Wednesday, December 19, 2018

Genting Premium Outlet & "Skytropolis" New Indoor Theme Park


Oleh sebab aku rajin yakmat aku tambah lagi satu entry nak sembang pasal indoor theme park yang baru bukak minggu lepas. Ok.. hari Sabtu kami bertolak dari rumah pon dah tengah hari, jem satu hal sampai homestay dalam pukul 4.. Jadi kami rehat lepas asar baru keluar. Hari pertama kami terjah GPO dulu.. tak nak rush sebab malam tu nak tengok bola final Malaysia lawan Vietnam. (ok..Malaysia kalah 1-0) :) Bagi yang tak taw GPO tu apa, GPO stands for Genting Highlands Premium Outlet..same goes to JPO,MPO, Mitsui and so on..Bagi aku GPO lebih banyak choice compare to outlet yang lain..Lagi banyak kedai, lagi la ramai orang, tambah2 cuti sekolah so banyak bertabah jugak la..Dalam bertabah pon sempat jugak la aku rembat jeans sehelai,laki aku beli t-shirt collar sehelai.. So far kalo tengok pada sale memang rambang mata jugak..tapi sis cuba tahan diri sebab laki aku tak bawak wallet..!!! Huwaaaaa...mengundang betul la.. Dah sampai homestay baru dia perasan yang dia tak bawak wallet.. Sebelum gerak tu kiteorang kua beli nasik, time nak makan tu memang aku nampak dia kuakan letak atas meja..aku ingat dia amik la masa nak keluar tuh..huhuhu. Asal tengok kasut, handbeg lawa2 mula la aku terbayang wallet dia kat rumah..hahaha.. Aku bukan la kedekut, tapi berjimat..kan lebih afdal kalo nak beli benda2 gitu pakai duit suami..ye dakk... Wahahahaa...

Hotel Review - Ramin Homestay, Genting Highlands



Minggu lepas aku sempat bershort vacay di Genting Highlands. Since indoor theme park pon dah bukak so apa salahnya kita pegi melawat, lagipon aku tak pernah lagi GPO sinun and kebetulan pulak biras aku pon nak ikot, tak pernah pegi katanya..so on jela. Last aku gi genting 2 taun lepas which is sebulan sebelum aku terbang ke Japan and same goes this year..Laki aku cakap macam pre-holiday pulak kekdahnya..hahaha

Aku salu pegi genting balik hari je, tapi biras aku nak sangat tido kat sana so gigih la aku bukak booking.com cari hotel mana lagi yang kosong. Last minit baru nak cari memang tak la nak jumpa.. Hotel First World yang ada 7 ribu bilik tu pon dah sold out..huhu.. Cari punya cari jumpa la Ramin Homestay, tapi satu bilik ja..nak cari yang dua bilik..tapi sebab aku berkenan sangat dengan interior dia, aku pujuk biras aku ajak book je homestay ni even satu bilik pon.. pepandai la nanti lagipon satu malam je.. Selama ni aku booked accommodation tak pernah lagi bayar terus salu pilih bayar kat hotel je, kat Cyberview sebelum ni pon dorang cakap nak deduct dari akaun pon last-last aku bayar kat sana jugak.. So bila booked homestay ni dia deduct dari bank akaun baru la taw "ooo..gini rupanya kalo book terus bayar" hahahaha..

Monday, December 10, 2018

Cara-Cara Membeli Tiket Ghibli Museum, Mitaka.


Wooohoooo...!!! Happy gila aku rasa harini..setelah berbulan tunggu nak dapatkan tiket Ghibli Museum nih, harini aku berjaya dapatkan jugak.. Hah..tepokkkk..!!! I'm toooo obsessss dengan Totoro.. bagi sesapa yang memang follow Ghibli movies mesti korang kenal Hayou Miyazaki, totoro, no face, cat bus, Haku, Chihiro, Sophie, Howl ahhhhh..ramainyaaa...
Ghibli Museum terletak di Mitaka, dibuka pada 1 October 2001..apa yang ada kat muzium nih? Kat Ghibli museum ni korang akan tengok hasil reka cipta yang korang tengok dalam anime dipamerkan di alam nyata..i'm sooo tazabar gais...Sumpah tak sabar. Ok cara nak beli tiket ni pulak tak boleh sesuka hati pergi nak beli kat kaunter bagai..no..no..no..bukan macam tu okeh.. Demi menjaga reputasi dan jenama Ghibli, bilangan tourist untuk melawat muzium ni adalah sangat limited. Tiket hanya boleh dibeli di kiosk lawson, ataupon secara online yang dibuka pada 10 am (waktu Japan),10hb setiap bulan untuk jualan bulan hadapannya..paham tak?..

Ok..meh aku terang sikit eh.. Katakan ko nak pegi bulan Feb, so 10hb Jan, pukul 10 am waktu Japan (yakni waktu Malaysia 9am) korang kena terpacak depan pc..tiket ni sangat cepat sold out..so potensi untuk website down tu ada,tapi jangan give up..kalo ko cepat sure dapat.. Tiket ni dibuka sebulan sebelum..Make sure korang alert dengan 10hb tuh..hahaha.. Dekat sana memang tak ada kaunter jual tiket, Kalo korang berhajat dah sampai baru nak beli tiket on the spot..so lupakan lah yerk.

Tuesday, November 27, 2018

Hotel Review - Faithview Hotel & Suites, Melaka


Minggu lepas aku sempat bercuti di Faithview Hotel & Suites Melaka. Percutian kami bukan berdua tapi beramai-ramai..in-laws family day konsepnya..So jangan tanya laa aku nak booking macamana sebab everything adik ipar aku yang uruskan, dia beli via agent katanya..Kalo korang nak book boleh thru booking.com, direct call hotel or dorang punya website or boleh cari mana-mana agent untuk beli voucher. (kalo bab agent ni memang bkn style aku..kalo boleh elakkan..)Aku memang tak amik port pasal tu, aku just packing bag and follow the flow..hahahaha.. So harini aku nak wat review la sikit mengenai hotel ni. Bagi aku ni bukan hotel yang betul2 hotel, ia lebih kepada kondo konsep residence la kekdahnya.. Cuti sekolah ni, bagi ibu bapa yang ada anak-anak kecik,nak bawak mandi pool tapi malas nak book hotel maybe harga agak mahal boleh la try stay kat sini. Cuma biasa lah cuti sekolah, memang ramai la..so bila mandi pool tu lebih pada bertabah jela..asalkan anak-anak gembira tu dah cukup la. Harga satu rumah untuk 2 bilik RM250 free breakfast untuk 3 orang. Oleh sebab kami ramai, kami booked 2 buah rumah, breakfast untuk 6 orang, yang selebihnya kena bayar sendiri. Tapi sebab aku jenis tak reti nak breakfast pagi-pagi buta, so aku skip part tu..hehehe..

Friday, October 19, 2018

Next Trip Progress 2 #nwtotorointokyo





Ohayo Gozaimassss..Hahahaha..suka eh..Saja la nak habaq..aku dah beli tiket oihhh..gegegee.. Mulanya aku plan nak pegi 19-26 Januari..kot-kot boleh jumpa snow ke kan..hehehe..tiap hari aku survey harga tiket tak turun-turun..Sampai la AA wat promo 70% off pon date tu tetap harga sama. Aku rasa winter promo sure turun harga..so bajet nak tunggu lagi..Gagah la konon. So semalam tengah syok-syok tengok tv tetiba tergerak hati nak bukak apps AA..check lagi date sama..harga tetap sama..tetiba aku pikir..why not kita try date lain..aku nak pegi sangat time 19hb tu sebab ada public holiday..save la cuti aku satu hari..miahahaha..jadi aku check jela date seminggu sebelum.. Alih-alih tengok ada promo..Sebelum ni memang pernah check tapi ada promo pegi je,balik harga asal.. Semalam nak jadikan luck return ada promo. Aku berbelah bagi nak beli or tak..nak tunggu date tu jugak ke korban je AL lagi satu hari.. Ternyata otak dominan aku ni tak dapat nak berfungsi dengan baik..aku tanya laki aku.. Laki aku ni semenjak tukar jadual keje cuti dia makin bertambah,so dia memang tak de masalah langsung nak pegi bila pon..Sekali lagi otak aku kejung bila dengar jawapan dia tu.

Wednesday, October 3, 2018

Anniversary ke-6 - Hari Terakhir Di Bali


Ok..sila tepok tangan sebab aku berjaya gagahkan diri untuk menaip.. Haa tepokkkk... Sebenarnya hari terakhir kat Bali ni tak citer pon tak pe sebab tak de apa yang menarik.. Check out dari hotel terus je ke airport..takde kemana-mana..Hahahaha.. Tapi dah janji kan..cerita pi la muhung2 pon. Hampa bukan taw..huhuhuhu...Trip Bali ni tak de la banyak tempat kami pegi pon, lebih pada nak rehatkan minda, nak tinjau2 kawasan dulu. Bagi aku, Bali is ohsem weiiii..no wonder la ramai yang asyik repeat ja..siyesly best.. Orang2 nya ya ampunnnnn..manis bangat sih...cara layanan dorang pada tourist sangat tip top.. Memang kami jatuh cinta sangat la ngan Bali ni..selain dari Japan, Bali adalah destinasi yang kami akan repeat..Harussssss...Gue jatuh cinta bangat sama loe..4 hari 3 malam bukan masa yang cukup untuk kau teroka Bali.. Kalo ko memang amik tour guide maybe cukup la..tapi kalo bagi orang yang style macam aku, kena lama sikit la dok sana.. Aku bukan jenis suka travel yang terikat dengan masa.. Aku tak suka jenis macam tu..rasa sangat terkejar2 masa sampai tak sempat nak enjoy.Everything rushing dan sampai sekarang aku masih tertanya2 macamana orang boleh travel 6,7 negara dalam satu2 masa..korang just pijak tanah tu jeke or korang memang enjoy kat tempat tu?

Thursday, August 16, 2018

Next Trip Progress 1 #nwtotorointokyo


Well..aku ni kan spesis tak suka berahsia..so yeah..ni la plan travel aku untuk next year. Nape tak pegi dis year? Jawapannya..saja..hahaha.. Aku main ikot kata hati je..tapi pikir balik macam kebetulan pulak.. Bulan 10, aku pegi Korea..bulan 11 pegi China, bulan 12 pegi Osaka, bulan 1 pegi Tokyo. Hahaha..macam tersusun helokk je kan..Ok tu sume lain2 tahun..jangan dok wat terkejut pulak.. Terberak terkencing nak kumpul duit maw nak pi tiap2 bulan. Kenapa aku pilih Tokyo..?? Tanyalah laki aku..eheee.. Sebab laki aku nak pegi la..tu yang aku follow je sebab aku pon rindu sangat nak ke Jepun lagi. Benar bagai dikata..kalo dah pergi sekali mesti akan jadi kali keduanya..seee...tarak tipu. Rasa nak pegi lagi tu membuak2 sampai tak boleh nak pikir tempat lain lagi dah. Hahaha..macam orang angau pulakk..

Tuesday, July 24, 2018

Done Booking My HoneyBunny Favourite Place.


Lama betul tak update blog..banyak betul cerita pending. Sumpah aku dah malas menaip sekarang nih.. Episod ke Bali tu pon tergantung ceritanya, entah bila akan bersambung. Doakan aku rajin gais..Nanti aku sambung cerita lagi..hahahaha.. Bukan tak nak menaip, tapi sekarang otak aku dah locked sampai idea pon tarak nak mengarut apa lagi kat sini..faktor umur barangkali.

Disebabkan condition aku tak berapa baik kebelakangan ni, so aku amat memerlukan percutian yang menenangkan untuk meng"fresh"kan balik otak dan minda aku nih. Hati ni rasa nak pegi Ipoh.. Biasa lah my fav place, laki aku malas..dia nak tempat yg dia boleh rileks2, yg ada pool..dia kan suka berenang2 ketepian. So aku pilih tempat yang aku pernah pegi, dekat dengan rumah, dan sememangnya tempat fav laki aku. Dah lama dah dia ajak pegi Cyberview nih..aku je berkira2 nak pegi.. Pikir2 balik, yelah..asik nak ikot taste aku je, apa salahnya ikot dia pulak kan.. Dah tu request tak nak tido semalam, tak puas katanya.. Ok foine..kita amik dua malam. Suke..?? Hehehehe..

Tuesday, March 27, 2018

Anniversary ke 6 - Uluwatu Temple, Jalan-Jalan Cari Souvenir


Hari ketiga kami di Bali, pagi tu macam biasa kami bangun sarapan..Mana boleh tak breakfast, kempunan nanti tak minum hot latte made in bali.. Kami breakfast pon agak lewat, last pukul 10.30 pagi, dalam pukul 10 baru hegeh-hegeh nak ke cafe, tengah makan staff tu mintak kami amik siap2 nak makanan sebab dorang nak open untuk lunch pulak nanti.. Kami orang terakhir yang habis makan, memang plan honeymoon kan, so tak perlu nak rush2..harini plan kami cuma nak ke Uluwatu Temple pastu terus je cari souvenir..

Friday, March 23, 2018

Anniversary ke 6 - Sewa Motor Ke Tanah Lot Temple & Kuta Beach, Bali


Hola..Salam Jumaat..Ok tak de mukadimah, aku nak shoot terus je.. Malam sebelumnya aku sibuk mencari mana nak sewa motor,dengan berbekalkan wifi hotel aku pon google.Aku jumpa satu company nih, first soalan aku tanya samada dorang amik passport as a guarantee ke tak.ke boleh bagi yang photostat or gambar je...aku xmo bagi passport dekat orang..uihhh..nyawa tuh..tak boleh bagi suka2 hati..kalo dorang cakap amik passport, memang aku cari yang lain je..dia cakap dorang ambik passport but luckily bila aku cakap nak sewa 2 hari dia cakap dorang just terima kalo booking lebih dari 2 hari..ok..cancel. Then aku cari lagi jumpa pulak satu company ni..aku prefer company yang 24h service,senang nak deal tak kisah pukul berapa. Aku tanya dia soalan yang sama jugak, dia cakap dorang amik detail passport je, ok deal punya deal dia mintak aku sent pic passport, lesen, hotel & flight booking..so aku send kat dia..dia tanya aku balik..aku tak de international lesen ke..I said dont have sebab ramai cakap sewa motor kat Bali xpayah pakai international lesen pon..Dia kata kalo kena tahan pak polisi nanti macamana, so dia suggest aku amik motor tour, dia ingat aku travel solo..Aku cakap aku ngn husband,so we need motorbike, its ok kalo aku kena tahan polis, aku tanggung semua..So dia cakap ok..aku bagi hotel address aku cakap nak motor dalam pukul 10.30 pagi.

Wednesday, March 21, 2018

Anniversary Ke-6 #nwtravellingbanana : Hello Bali..!!


Selamat sore ya pak.. maw ngak dengar story gue tentang trip gue ke Bali..? Kalau maw angguk kepala 17 kali..Ok2..stop2..dah 18 kali dah tu..bagusss..busybody sangat nak tahu kisah honeymoon gue..Ok la..gue akan story sama kalian mulanya dari starting sampai end.. Nampak ayat indonesia gue..?? Kelaut..maaf ya pak..heheehe.. Well..Bali is not on my list..tak pernah pikir nak pergi pon, kalo Indonesia, my wishlist nak pegi Jogja, tapi my friend always said "go Bali laa..Bali best" kena pulak time tu AA wat promo open route balik to Bali lepas peristiwa Gunung Agung, one way RM 99 so sembang punya sembang ngn big boss, aku pikir why not..kita pergi sendiri tengok nape orang suka sangat dengan Bali nih..maka dengan lajunya aku beli tiket..Aku beli agak lewat tapi agak bernasib baik aku dapat harga promo pada hari Ahad flight tengah hari..sebab hari lain promo semua flight tengah malam..jadi langsungnya aku beli. Yippi..yippiii..!!

Monday, March 19, 2018

Hotel Review - The Patra Bali Resort & Villas Part II


Setelah dikorek2 gambar dalam kamera,baru aku perasan yang aku banyak amik video disekeliling kawasan resort berbanding ambik gambar. Maklumlah, orang sibuk berinsta story, maka iolls pon nak la jugak..tak mau kalah..tu yang asyik record jah..Tapi tak pela aku akan tepek jugak sisa2 gambar yang ada okay..kalo tak puas hati korang google jela..hehehehe.. Ok gambar kat atas ni aku ambik pada hari pertama kami sampai..hari kedua tak sempat tengok sunset,hari ketiga hujan..adehhh..pantai ni betul2 depan hotel..nampak tak hujung tu landasan panjang..itulah track flight touch down..view time sunset memang superb..amazingggg..

Moh kita layan lagi

Jom..

Jommmm...

Hotel Review - The Patra Bali Resort & Villas Part I


Trip to Bali is done..Best ke idok..? Hermmm..nanti sis story okeh..sekarang macam biasa, lepas trip mesti ada review dari aku.. Untuk honeymoon trip 4d 3n ni aku pilih stay di The Patra Bali Resort & Villas. For the first time aku booking thru Airasiago.com..selama ni booking.com je menjadi pilihan, tapi sebab aku dapat promo 10% dari airasiago untuk tempahan hotel,rasa berbaloi jugak nak try,compare dengan yang lain Airasiago jauh lebih murah..Letih cari,maklumlah hotel kat Bali ni memang banyak cantik2, murah2 lak tu, keliru dibuatnya..Akhirnya aku tertarik dengan resort ni sebab dekat dengan airport..tak payah nak rush, kedua sebab tepati citarasa laki aku yang nak hotel depan pantai (main order gituh jer -_- ) dan yang ketiga sebab resort.. sebagai pencinta pada alam semula jadi, of koz la aku akan pilih resort lagi berbanding hotel. Sesungguhnya resort ni tak mengecewakan.. Ini antara best accommodation yang pernah aku dapat sepanjang menceburi dunia travelling nih..hehehe.. Lokasi hotel sangat strategik memang betul2 sebelah airport saja,jalan kaki saja tak payah susah2 cari supir lagi dah..kalo ko mandi kat pool memang boleh nampak terang2 flight turun naik..



Wednesday, February 7, 2018

Apa Dapat Kalau Jadi Keyboard Warrior..??


I'm really sick with this kind of people..Disgusting..bukan annoying lagi dah.. Jenis yang berani kat belakang, depan kecut segala benda..Omg..shame on you..tambah2 yang jenis gagah wat fake account just untuk jadi keyboard warrior.. Ya tuhan..korang tak de job nak wat ke? Kalo tak de keje sangat ape salahnya dok diam2 berzikir ke,baca Quran ke, dapat jugak pahala..Aku kesian dengan orang yang spesis macam ni.. Selalunya orang yang keje cari salah orang lain ni, life dia mesti tak best.. Tu jela cara nak enjoy dorang punya life.. Pity u gais wahai keyboard warrior.. Bangun lah.. see your life, cari apa ko nak dalam hidup, do something yang positif to make you happy..sampai bila nak hidup macam tu? Memang dah banyak sangat kejar pahala ke sebelum ni sampai tak kisah buat dosa?

Eh..asal tetiba aku cakap pasal keyboard warrior lak nih..??

Tuesday, January 16, 2018

Tips Untuk Mereka Yang Pertama Kali Ke China.


Nak travel tak susah..Asalkan ada duit, passport tak expired, info cukup dah boleh jalan dah.. Tapi lain negara lain pengalamannya.. So kat sini aku nak bagi tips sikit bagi mereka2 yang pertama kali nak jejakkan kaki ke China mcm aku.. Aku dah pegi so bolehlah aku cerita sikit pengalaman kat sana. nanti korang pegi balik tu cerita la pengalaman korang pada orang lain yang nak pegi pulak kan..ilmu tu penting. Berkongsi pengalaman tu penting asalkan jangan sampai berbangga diri..

Aku akan cerita pengalaman aku pada orang yang betul2 bertanya dan nak tahu ja..I'm not simply story about my travel experience to others..Kalo aku main cerita je, aku takot ia disalah erti,orang ingat aku nak show off bagai..But some people dorang bertanya in terms " saja nak korek" then perli2 aku..oh sad..I really don't like when people said "seronok ko tak de anak, asik berjalan je.." for me..rezeki tuhan bagi tu equal.. you can't travel but God give u a cute baby, like me Tuhan bagi rezeki cara macam ni.. But the same way we called it "Rezeki" Selagi tuhan bagi rezeki walau dalam apa cara sekali pon jangan merungut, oh..best jadi ko, tak macam aku..blaa..blaaa.. Bila kita menghargai setiap rezeki tuhan bagi, kita akan lebih hargai setiap saat kehidupan kita. Faham.

Tengokkkk..kan aku dah bebel. -_-

Monday, January 15, 2018

Trip Ke China : Day 7 - Bas Express Ke Xian Airport..Babai CN.


Sebenarnya ada je bas express dari bandar Xian ke airport, cuma bas niada di tempat2 tertentu je..Direct terus ke airport tak payah risau nak tukar2 bas lagi dah.. Korang boleh google mane lagi pit-stop bas ni tapi aku nak cite bagi sesapa yang stay dekat2 Xian Railway Station, kat sana ada satu tempat untuk naik bas nih.. Tak jauh pon..Bersebelahan Longhai Hotel,lebih kurang 30 meter sebelum Wulukou Station exit A.

Jam menunjukkan pukul 3 lebih, so malas nak tunggu kami amik keputusan untuk ke airport.. Malam sebelum aku dah google siap2 dah mana tempat bas ni, kebetulan jalan tu memang kami selalu ulang alik tiap2 hari pun laki aku memang perasan bas nih cuma aku je jenis jalan menonong so tak perasan langsung.

Trip Ke China : Day 7 - Hari Last Di Xian,Kat Mana Souvenir Murah..??


Hari last pengembaraan pasangan travelling banana di bumi China..Kejap nyerrr.. Entry sebelum ni aku ada nak story kan kat mana nak cari souvenir murah.. Ok aku citer balik hari sebelumnya which is hari keenam lepas kami balik dari Shaanxi Museum..Kami terus ke Muslim Street nak cari makan.. Lepas habis makan aku mula misi mencari souvenir untuk dibawak pulang.. Kang balik tak beli pape maw kena karate ngan mak aku..Mak aku jenis ko nak pegi travel jauh mane pegi la tapi fridge magnet jangan lupa..kecik mana pon dia tak kisah asalkan fridge magnet..hahahaha.. So aku mula la jalan2 cuci2 mata.. Aku cuma aim patung terracotta yang lain2 sampingan je.. Tengah jalan2 tetiba ada satu suara bagi salam..

"Assalamualaikum.." 

Kami pon menoleh sambil menjawab salam..

"Waalaikumussalam.."

Friday, January 12, 2018

Trip Ke China : Day 6 - Xian City Wall & Shaanxi Museum


Kejap je dah masuk hari ke 6..Pagi tu cuaca sangat gloomy sebab sepanjang malam hujan. Plan harini free and easy je so kami keluar dari hotel agak lambat.. Hajat nak ke Muslim street dulu tapi perut masih kenyang sebab pagi tu kami breakfast buah epal + pisang kaki yang kami beli kat kaki lima on the way balik hotel semalam jadi kami terus ke Xian City Wall je. Keluar dari stesen metro kami terus nampak City Wall entrance dari jauh.. Time tu pulak ada pekerja sibuk cuci red carpet aku tak sure la ada event apa kat situ, maka kami teruskan perjalanan kami sampai di kaunter tiket. Masa aku pergi orang memang tak ramai mungkin sebab cuaca time tu sangatlah sejuk so orang pon tak de mood nak bersiar2..hahaha..

Direction:
Wulukou St (line 1) - Beidajie St (tukar line 2) - Yongningmen St


Thursday, January 11, 2018

Trip Ke China : Day 5 - Bell Tower & Drum Tower


Sampai saja di Xian Railway station, kami bergerak ke Muslim Street pulak, nak makan lor.. Lapaq sangat dah. Dari tempat turun bas kami ingat nak naik bas 601@ 605 ke Bell Tower..tapi tak tahu kat mana bas tu stop.. Aku pon masuk tourist center tanya arah.. Dia cakap depan tu je,aku pon follow je la..tunggu punya tunggu tak nampak pon batang hidung bas..so kiteorang pon jalan la slow2 dari satu bas stop ke satu bas stop..jalan punya jalan terus sampai stesen subway. Maka naik je subway terus ke Bell Tower.

Harga tiket nak masuk tower berharga 35 yuan per person tapi50 yuan per person kalo korang masuk kedua2 tower nih. Aku tak masuk pon..just tengok dari luar je. Moh kita layan gambar sikit.

Wednesday, January 3, 2018

Trip Ke China : Day 5 - Meet My Solja Terracotta Army


Maigod..maigoodddd..so excited nak continue story of my journey.. Gambar pon banyak gilos part nih..bertabah la yer.. Hari kelima merupakan hari yang aku tunggu2.. Nak p Terracotta Museum oii.. Yippy-yippy tanda seronok.. Pagi tu sejuk macam biasa..Sesudah breakfast cincai2 kami keluar menuju ke Xian Railway Station. Bukan nak naik keretapi yaa..tapi kat situ jugak la tempat naik bas ke Terracotta Museum. Nak cari bas tak susah pon. Stesen bas cuma sebelah stesen keretapi. Kalo korang nampak bas banyak2 tu haa..situ la tempatnya. Masa sampai tu ramai la nyonya2 dok panggil kami aku tak sure la dia nak apa sebab tak faham kan tapi aku just said no then terus je cari bas.. Salunya orang2 macam tu jangan dilayan sangat, kalo kita wat blur2 lagi sesenang dia nak push2 kita, bila kita tegas dorang dah tak berani dah nak follow.

Tuesday, January 2, 2018

Trip Ke China : Day 4 - Xian Mosque & Muslim Street


Happy New Year gais..!! Dah..jom kita sambung di hari keempat di bumi China dan hari pertama di Kota Xian. Keluar ja dari Xian Railway Stesen aku rasa wow..ancient sangat bandarnya..memang taste aku la. Kalo kita nak tengok China maju pegi la Beijing tapi kalo nak tengok China 1000 tahun lepas pegi la Xian.. Everything in Xian aku suka..dari segi architecture, makanan, bagi aku Xian jauh lagi bersih dari Beijing dan orangya pulak kurang sikit suka meludah berbanding kat Beijing. Xian merupakan salah satu kota tertua di China dan telah menjadi pusat pemerintahan banyak dinasti yang berpengaruh dan yang paling famous Dinasti Qin/Shin yang terkenal dengan Terracota Army nya. Sebut je Terracota Army hati aku mesti berbunga2, maklum la itu lah hajat utama aku ke Xian..My wish beb..eksited nak mampoihh...Bandar2 ancient macam Kyoto, Xian memang kena dengan jiwa aku..