Wednesday, December 27, 2017

Trip Ke China : Day 3 - Beijing Stadium & Train To Xian


Harini merupakan hari terakhir aku di Beijing sebelum bergerak ke Xian. Train ke Xian pada pukul 6.50 petang, jadi aku banyak masa lagi. Mengikut itinerary asal pada pagi tu aku akan ke Summer Palace, pastu ke stadium. Tapi akibat kemalasan yang melampau, laki aku pon tak larat dan terasa macam agak rush disitu maka kami cancel ke Summer Palace. Pagi tu bangun dengan cuaca yang lebih sejuk dari biasa, aku bangun prepare apa yang patut takut kang ada pulak yang tertinggal barang. Kami check out dari hotel ngam2 pukul 12 tghari, dan terus ke Beijing West Railway Station. Hajat kesana dulu sebab nak simpan beg, takkan lah nak bawak merata, tak mampu aku nak pikul. Sampai di stesen kami terus ke level 2, bukan cari tempat simpan beg tapi cari kat mana imigresen untuk masuk pintu utama ruang menunggu train.Bimbang kalo2 kami terlambat nanti takde la terpinga2 mencari. Kat China, nak naik train sistemnya sama macam naik flight. Jadi berpandukan signboard yang ada kami jumpa jugak pintu utama. Tanya abang polis kat situ dia cakap "toi..toi" maka betul la tu. Mudah je nak cari, keluar dari level 2 nanti ada tangga naik je ke atas.

Tuesday, December 26, 2017

Trip Ke China : Day 2 - Niujie Mosque & Wangfujing Street

Ihsan google
Sampai je di Dongzhimen station kami terus gerak ke Niujie Mosque. Maap yer..gambar tak de.. Paham2 jela kamera time sejuk, dia pon malas2 je nak snap gambar. Ada gambar dalam hp aku, lupa plk nak transfer. So aku cari la gambar ihsan dari google. Sampai di Niujie Mosque pon hari dah gelap. Mudah je nak ke masjid, keluar dari stesen Guang'anmennei (Exit 2) jalan je terus sampai jumpa simpang 4.. lintas ke kanan terus lagi..dari seberang jalan dah boleh nampak pintu gerbang ke masjid.Tapi tak sampai masjid lagi taw..kena masuk ikot je jalan tu nanti jumpa masjid kat belakang. Dekat area situ ada banyak kedai halal termasuk supermarket ni.. Aku singgah beli jajan buat alas perut. Kat dalam tu jugak ada jual buah plum bersalut gula, jangan lupa beli. Sangat sedap..aku ada makan benda sama dekat Xian tapi tak sedap. Tengah seronok dok lepak tepi jalan sambil makan buah datang satu family ni dari Malaysia jugak, dorang tanya aku kat mana food court halal seperti yang digembar gemburkan oleh travelers sebelum ni. Dorang tak tahu yang aku pon tengah cari tempat yang sama, dah give up tu yang makan buah kat tepi jalan..hahahaha..

Thursday, December 21, 2017

Trip Ke China : Day 2 - Mutianyu Great Wall Of China


Misi hari kedua diteruskan dengan pengembaraan ke Great Wall of China. Wah..tak sangka sampai jugak yer.. Pagi tu bangun sejuk ya hamat..nak mandi ngn tak tu sama banyak tapi aku tetap mandi sebab budaya kita memang mandi tiap2 hari..wahahaha..Budaya tak mandi tu jangan ikot ok.. Breakfast secawan nescafe berserta chipsmore sebagai alas perut maka kami memulakan perjalanan ke sana. Mengapa aku pilih ke Mutianyu bukan ke Badaling..? Sebab Mutianyu agak kurang tourist berbanding Badaling. Rata2 tour guide pon memang suka bawak tourist ke Badaling, jadi kat sana agak pack berbanding Mutianyu. Aku nak pergi tempat yang kurang tourist senang nak bergambar riak..so aku pilih Mutianyu. Dari hostel kami naik subway ke Dongzhimen station pastu keluar di exit C korang follow je "Transport Hub" ke stesen bus.

Tuesday, December 19, 2017

Trip Ke China : Day 1 - Tiananmen Square & Forbidden City


Lepas beli tiket di Beijing West Railway station, kami bergerak ke Tiananmen Square. Macam biasa sebelum nak masuk beli tiket subway kena la spot check dulu. Manusia punyala ramai..stress betul hakak. Dalam train walopon tengah berdiri kami masih mampu tido, punya mengantuk baq hanggg.. Sampai di Tiananmen Square, korang follow je yang ramai2 tu..dorang pon nak pergi tempat yang sama. Kalau nak tahu Tiananmen Square ni dibina pada zaman Dinasti Ming pada tahun 1420-an dan pada tahun 1989 ia telah menjadi tempat berhimpun rakyat China terutama golongan pelajar dan para aktivis dalam protes tunjuk perasaan terhadap Parti Komunis China kerana mereka mahukan kerajaan demokrasi dan lebih kebebasan. Dekat dataran ni jugak lah pengisytiharan Republic Rakyat China oleh Mao Zedong pada 1 Oktober 1949. Nampak gambar besor tu..Itulah Mao Zedong. Sapa pulak Mao Zedong nih..?? Google la sendiri.. :P

Thursday, December 14, 2017

Trip Ke China : Day 1 - Hello China..!



Setelah menghimpun segala kekuatan,aku tekad untuk terus mengarang dan menghabiskan cerita pasal trip aku ke China. Kami ke sana pada bulan November selama lebih kurang 9 hari.. Trip ini bermula di Beijing dan berakhir di Xian. Pada 4 Nov lebih kurang pukul 5 ptg kami bertolak dari rumah. Sekarang semua serba mudah, aku naik uber je dari rumah terus ke Putrajaya Sentral, amik KLIA transit ke airport. Flight kami pukul 10.25 malam, kami bertolak awal ke airport sebab tak nak rushing macam trip Japan sebelum ni. Lebih kurang pukul 8 malam kami masuk boarding. Masa pemeriksaaan tiket, staff tu cakap kat aku, patutnya aku ke kaunter dulu untuk buat pemeriksaan visa, lohhhh..mana nak taw, aku dah print boarding tiket terus jela wat macam biasa, biasalah first time pergi negara yang bervisa,mana nak taw sangat kekdahnya. So aku tanya la, sekarang macamana.. cuak gak aku kot dia soh aku patah balik g kaunter ke ape, then dia cakap takpe next time pergi kaunter dulu ye.. Fuhh..lega..hehehehe..

Wednesday, December 13, 2017

Bali Sempena Tahun Ke-6 #nwtravellingbanana


Yeahhhh...fresh from oven.. Trip lepas pon merangkak nak mengarang,dia bukak trip baru pulak.. Hahahaha.. Well..for the next year aku nak combined semua sekali which is besday laki aku, besday aku and kiteorang punya anniversary all in one celebrate kat Bali. Macam tahun2 yang lepas every celebration weolls pergi bercuti, so tahun ni kita habiskan duit sekali saja..tak payah banyak2 kali..katanyaaaa.. -_-

Why I choose Bali..?? sebelum ni aku tak teringin pon nak pegi but my friend always pushing me.. "Go la Bali..Bali nice..U suggest me suruh pergi Jogja,I go now its your turn follow my suggestion." Ayat yang selalu opismate aku cakap kat aku.. So dengan termakan ayat manis beliau tambahan pulak harini AA ada wat promo ke Bali, dengan bateri kereta aku kong pagi tadi dah terbang RM200 duit laki aku, dengan perasaan bercampur baur aku tetap mengagahkan diri book tiket ke Bali..Sumpah gagah weiii..Hahaha..Sebab aku rasa harga sangat worth it RM99 sehala. Maybe AA open balik route ke Bali selepas keadaan gunung Agung dah makin reda that's why dia wat promo.

Aku takmo beli return tiket coz Bali sekarang still dalam keadaan berjaga2..so aku pon ikot berjaga2 sekali la..hahaha.. If anything happend also aku tak ralat sangat. Sooo..yeahhh.. Happy honeymoon to us.. Hahahahaha.. Untuk trip kali ni kami decided nak betul2 enjoy our honeymoon..letih jugak asyik jadi backpackers..mihmihmih...

Friday, December 8, 2017

Hotel Review - Xian Qixian 7 Sages Youth Hostel, Xian China


Berbeza pulak di Xian, staff dihotel pilihan aku ni amat friendly, cakap je nak ape dorang akan bantu. Aku memilih untuk stay selama 4d 3n di 7 Sages Youth Hostel. Aku booked thru booking.com. Pada asalnya aku dah booked Ancient City Youth Hostel, tapi entah macamana aku berminat kat hostel ni pulak. Biasa la book tak payah bayar kan,boleh la main tukar2..mihmihmih..Well..peminat sejarah of kos la nak book hotel yang ancient jek..hehehehe.. Aku suka gila kat hostel ni, dan aku menyeru pada peminat2 architecture dan sejarah untuk stay kat sini. Harga untuk 3 malam amat murah cuma RM198 currency time tu 100yuan = RM63.95. (Taik la...time aku nak berjalan time tu la currency naik..menyampah -_- ) Tanpa membuang masa..jommmmm..kita tengok gambar...

Hotel Review - Happy Dragon Hostel, Beijing China


Morning gais.. Tanpa mukadimah yang merapu,moh kita straight to the point. Aku nak review sikit hotel trip aku yang lepas. Aku try shoot seberapa banyak entry yang boleh. Tak boleh pending sangat, nanti malas nak menaip..hahahaha.. Ok..untuk penginapan di Beijing aku pilih Happy Dragon Hostel antara sebab yang pertama mestilah booking fee is free..hahahaa.. Bayar masa check in. Hotel ni juga berdekatan dengan stesen subway..senang nak ulang alik.Untuk pro and cons pasal hotel ni nanti aku ceritakan. Selalunya aku booked hotel thru booking.com tapi untuk hotel ni aku pilih booked melalui agoda. Pada asalnya tak rancang pon nak ke Beijing. Kami cuma nak pegi Xian ja,tapi berbulan monitor tiket flight p Xian harga makin tak munasarawak, dah tu tiket multicity jauh lagi murah,pujuk laki aku end up kami decided turun di Beijing balik ikot Xian.