Wednesday, December 19, 2018

Genting Premium Outlet & "Skytropolis" New Indoor Theme Park


Oleh sebab aku rajin yakmat aku tambah lagi satu entry nak sembang pasal indoor theme park yang baru bukak minggu lepas. Ok.. hari Sabtu kami bertolak dari rumah pon dah tengah hari, jem satu hal sampai homestay dalam pukul 4.. Jadi kami rehat lepas asar baru keluar. Hari pertama kami terjah GPO dulu.. tak nak rush sebab malam tu nak tengok bola final Malaysia lawan Vietnam. (ok..Malaysia kalah 1-0) :) Bagi yang tak taw GPO tu apa, GPO stands for Genting Highlands Premium Outlet..same goes to JPO,MPO, Mitsui and so on..Bagi aku GPO lebih banyak choice compare to outlet yang lain..Lagi banyak kedai, lagi la ramai orang, tambah2 cuti sekolah so banyak bertabah jugak la..Dalam bertabah pon sempat jugak la aku rembat jeans sehelai,laki aku beli t-shirt collar sehelai.. So far kalo tengok pada sale memang rambang mata jugak..tapi sis cuba tahan diri sebab laki aku tak bawak wallet..!!! Huwaaaaa...mengundang betul la.. Dah sampai homestay baru dia perasan yang dia tak bawak wallet.. Sebelum gerak tu kiteorang kua beli nasik, time nak makan tu memang aku nampak dia kuakan letak atas meja..aku ingat dia amik la masa nak keluar tuh..huhuhu. Asal tengok kasut, handbeg lawa2 mula la aku terbayang wallet dia kat rumah..hahaha.. Aku bukan la kedekut, tapi berjimat..kan lebih afdal kalo nak beli benda2 gitu pakai duit suami..ye dakk... Wahahahaa...

Hotel Review - Ramin Homestay, Genting Highlands



Minggu lepas aku sempat bershort vacay di Genting Highlands. Since indoor theme park pon dah bukak so apa salahnya kita pegi melawat, lagipon aku tak pernah lagi GPO sinun and kebetulan pulak biras aku pon nak ikot, tak pernah pegi katanya..so on jela. Last aku gi genting 2 taun lepas which is sebulan sebelum aku terbang ke Japan and same goes this year..Laki aku cakap macam pre-holiday pulak kekdahnya..hahaha

Aku salu pegi genting balik hari je, tapi biras aku nak sangat tido kat sana so gigih la aku bukak booking.com cari hotel mana lagi yang kosong. Last minit baru nak cari memang tak la nak jumpa.. Hotel First World yang ada 7 ribu bilik tu pon dah sold out..huhu.. Cari punya cari jumpa la Ramin Homestay, tapi satu bilik ja..nak cari yang dua bilik..tapi sebab aku berkenan sangat dengan interior dia, aku pujuk biras aku ajak book je homestay ni even satu bilik pon.. pepandai la nanti lagipon satu malam je.. Selama ni aku booked accommodation tak pernah lagi bayar terus salu pilih bayar kat hotel je, kat Cyberview sebelum ni pon dorang cakap nak deduct dari akaun pon last-last aku bayar kat sana jugak.. So bila booked homestay ni dia deduct dari bank akaun baru la taw "ooo..gini rupanya kalo book terus bayar" hahahaha..

Monday, December 10, 2018

Cara-Cara Membeli Tiket Ghibli Museum, Mitaka.


Wooohoooo...!!! Happy gila aku rasa harini..setelah berbulan tunggu nak dapatkan tiket Ghibli Museum nih, harini aku berjaya dapatkan jugak.. Hah..tepokkkk..!!! I'm toooo obsessss dengan Totoro.. bagi sesapa yang memang follow Ghibli movies mesti korang kenal Hayou Miyazaki, totoro, no face, cat bus, Haku, Chihiro, Sophie, Howl ahhhhh..ramainyaaa...
Ghibli Museum terletak di Mitaka, dibuka pada 1 October 2001..apa yang ada kat muzium nih? Kat Ghibli museum ni korang akan tengok hasil reka cipta yang korang tengok dalam anime dipamerkan di alam nyata..i'm sooo tazabar gais...Sumpah tak sabar. Ok cara nak beli tiket ni pulak tak boleh sesuka hati pergi nak beli kat kaunter bagai..no..no..no..bukan macam tu okeh.. Demi menjaga reputasi dan jenama Ghibli, bilangan tourist untuk melawat muzium ni adalah sangat limited. Tiket hanya boleh dibeli di kiosk lawson, ataupon secara online yang dibuka pada 10 am (waktu Japan),10hb setiap bulan untuk jualan bulan hadapannya..paham tak?..

Ok..meh aku terang sikit eh.. Katakan ko nak pegi bulan Feb, so 10hb Jan, pukul 10 am waktu Japan (yakni waktu Malaysia 9am) korang kena terpacak depan pc..tiket ni sangat cepat sold out..so potensi untuk website down tu ada,tapi jangan give up..kalo ko cepat sure dapat.. Tiket ni dibuka sebulan sebelum..Make sure korang alert dengan 10hb tuh..hahaha.. Dekat sana memang tak ada kaunter jual tiket, Kalo korang berhajat dah sampai baru nak beli tiket on the spot..so lupakan lah yerk.

Tuesday, November 27, 2018

Hotel Review - Faithview Hotel & Suites, Melaka


Minggu lepas aku sempat bercuti di Faithview Hotel & Suites Melaka. Percutian kami bukan berdua tapi beramai-ramai..in-laws family day konsepnya..So jangan tanya laa aku nak booking macamana sebab everything adik ipar aku yang uruskan, dia beli via agent katanya..Kalo korang nak book boleh thru booking.com, direct call hotel or dorang punya website or boleh cari mana-mana agent untuk beli voucher. (kalo bab agent ni memang bkn style aku..kalo boleh elakkan..)Aku memang tak amik port pasal tu, aku just packing bag and follow the flow..hahahaha.. So harini aku nak wat review la sikit mengenai hotel ni. Bagi aku ni bukan hotel yang betul2 hotel, ia lebih kepada kondo konsep residence la kekdahnya.. Cuti sekolah ni, bagi ibu bapa yang ada anak-anak kecik,nak bawak mandi pool tapi malas nak book hotel maybe harga agak mahal boleh la try stay kat sini. Cuma biasa lah cuti sekolah, memang ramai la..so bila mandi pool tu lebih pada bertabah jela..asalkan anak-anak gembira tu dah cukup la. Harga satu rumah untuk 2 bilik RM250 free breakfast untuk 3 orang. Oleh sebab kami ramai, kami booked 2 buah rumah, breakfast untuk 6 orang, yang selebihnya kena bayar sendiri. Tapi sebab aku jenis tak reti nak breakfast pagi-pagi buta, so aku skip part tu..hehehe..

Friday, October 19, 2018

Next Trip Progress 2 #nwtotorointokyo





Ohayo Gozaimassss..Hahahaha..suka eh..Saja la nak habaq..aku dah beli tiket oihhh..gegegee.. Mulanya aku plan nak pegi 19-26 Januari..kot-kot boleh jumpa snow ke kan..hehehe..tiap hari aku survey harga tiket tak turun-turun..Sampai la AA wat promo 70% off pon date tu tetap harga sama. Aku rasa winter promo sure turun harga..so bajet nak tunggu lagi..Gagah la konon. So semalam tengah syok-syok tengok tv tetiba tergerak hati nak bukak apps AA..check lagi date sama..harga tetap sama..tetiba aku pikir..why not kita try date lain..aku nak pegi sangat time 19hb tu sebab ada public holiday..save la cuti aku satu hari..miahahaha..jadi aku check jela date seminggu sebelum.. Alih-alih tengok ada promo..Sebelum ni memang pernah check tapi ada promo pegi je,balik harga asal.. Semalam nak jadikan luck return ada promo. Aku berbelah bagi nak beli or tak..nak tunggu date tu jugak ke korban je AL lagi satu hari.. Ternyata otak dominan aku ni tak dapat nak berfungsi dengan baik..aku tanya laki aku.. Laki aku ni semenjak tukar jadual keje cuti dia makin bertambah,so dia memang tak de masalah langsung nak pegi bila pon..Sekali lagi otak aku kejung bila dengar jawapan dia tu.