Tuesday, August 30, 2016

Ipoh.. Cuti Pendek Yang Tak Disengajakan Part II



Suka betul aku dengan lagu2 Salammusik nih..lirik dia memang makan dalam.. Sambil2 menaip layan you tube pakai internet opis..memang ngam..hahaha.. Ok uollss..keje tak banyak coz esok cuti..weahuuu...so aku nak ucapkan "Happy Merdeka Day" kepada semua.. kita sudah merdeka dari penjajah tapi apakah diri kita sudah cukup merdeka?? tepuk dada tanya diri.. :)

Ok..dari terus melalut moh aku sambung sikit lagi sambungan dari short vacay aku di Ipoh ni.. untuk trip kali ni kiteorang tak kemana sangat dah la sebab sebelum ni dah banyak tempat kami terjah.. Pagi Ahad lepas check out kiteorang terus ke Tasik Cermin..trip sebelum ni laki aku komplen kenapa kami tak ke sini so this time memang kena pergi.. Guna kan waze sebaik mungkin..sure korang jumpa..

Ipoh.. Cuti Pendek Yang Tak Disengajakan Part I


Last week aku ke Ipoh sekali lagi.. Last minit plan.. Petang Sabtu sambil baring2 berwasap ngn laki aku..dia kat opis..tiba2 dia cakap "Kita pegi Ipoh nak? The Times perform kat sana" macam tu la lebih kurang.. Aku baru cakap dah lama tak pegi gig, alih2 dia ajak aku pegi..haha.. Asal? kat KL dah tak de gig ke yang sanggop turun Ipoh? Bukan laa..kat KL pon ade, tapi band2 tak bape best..hahaha.. lagipon band2 yang perform kat Ipoh last week jauh lagi havoc, macam Oh Chentaku, Salam Musik, Laila's Lounge and The Times yang payah benor nak tengok dorang perform sekarang sebab tu laki aku beria2 ajak pegi.. Sebelum ni dorang perform kat KL tapi kiteorang tak sempat pegi..So nak tak nak kena gak pegi..hahaha..

Monday, August 29, 2016

Hotel Review - Hotel Station 18, Ipoh Perak


Ok..camane pulak aku boleh sekali lagi ke Ipoh? Itu akan aku cerita kemudian ok.. Ni aku nak wat review sikit pasal hotel yang aku stay.. Last minit laki aku ajak pegi Ipoh, dalam kete baru gigih nak cari hotel bagai.. and aku jumpa hotel bajet yang termurah ni dalam agoda.. Kalo ikot harga agoda plus tax bagai dalam RM51.51.. tapi aku tak boleh book thru website maybe sebab last minit sangat kot.. so aku call directly hotel ni..Dorang cakap cuma ada 1 saja double room yang available.. Harus walk in..first come first serve kekdahnya..

Lokasi hotel ni terletak lebih kurang 20 minit dari pekan Ipoh.. dari tol Ipoh lebih kurang 6km.. Berdekatan Tesco dan EON Jusco, ada banyak jugak pub kat keliling hotel ni..tapi tak bising pon.. Berpandukan waze dia bawak jalan ntah kemana2..maka sampai gak aku kat sini.. Ternyata bilik tu macam tunggu2 kedatangan aku..hahaha.. Untuk walk in harga satu bilik double room RM68.90 deposit RM50.00.. Harga yang sangat bajet..bilik pon selesa.. Overall aku puas hati dengan harga dan bilik yang aku dapat..

Monday, August 22, 2016

Tips Beli Winter Coat Murah


AAX buat promo sempena merdeka..tapi aku tak nampak tang mana promonya.. Harga still sama lagi.. Oh kemon AA..banyakkan promo bulan december pelisss... Ok..harini aku sibuk pulak nak update pasal winter coat yang dah aku sambar untuk percutian musim sejuk aku nih..jakun sangat dah ni.. Op kos la..time p Korea aritu takde la sejuk sangat so hakak tak de beria2 beli coat bagai..dah tu aku cuma bawak sweater sehelai je.. semua gambar aku baju yang sama..sedih gilos..tapi this time pegi time winter, memang aku nak bajet2 bergambar ala2 che ta la..hahaha.. Balas dendam. Ok ni yang aku beli.. aku tak tahu la kan,selagi tak sampai time lagi bape helai lagi aku nak beli.. laki aku dah suruh stop beli, sebab nanti dia yang nak kendong.. InshaAllah..aku cuba..mih3..

Sweater green army tu laki aku punya..beli kat Uniqlo..dia cakap cukup la tu..tak payah bwk byk2.. Itu bagi dia..tidak bagi aku..hahaha.. winter coat yg warna light blue tu aku beli kat Lazada harga RM69.. dekat 2 minggu gak nak sampai, overseas shipping..tapi bila beli online ni, size plk problem..tgk website cam ok..bila sampai besor la pulok..so aku bawak pegi alter..boleh la pakai.. Yang hitam kotak2 tu brand Uniqlo.. Aku beli preloved je..dia jual RM90 kalo kat Uniqlo RM149.90..condition tip top.. Dalam dia jenis fleece..sesuai sangat time sejuk.. and last pon aku beli preloved melalui instagram.. RM15.. murahkan..kualiti tak berbaloi ngan harga.. Memang nampak baru.. cuma nipis sikit, tapi elok la pakai ngan knit top.. Ada lagi sepasang winter coat member aku nak kasi pinjam..cuma aku tak sempat nak pegi amik kat dia..Nanti2 la..

Wednesday, August 17, 2016

Next Trip Progress #nwkyotosakatrip #2


Yeay..sekali lagi aku 'take risk' untuk membooking hotel di Osaka..As I mention before..tiket belum beli..tapi hotel dah booked.. Aku cuma play safe..booked hotel yang tak payah bayar pape and cancellation free untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang berlaku..wah...ayat tak menahan.. Hahaha.. Ikut plan, kami akan ke sana pada 10 December tiba di Kansai Airport dalam pukul 8pagi.. Oleh sebab 11hb baru kami akan ke Kyoto, so aku terpaksa stay 1 hari dulu di Osaka.. Based on review hotel ni tak de la bagus pon tapi disebabkan ni la hotel yang paling murah dan bajet, aku booked jugak sehari kat sini just untuk bermalam.. Nantikan review aku nanti okies :)

K bai.

Thursday, August 11, 2016

Day 2 - Percutian Hipster Ipoh Mali Part II

Episod Ipoh tinggal sikit je lagi..so meh kita habiskan hari ni jugak.. kalo dibiar pending nanti aku dah lupa..haha.. episod last ni adalah sambungan dari episod yang lepas..sila lah ketik sini, sana dan sinun.. untuk tahu cerita sebenar disebalik percutian hipster aku nih..

Selesai berjimba2 di Plan B, layan ais kepal menikmati ketenangan di Museum Yasmin Ahmad, kiteorang bergerak pulak ke Khizanat.. Eh..ape tu? For those pengemar indie mesti taw apa tempat tu.. Mostly band2 banyak gak perform kat sana.. Khizanat tu adalah cafe,tempat santai..lepak minum kopi.. Husband aku memang kaki gig masa zaman dia muda belia dulu.. Aku pon minat indie tapi masa belum kenal dia aku just minat2 macam tu ja,sebab tak de geng >_<.. bila kenal dia sebagai kucing hitam,hahahaha, dia rajin bawak aku pegi gigs..haish..rindu betul aku nak jadi muda belia blk.. Sekarang pegi gigs dah tak best sangat dah..faktor umor barangkali..hehehe..

Sampai Khizanat, Khizanat tutup..ahahaha.. frust betui.. so kiteorang decided nak terus je pegi Kellie's Castle.. berbekalkan waze (shit apps..for me..sorry..) yang bawak kiteorang masuk macam2 jalan ntah mane2 akhirnya kami tiba ke destinasi..

Kellie's Castle

Wednesday, August 10, 2016

Next Trip Progress #nwkyotosakatrip #1


Todia..dia mai nafsu gila dah..haha.. Dua tiga bulan ni aku keep monitor tiket AAX tapi ternyata masih belum menepati harga tangkap leleh.. memang payah nak dapat harga cantik dalam musim winter katanya sebab time tu peak season gak..maka aku tawakal jela.. gamak mahal terpaksa jugak la pejam mata beli..huhuhuhu

Jadi kalo nak tunggu beli tiket baru book hotel, aku tak taw la hotel mana yang nak terima aku.. mungkin ada, tapi bukan area yang aku nak la.. based on my research aku kalo leh nak stay kat hotel yang dekat dengan Kyoto station.. sebab mudah untuk aku nak ulang alik nek bas nanti..google punya google jumpa la aku hotel ni.. dan hotel ni amat2 menepati citarasa aku tapi dari segi harga kita terpaksa admit la sebab currency kita sekarang pon jatuh menjunam..huhuwaaa.. bila aku check date yang aku nak pegi tu ternyata cuma ada 3 lagi double room yang available.. pikir2 balik,kalo aku tunggu maybe dah tak dapat dah..dan kebetulan booking fee adalah free, maka aku take risk booked dulu hotel ni.. don't worry, kalo nak cancel atau tukar date seminggu sebelum pergi pon masih free.. kecuali 2 hari sebelum pegi ko nak cancel memang dia charge la.. proses dia sama macam aku book hotel kat Korea hari tu..yang diperlukan cuma credit card sebagai guarantee.. aku tak de credit card, aku boh debit jer..janji bole laaa.. :)

Kalo korang nak survey2 hotel ni macamana boleh la ketik sini http://www.piecehostel.com/kyoto/en/

K bai.

Friday, August 5, 2016

Day 2 - Percutian Hipster Ipoh Mali Part I

Bagi yang terlepas story hari pertama aku di Ipoh, korang boleh ketik sini dan situ..Sebelum tido aku plan untuk ke Memory Lane pada keesokkan paginya.. Apa yang ada di Memory Lane? Setiap hari Ahad akan ada Pasar Karat di sepanjang jalan area Memory Lane ni.. so aku ingat nak pegi terjah tengok barang rare apa yang dijual kat sana.. Tapi macam biasa..plan tu hanya tinggal mimpi yang lena diulit mimpi..hahaha..

Untuk hari kedua sesudah check out dari hotel, kami berjalan kaki ke Jalan Yang Kalsom.. apa yang ada kat situ? ha..meh hakak nk story.. orang cakap bila dah sampai Ipoh tak pekena nasi vanggey memang tak lengkap percutian korang kat sana.. Jadi nak tak nak aku kena gak makan nasi vanggey ni supaya bila balik nanti aku tak menyesal.. Dari jauh dah nampak orang beratur panjang..memang panjang la, tak pernah aku tengok tempat lain ada orang beratur sepanjang tu.. Ha..ni aku nak citer part yang tak leh blah sekali.. Aku dah nampak reramai beratur, aku pon apa lagi join sekaki la.. hampir sejam beratur bila nak sampai turn aku, baru aku taw sape yang nak makan kat kedai tak payah susah2 beratur, masuk cari tempat je..yang beratur reramai tu untuk sesape yang nak tapaw bawak balik.. Naishhh.. terasa seperti manusia bodoh yang sedang membuang masa disitu..huhu..tak pela..jadikan tu pengalaman.. (ayat sedapkan hati)

Ni je yang aku sempat snap :)

Day 1 - Percutian Hipster Ipoh Mali Part II



Air Asia nih bila nak wat winter promo nih..puas aku tunggu berbulan2 nak beli tiket, harga masih mahal je lagi..huhuuhu.. Mungkin aku harus lebih tabah..mungkin ada kemanisan yang menanti di hadapan..wah kau...hah..hah..Untuk trip #nwkyotosakatrip #kembaranwkejepun dah 50% progress, yang selebihnya kena tunggu tiket murah baru la boleh book hotel bagai..

Ok masih dalam misi jejak warisan Ipoh yang masih tak habis2.. Bagi yang terlepas part I korang leh ketik sini untuk tahu cerita sebenar apa aktiviti aku di Ipoh minggu lepas..

Selesai makan kami pon start balik meronda.. Berdekatan Old Town White Coffee, cuma berjalan lebih kurang beberapa meter aku jumpa Dewan Bandaraya Ipoh..dan bertentangan dewan tu pulak Stesen Keretapi.. Disebabkan cuaca yang panas lit lit, aku cuma tangkap gambar dari jauh je..

Thursday, August 4, 2016

Apabila Suami Isteri Bercuti - Next Pit-Stop, Melaka


Cerita Ipoh kita hold jap dulu yer..aku nak citer latest story..heheh..Tadi bukak fb aku ternampak oh bulan review pasal hotel best kat Melaka.. Sememangnya kami pun plan nak ke Melaka next month on Malaysia Day, so macam sesuai sangat la aku terjah hotel nih.. maka dengan penuh rasa tak bersalah,aku guna internet opis aku ni untuk godek2 macamana cara nak book hotel ni.. Ok hotel ni boleh dibooking thru agoda..sape2 nak sila terjah cepat sebab bilik agak limited.. bila dah puas hati dengan info yang aku dapat, jari laju je ketik butang untuk booking..kebetulan still ada double room yang available and then jadi kebetulan jugak, booked fee adalah free so aku booked jela dulu.. Sebab aku ada baca review dorang cakap hotel ni cantik dan peminat photography should go, so rugi pulak tak book..lagipon harga reasonable, RM86/night plus tax jadi la RM100/night dan bagi aku murah banget.. Aku dah banyak kali sangat dah pegi Melaka, tapi this time nak pegi sebagai food hunter pulak..hehehe..

So..macam biasa..nanti aku review yer.. bagi korang yang nak baca hotel review ni sila ketik link nih.
http://www.ohbulan.com/dengan-rm86-anda-boleh-bermalam-di-hotel-ini-nampak-macam-biasa-tapi-bila-lihat-dalamnya/

K bai.

Wednesday, August 3, 2016

Day 1 - Percutian Hipster Ipoh Mali Part I



Ipoh menjadi top 6 bandar terbaik di Asia pilihan Lonely Planet..jadi pada cuti minggu yang lepas, kebetulan pulak laki aku cuti jadi itulah masa terbaik untuk kami menjelajah bandar Ipoh yang terkenal dengan jolokan bandar hipster.. Aku sibuk nak travel tengok negara orang, hakikatnya dah masuk 3 series jejak Ipoh pon idak lagi..mih..mih..mih..

Hari Sabtu lebih kurang pukul 12 tengahari kami bertolak menuju ke Ipoh.. Biasa la, malam sebelumnya dah berjanji sama sendiri nak gerak pepagi, tapi tengahari jugak peginye.. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit.. sebelum tu aku ada terbaca satu blog ni dia cakap dari KL nak ke Ipoh cuma sejam setengah..Aku tak taw la dia drive macamana..hahaha.. Betul tak puas hati laki aku, bila aku cakap nak ke Ipoh cuma sejam lebih.. hahaha.. siap mintak nama blog lagi,dia nk g komen kat situ..mempertikai nape dia drive 2jam lebih.. Ahahaha..sengal gak mr.bean tu..

Tuesday, August 2, 2016

Hotel Review - Le Metrotel Hotel, Ipoh Perak

Untuk trip Ipoh yang lepas aku menginap di hotel Le Metrotel.. Hotel ni terletak di tengah2 pekan Ipoh bahagian New Town.. Lokasi hotel ni amat stategik dekat dengan tourist attractions and mudah nak cari.. Pakai waze je..senang ya hamat.. Untuk berjalan2 sekitar spot tourist, tak perlu susah2 drive..cuma berjalan kaki dah sampai.. Dari hotel nak ke Old Town amik masa lebih kurang 15 minit berjalan kaki..So highly recommended bagi sape2 nak explore bandar Ipoh ni..

Bilik pon selesa,facilities baik harga pon ok and yang paling penting walopon kawasan sekitar hotel ni agak sesak, pihak hotel menyediakan parking beserta cctv lagi uolls..so tak perlu risau.. Pada waktu malam pulak, bersebelahan bangunan hotel ni ada Gerbang Malam..ala2 uptown la kekdahnya..tak jauh dari situ pulak ada Hipster Cafe yang diberi nama Chokodok Raggae..ok yang tu next entry nanti aku story mori ok.. Now..lets review apa yang bestnya Le Metrotel nih.

Make sure betul yer..hehehe