Thursday, December 21, 2017

Trip Ke China : Day 2 - Mutianyu Great Wall Of China


Misi hari kedua diteruskan dengan pengembaraan ke Great Wall of China. Wah..tak sangka sampai jugak yer.. Pagi tu bangun sejuk ya hamat..nak mandi ngn tak tu sama banyak tapi aku tetap mandi sebab budaya kita memang mandi tiap2 hari..wahahaha..Budaya tak mandi tu jangan ikot ok.. Breakfast secawan nescafe berserta chipsmore sebagai alas perut maka kami memulakan perjalanan ke sana. Mengapa aku pilih ke Mutianyu bukan ke Badaling..? Sebab Mutianyu agak kurang tourist berbanding Badaling. Rata2 tour guide pon memang suka bawak tourist ke Badaling, jadi kat sana agak pack berbanding Mutianyu. Aku nak pergi tempat yang kurang tourist senang nak bergambar riak..so aku pilih Mutianyu. Dari hostel kami naik subway ke Dongzhimen station pastu keluar di exit C korang follow je "Transport Hub" ke stesen bus.


Direction: 
- Dongsi St (line 5) - Yonghegong St (tukar line 2) - Dongzhimen St
- Exit C - Follow signboard "Transport Hub"
- Naik bas 916快 (ekspress) turun di Huiarou Bei Da Jie
- Naik Mini van / Teksi / Kereta sapu

 
*Turun je dari bas berkerumun ulat2 kereta sapu yang offer nak bawak ke Mutianyu.Pandai2 bargain la.
*Kalo naik kereta sapu,kena jaga2 sbb dorang jenis kalo korang naik dgn dia,balik pon mesti dgn dia.Dorang akan tunggu tak kisah berapa lama pon korang kat sana. -Annoy..keh3..tp ok la time blk dah tak payah terkial2 nak cari transport.Jimat masa.
*Bas 916快 (ekspress)make sure naik bas yg betul. tengok betul2 tulisan cina tu,sebab ada 2 bas 916 cuma tulisan belakang tu lain2.

Cara nak balik,ulang je step2 diatas


Dari stesen bas kami naik bas 916快 (ekspress) dan turun di Huiarou Bei Da Jie. Tiket berharga 12 yuan one way dan perjalanan memakan masa lebih kurang sejam. Atas bas sempat la kami tido-tido ayam sementara nak sampai. Bas ni berhenti2 so korang kena alert dengan announcement dalam bahasa mandarin tu. Aku lucky sebab konductor bas (tak sure konductor ke apa,sebab pakaian macam pengawal) amat alert dengan keinginan aku yang nak pergi Mutianyu ni..hahahaha.. Aku ada baca kisah sebelum ni bas akan stop kat satu tempat nih,tak ingat nama apa kat situ banyak scammers akan naik bas pujuk tourist naik ngn dorang seingat aku, bas aku naik ni ada stop kat situ tapi konductor bas tak bagi scammers naik pastu tu konductor bas tu cakap kat kami dalam bahasa dorang la tapi aku paham jugakla (konon) "bukan turun kat sini" lebih kurang tu la maksudnya..hehehehe.. Sampai je di bus stop yang betul2 patut aku turun baru dia suruh aku turun. Tenkiu ajushhhiii.. :D

Turun je bas kena serbu dengan ulat2 kereta sapu.. Ada beberapa orang tourist mat salleh tapi dorang awal2 lagi pecut naik teksi tinggal lah kami berdua terkontang kanting..musibat betui.. Asalnya dia offer 50 yuan one way. Aku bargain 30 yuan dia tak mo bagi so aku cakap nak naik teksi, at last dia cakap 40 yuan..Aku pon ok kan jela, lagi aku wat tak taw lagi dia ikot sakit pulak hati aku.. 



Sampai di Mutianyu driver tu bawak kami ke kaunter tiket. Pada mulanya aku bajet baiknya dia sampai ke kaunter bawak kami, rupanya bukan tu maksud dia. Dia nak suruh ko cepat naik cepat turun bagi mudah keje dia nak menghantar ko balik ke stesen bas pulak. Aku perasan perkara ni bila aku patah balik sebab aku terlupa nak snap gambar kaunter ngn pintu masuk..hahahahaha.. tetiba dia sapa aku macam nak suruh aku cepat..eh..eh..ade aku mintak ko tunggu ke..? nak balik,balik jela.. hahaha.. Oh ya..masa beli tiket aku try la kan ckp aku student,part time sekali tak lepas beb..dia tanya umur..ceittt...



180 yuan / person..aku pilih ropeway dan tobonggan.





Ini baru pintu masuk, nak ke cable car kite kena naik shuttle bas pulak..sepanjang jalan nak ke shuttle bas ada banyak kedai sourvenir, restoran, gerai buah2an tapi tak de satu pon menarik minat aku.


Jalan sampai jumpa signboard nih
Tunggu shuttle bas tak lama pon..Perjalanan amik masa lebih kurang 10 minit..




Sampai je aku terus ke toilet dulu, Alhamdulillah toilet bersih..hahaha.. So kami teruskan langkah naik ke atas. Kena mendaki la sikit..Sembang punya sembang ngn laki aku kami betul2 sampai kat atas..(rujuk gambar diatas) aku pon hulur tiket, then taw apa dia cakap.." Ini untuk cable car, kalo naik ropeway kaunter dia kat bawah tu ha.." Oh damn...aku dah panjat tinggi dah dia soh turun balik. Yang bestnya kaunter ropeway tu aku dah tengok dah pon..siap baca apa dia tulis tapi aku tetap rajin panjat sampai atas.huh..


Terang2 dia tulis ropeway / tobonggan


Meh kita layan gambar sikittt..




Seperti yang diketahui, laki aku agak gayat dengan tempat tinggi, so sebab apa aku pilih nak naik ropeway..sebab dia la..miahahahaha.. Dia siap marah2 aku bila aku tanya dia ok tak..hahahaha.. so cuteee...Yang bestnya time kami naik ni tak de sape naik or turun..hanya kami berdua..romentik sangatttttt...herrr..herr.. Nak kata tinggi sangat tu tak la..biasa2 ja je tingginya. Sambil2 menikmati keindahan alam boleh jugak tengok mereka2 yang turun guna tobonggan slide..Best betul rasa,tapi time aku turun tu sangat lah tak best..nanti aku cerita. Sebelum sampai atas aku dengar ada perempuan menjerit, rupanya staff situ tengah menjerit dibalik tingkap slinding..dia mintak kami tengok kamera sebab nak tangkap gambar.. So ape lagi..sekiut boleh aku posing..hah..



Aku beli gambar ni berharga 30 yuan..Sebab apa aku beli..first of koz la aku nampak kiut..Wahahaha. Kedua sebab view sangat superb..hanya kami berdua ja,aku rasa kalo belakang aku ada orang pastu muka sememeh pulak,memang aku tak beli walopon time tu muka aku kiut gila..hahahaha..










Macam tak caya beb aku dah sampai Great Wall..7 wonders of the world. Syukur ya Allah..bukan semua orang dapat rasai nikmat macam ni.. Time kami pergi ni tourist memang tak ramai..best je nak jalan2.. sampai je atas kami makan dulu untuk charge our energy.. Sedar tak sedar almost 3 hours kiterorang habiskan masa kat atas..View memang cantik..sedar tak sedar matahari pon makin turun, so kami decided untuk balik.

Eksited nak turun guna tobonggan, soh laki aku record video..sekali bateri mampoih pulakkk.. Naisss. Masa tengah sibuk nak turun ada sorang minah ni turun tobonggan sorang2.. uncle2 yang jaga tu tak bagi kami turun lagi sebab tunggu minah ni turun separuh jalan.. Taw sebab apa..aku tak sure la dia mabuk ke apa, tobonggan tu kan slide macam ko main roller coaster of koz nak laju2 kan..laju yang berlimit la tapi minah ni slide siput lagi laju beb..can you imagine thatttttt...oh my stress..aku rasa macam nak turun tarik dia naik balik..Then agak lama sikit baru kami yang ramai2 ni turun.. Permulaan seronok la ramai2 jadi drifter, huha sana sini.. lebih kurang pertengahan jalan jumpa balik pulak minah ni..Arghhhhhh...!!! Aku bayar jugak oii..Nasib orang depan aku ni cerdik sikit..dia slow  aku ngn laki aku follow.. Agak lapang sikit kami drift balik.. Lagi berapa meter nak sampai dah tak boleh elak lagi dah bertembung balik ngn pompuan tu.. time tu rasa macam "ah..nak turun la tak nak main dah" sambil berlari tarik rambut pompuan tu..cenggitu la feel aku time tu. 

Sampai je terus terpampang muka aku kat tv, entah bila dorang tangkap gambar pon aku tak taw.. Muka hauk gila..dengan tenganga bagai, tak hingin aku nak beli..hehehe.. Balik macam biasa, kami naik shuttle bas balik semula ke Mutianyu gate.. 





Sampai bawah kami rehat2 kejap sebelum meneruskan perjalanan pulang..Tengah berjalan nak cari transporter coihhhh..apek tadi muncul balik.. Errrr... Sebelum tu kawan dia ada tanya samada nak hantar balik Beijing tak dia cas 150 yuan..Oh its ok..sampai lambat tak pe janji jimat..risau lak aku kang kemana2 pulak dia bawak nanti.. So apek tadi mintak 50yuan sebab cakap dah lewat petang,dia tunggu kami lama..(sapa suruh tunggu..?? ) tapi aku malas nak argue sebab panjang lagi perjalanan, aku pon setuju je dengan harga tu..


Nampak bas stop? Situ la tempat turun bas ke Mutianyu..ramai2 tu ulat tiket la tengah tunggu customer.
Lebih kurang 10 minit tunggu bas, bas pon sampai dengan cemerlangnya..Sepanjang perjalanan aku tido2 ayam. Sampai di Dongzhimen station, bas tak masuk dalam dia cuma berhenti tepi jalan. Nanti bila dia suruh turun tu korang turun jela. Cara suruh turun pon macam nak bergaduh..sepanjang jalan jadi bahan lawak laki aku,dia keje dok ajuk je cara dreba bas tu..aku pulak stress..-_-

Kemana kami lepas tu...