai makan kami gerak nak ke hostel. Time ni malas nak naik bas sebab rasa masih rajin untuk berjalan. Sambil tu kami singgah di street art dulu dah alang-alang sebab sehala je. Time ni hujan renyai-renyai.. tapi alhamdulillah la..tak lama.









Kalo nak ke Street Art ni aku suggest pegi time weekend, sebab time weekend ada orang jual2 souvenir, tapi kalo nak bergambar kat wall art ni kena bertabah sikit la..beratur kot..sesak.. Aku tak de la terjah semua pon..sebab wall art ni bukan satu tempat..yang mana aku nampak aku snap jela. Kawasan yang paling pack yang ada basikal tuh. Habis pusing situ kami pon bergerak ke hostel. Berpandukan google maps lebih kurang 1km lebih jugak la nak sampai.. Berpeluh noksss ketiak mak. Banjirrrr..Kalo balik Kedah kira kata panas tak sangga dah, ni Penang lagi panas.. Tepi laut kan.. Panas tu lain macam..

Ok sebelum sampai hostel aku ada singgah pulak kat satu tempat ni.. Mana..?? Tunggu next entry okeh.

Bai.