Tuesday, November 27, 2018

Hotel Review - Faithview Hotel & Suites, Melaka


Minggu lepas aku sempat bercuti di Faithview Hotel & Suites Melaka. Percutian kami bukan berdua tapi beramai-ramai..in-laws family day konsepnya..So jangan tanya laa aku nak booking macamana sebab everything adik ipar aku yang uruskan, dia beli via agent katanya..Kalo korang nak book boleh thru booking.com, direct call hotel or dorang punya website or boleh cari mana-mana agent untuk beli voucher. (kalo bab agent ni memang bkn style aku..kalo boleh elakkan..)Aku memang tak amik port pasal tu, aku just packing bag and follow the flow..hahahaha.. So harini aku nak wat review la sikit mengenai hotel ni. Bagi aku ni bukan hotel yang betul2 hotel, ia lebih kepada kondo konsep residence la kekdahnya.. Cuti sekolah ni, bagi ibu bapa yang ada anak-anak kecik,nak bawak mandi pool tapi malas nak book hotel maybe harga agak mahal boleh la try stay kat sini. Cuma biasa lah cuti sekolah, memang ramai la..so bila mandi pool tu lebih pada bertabah jela..asalkan anak-anak gembira tu dah cukup la. Harga satu rumah untuk 2 bilik RM250 free breakfast untuk 3 orang. Oleh sebab kami ramai, kami booked 2 buah rumah, breakfast untuk 6 orang, yang selebihnya kena bayar sendiri. Tapi sebab aku jenis tak reti nak breakfast pagi-pagi buta, so aku skip part tu..hehehe..


Ok..jom kita tinjau kawasan rumah.

Ruang tamu

Ruang makan

Dapur..Pinggan mangkuk tidak disediakan, sila bawak.
Pada asalnya kami ingat 2 bilik means bilik besar la dua-dua sebab sebijik rumah dua family.. dapatlah sorang satu bilik. Rupanya satu bilik queen, satu bilik single. Aku tak taw la kot agent tu ada bagitau tapi adik ipar aku tak perasan ke or dia dengar 2 bilik dia dah tak tanya details pasal tu.(ni konsep main booking tak wat reivew) So terpaksa la biras aku berkongsi bilik single tu dengan laki dia. Kesian pulak..huhuhu.. Kiteorang memang amik bilik besar la..sebab yang tua mesti dihormatikan..mihmihmih..

Bilik Utama

Bilik kedua


Bathroom..air laju..kakak suka.

Towel, hair dryer, iron, sabun, shampoo sume disediakan. Cuma if korang nak guna dapur make sure bawak la sudu garpu tuh sebab memang dapur tu togel gitu je dia bagi. Kalo rumah satu lagi, rumah yang mertua aku stay tu dorang provided macam-macam pulak.. Dapur, washing machine bagai..pelik aku macamana teori dorang nih..padahal bayar sama je harga.

Rumah mertua aku stay level 7 mengadap pool, yang kami dapat level 9 mengadap pantai Klebang.. Tapi part paling aku tak suka, its sooooo complicated..dari masa nak check in sampai nak balik. Time check in lembab nak mampoih.. ramai dengan budak-budak sebab ada tadika wat graduation day kat situ..lol. Aku dulu tak de grad pon.. kalo ade pon surely wat kat tadika je..tadika sekarang dasyat nooo.. Ok berbalik pada benda aku nak cite tadi..hahaha.. Lepas check in akan dapat 2 pas..satu pas untuk parking, satu lagi untuk rumah. Nak naik lif kena touch pas then baru bole tekan button level. Tapi yang bestnya bole tekan level kita duduk tu je,itu kalo nak naik..kalo nak turun tak de masalah bulih tekan mana-mana level..kalo kiteorang nak pegi level bawah gigih jela turun tangga sebab satu lagi lif dia maha lambat nauzubillah.. Naik panas je hati aku..then lif tu pulak kekadang ok kalo tekan level lain, kekadang tak boleh, kadang2 tak payah touch boleh tekan..wat's goin on...pleaseee check.. Sangat susah. Kalo suruh aku stay kat situ untuk kali kedua..memang tobat nahum aku nak pi..Antara hotel review aku, ni kot yang paling lowest rate aku bagi..huhuhu.

Rumah yang aku dapat ni so far masuk tengok bersih la jugak..Tapi yang mertua aku dapat tu tak bersih langsung..bawah meja penuh habuk rokok bagai..tak puas hati betul aku.

Pool 1

Pool 2
Part pool pulak, ruang untuk kanak-kanak adalah sangat terhad..kalo tengok gambar kedua tuhaaa yang kecik tu pool budak. So time cuti sekolah ni, aku rasa tak payah explain lebih-lebih pon boleh paham kan..hahaha..budak tak de space nak celup kaki dalam pool tu, so terpaksa la beralih ke pool yang lebih dalam sikit..kalo tinggi aku ni ada la paras bahu..so anak buah aku tu dah tengok pool budak merunyut macam tu tak nak la dia mandi kat situ, jadi kami bergilir-gilir la menjaga budak2 tu mandi takot terlepas pandang lain lak jadinya. So imagine family yang ada 3,4 orang anak kecik.. memang tak tenteram jugak la nak menjaga.

Ni view dari rumah aku stay.
Hotel ni nampak macam baru, I'm not sure dia dah lama tapi baru renovated or memang baru ..still nampak baru lagi la kiranya..tapi sekiranya baru operasi ok dimaafkan la dari segi perkhidmatan yang masih slow, if dah lama sila lah upgrade perkhidmatan anda.

Me & My doughnut memang tak dapat dipisahkan.
Overall aku sendiri tak taw nak cakap berapa bintang aku nak bagi. Sebab mostly sume cakap tak best..Hahaha..tapi mungkin kami ramai rumah pulak berpecah so jadi kelam kabut kat situ. If korang pegi just satu family I think it should be no problem. Cuma bila bawak orang tua ni jadi macam kesian pulak kat dorang terperap je kat rumah lepak kat balkoni tengok anak cucu mandi pool kat bawah.. So bagi aku, kalo nak wat family gathering, this is not a correct place..This year family day.. FAILED..hahahaha

Bai.