Friday, August 23, 2019

Hari Kedua Dan Terakhir Di Penang : Pasar Chowrasta Dan Jeruk Sedap


Ok sebelum aku teruskan dengan cerita hari terakhir aku di Penang, Aku nak meratap sikit pasal isu hutan Amazon yang terbakar hampir 3 minggu. Allahu..sedihnya bukan kepalang la..hutan paling besar sekarang ni dah tinggal suku.. Sebagai pencinta alam semulajadi, aku sejenis yang sangat oversensitive pasal isu-isu macam ni.. Mudah je nak meleleh airmata. Dia punya sedih tu memang tahap paling dalam. Bayangkan lah.. Kalo kemusnahan tu melibatkan ciptaan manusia ni,aku tak kisah sangat..Sebab kalo rosak pon masih boleh buat balik. Ni ciptaan tuhan cek oii..sis ulang balik.. "Ciptaan Tuhan" benda yang kita tak boleh beli dengan apa pun. Bila rosak mana kita nak cari ganti.. Apa lagi yang kita nak simpan untuk generasi kita kalau semuanya kita musnahkan. Perasaan sedih, marah, semua bercampur je sekarang nih, aku cuma bayangkan macamana haiwan kat sana, orang-orang asli amazon, tumbuhan yang hampir pupus, bila tempat dorang hilang macam tu saja akibat kerakusan orang-orang gila. Satu masa nanti bila memasing dah rasa peritnya nak bernafas masa tu baru pikir betapa pentingnya hutan, dah terlambat untuk semua tu. Dihari Jumaat yang mulia ni, aku berdoa sangat semoga perkara ni tak berlarutan, semoga ada lagi yang masih boleh diselamatkan. Semoga dipermudahkan urusan untuk memadam kebakaran tersebut.




Ok jom sambung hari last aku di Penang. Pagi tu lepas checkout kami jalan kaki ke Pasar Chowrasta yang terletak tak jauh dari hostel. Nak cari apa lagi..cari jeruk la.. Laki aku kemain..tak payah beli banyak, dia bukan makan sangat..konon.. Balik tak sampai 4 hari licin tapuwe, walhal aku beli banyak kot..macam tak caya jugak yang kiteorang boleh habiskan jeruk tu dalam masa yang singkat. Hahahaha...Aku semenjak meningkat umur ni makin kurang suka makan benda masam-masam, tak macam time muda dulu..Champion..huhu.. Tapi jeruk penang ni rasa dia memang lain dari yang biasa. Sedap sangat..



Aku dalam kata nak beli sikit-sikit je,rasa tu sedap ni sedap, amik itu sikit ni sikit terus satu beg penuh jeruk saja. Lupa pulak kata datang tak naik kereta..Hehehe..Dalam pasar chowrasta ni ada banyak kedai jeruk, korang boleh pilih nak beli kat kedai mana. Tapi mostly chinese la yang jual, tapi kalo ko jenis particular dalam hal ni, ko boleh beli jeruk pak Ali kedai dia cuma bersebelahan je dengan chowrasta. Sebelum aku shopping sakan kat tempat jeruk ni, aku naik ke tingkat atas chowrasta jalan-jalan tengok kedai buku terpakai. Bagi yang gemar membaca, memang itu tempat yang paling sesuai untuk korang terjah.


Banyak kan.. Memang banyak buku dijual kat sini.. Aku tengok-tengok gitu je niat lebih pada nak amik gambar je sebenarnya..Wahahaha.. Selesai membeli kami keluar ke arah yang tiada tujuan. Ikot kaki je jalan. Hari Isnin kawasan Georgetown ni bagi aku kurang sikit sesak nak dibandingkan dengan weekend. Jadi lebih seronok untuk di explore.. Jalan punya jalan tetiba kami jumpa restoran Hameediah. Kena sangat la, perut ni cuma isi jeruk tester je tadi.. Terus kami masuk untuk breakfast + lunch terus.


Kami order roti telor, kari dia perghhh...marbeles kebabom..sedap baq hang tak muhung..Patutlah ramai yang suka makan kat sini.. Kawan-kawan aku pon ramai yang dm bagi suggestion mana lagi tempat best tapi sebab kekangan waktu, tu yang tak dapat aku terjah semua. InshaAllah next trip aku akan terjah semua tak terkecuali satu pon..Zanji..!! Selesai makan kami teruskan berjalan yang tiada arah tuju.. Sambil-sambil tu bergambar ala-ala tourist gitchiuu.. Entah memana la lorong kiteorang masuk keluar kot kedai jual bawang la,ikan masin la..end up jumpa balik Perangin Mall.


Kami masuk untuk rehat keringkan peluh sementara nak gerak ke airport. Time tu tak salah aku dalam pukul 12 lebih.. Lepak minum kopi dulu seround, baru gerak ke terminal bas yang tak jauh dari situ. Sampai je stesen bas dah blur tak taw nak naik bas apa..memang aku taw bas no 401E ke airport tapi problemnya nak tunggu kat platform berapa tu yang tak taw. But don't worry gaiss..kat situ ada kaunter pertanyaaan. Sebarang kekeliruan korang boleh je tanya terus kat abang rapid tu. Mudah kan.



So tanpa buang masa aku pegi tanya abang rapid tu camana nak ke airport. Dia terus amik kertas, dia tulis bas no berapa yang aku boleh naik nak ke sana sekali harga tuh, pastu dia tunjuk platform mana patut aku tunggu. Efisyen kan public transport kat Penang ni..Jangan risau la kalo blur pon still boleh jumpa balik jalan kebenaran tuh..hahaha..Tak lama lepas tu bas pon sampai. Dari terminal Komtar nak ke airport lebih kurang sejam lebih.. Aku naik bas no 401E. Bas ni lalu Queensbay Mall jadi kalo korang nak lepak-lepak mall dulu ka boleh la singgah. Aku memang dah terikat dengan masa, memang tak sempat la.


Masa tunggu nak boarding, tak da announcement pon cakap flight kiteorang tukar gate. Aku dok tunggu-tunggu nape la tak nampak flight masuk park pon yang aku nampak kat screen dia tunjuk MH blabla.. Patutnya time tu dah beratur masuk dah, aku cakap kat laki aku,aku nak pegi tengok kat tempat lain kot bukan kat gate kiteorang tunggu. Sekali betul..dorang tukar gate without announcement, nasib baik la airport Penang tu tak besar mana. Kiteorang pon bergegas la beratur, tak lama lepas tu baru dengar dorang announce.. Adoii.. Atas flight nak minum bandung boba..ramai cakap sedap.. Baru order sekali dia cakap tak de..ceh..kempunan nak rasa..Huhu.. Lebih kurang pukul 4 lebih kiteorang sampai di KLIA 2.. Berakhir lah very short vacation kami di Penang. InshaAllah ada masa, airline rajin wat promo, kami pi pulak noh..Memang tak puas langsung la trip kali ni..

For next trip nak kemana..??? Aku plan nak bawak mak ayah aku jalan-jalan pulak.

Kemana kita neyyy..???!!!!


Boleh bah kalau kau. :) Hi KK..

K bai.