Thursday, August 15, 2019

Hari Pertama Penang : Cendol, Pasembor Dan Padang Kota Lama



Lagi 200 meter nak sampai hostel kami singgah di gerai cendol paling femes kat kawasan Georgetown ni.. Dengan panas lit lit memang kena sangat la pekena cendol. Kami bernasib baik masa sampai tak ramai..tengok gambar kat atas,tak ramai kan..masa tengah makan,sedar2 je tengok dah beratur panjang. Ada yang beli tapau bawak balik, ada abg food delivery datang beli sebundle, meriah nau..tapi jangan risau..beratur tak lama pon..dorang ni cepat kot wat cendol. Semangkuk cendol berharga rm2.10..sumpah cendol dia memang sedap..makan time tekak tengah kering lak.. Memang ngam yakmat la..Haaaa...sedapnyaaa..!! no wonder la nape dia antara the best cendol in Penang. Lokasi dia mudah je..Dekat je ngan Chowrasta.. Cari je kat lorong2 tu, tak salah aku lorong kedua dari Chowrasta..Jalan ke arah Komtar,





Selesai basahkan tekak kami bergerak ke hostel untuk check in.. Ok kalo korang baca kisah hostel yang aku review tu kan,aku ada cerita pasal minah salleh ni tak benti2 main pintu sampai nak tido pon tak boleh..jadi dah mata pon tak boleh lelap, petang tu laki aku ajak keluar cari makan. Siapkan apa yang patut kami pon keluar pulak nak cari makan. Pikir-pikir sebab dekat dengan stesen bas Komtar, kami decided nak naik bas je ke Padang Kota Lama perkena pasemboq. Fyi..kalo korang nak jalan2 area Georgetown, korang boleh naik CAT bus yang disediakan..ia adalah percuma.. Free..free..free..!! macam kata Rancho pada Raju Rastogi dalam 3 idiots..hehehe..


Mulanya kami tinjau-tinjau dalam kawasan stesen bas nak cari cat bas.. tengok signboard semua tak de pulak tulis jadi kami keluar la jalan ke arah Perangin Mall, mean ke jalan besar la..tetiba aku nampak cat bas warna hijau tengah parking elok je tepi jalan,tapi dalam bas tu tak de orang pon. Kami pon pegi dekat, tanya abg dreba ni.. Well orang Penang ramah-ramah kot..hang tanya la apa pon depa layan elok.. Aku tanya cat bus ni pi Padang Kota ka, dia ckp bukan..cat bas ni lain dari satu lagi.. Kalo hampa nampak cat bus warna hijau jangan naik,tu bkn free bas yang dinyatakan. Cat bas free adalah cat bas biasa macam bas rapid yang lain..tu ha gambar aku bagi. Korang boleh je naik kat stesen bas Komtar,dia akan berhenti situ tapi dah kami bergerak ke depan, alang-alang abg dreba tu bagi la direction kat mana bus stop cat bas ni berhenti. Bus stop tu seberang jalan mean bertentangan Perangin Mall / Komtar.

Kami turun ditempat sama kami turun time balik dari Bukit Bendera. Apa nama bus stop tu eh? Mahkamah? Tak ingat la aku tapi depan Bank Islam la.. Turun je tengok ape yang ramai kat Pdg Kota tu,rupanya ada event. Banyak food truck beratur..Macam kena pulak time pegi tu..hehehe..


Sori ye aku tak de gambar yang aku amik time event ni..banyak video je..Memang best, rasa impressed tengok persembahan..Aku tak pernah lagi tengok sebelum ni..

Dia memang obses dengan Starbucks

Fav pokcik.. Caramel Frappucino
Sampai time tu masih cerah jadi light event ni tak semeriah macam waktu malam, ada je orang wat persembahan tapi kami tak minat nak tengok jadi kami lepak kat tepi laut amik angin sambil minum kopi.. Habis minum perut dah rasa lapar.. Mula nak makan mee sotong Hameed, sekali google dia tak bukak daaaa..kempunan lagi laa..tu yang kena pegi sekali lagi..Jadi kami gerak je ke food court tengok apa ada boleh makan. Masuk je tengok satu kedai ni orang beratur panjang, rupanya memasing nak makan pasembor. Alang-alang tu dah tengok ramai mesti sedapkan,kami pon ikot beratur sekali..



Yang mana pegi Pdg Kota nak makan pasembor,aku memang suggest korang try pasembor Hussain, tobat sedap oiii..kami amik nak kata banyak tu tak la..konon memang untuk dua orang makan, sekali bila dah potong tambah itu ini nahaii..macam untuk 4 orang makan. Total lebih kurang RM28.


Banyak oii..tertanjat boboi aku tengok.. Baru nak makan orang meja sebelah yang baru sampai dok tengok2 pasembor kami.. Laki aku siap jemput ajak makan sekali..hahaha..mesti dorang pikir tamak nau budak dua ekor ni makan..sampai penuh pinggan.. Yes..u know ending dia camana kan..tak habis pon..tapi boleh tapau bawak balik.. Sebab orang ramai kat kedai Hussain ni jadi agak susah ko nak suruh dia tapaukan, salunya dia dah taw dh kalo ko ckp nak bungkus dia akan bagi polistrin, getah dan plastik..jadi ko tapau je sendiri..senang.

Habis makan kami gerak ke padang tengok lampu2 neon yang lawa..dalam setengah jam gitu laki aku ajak gerak.. Dari situ kami naik blk cat bus ke Komtar. Sampai Komtar masih awal jadi kami jalan2 dalam mall cuci mata..Tak da pape yang menarik untuk dibeli, kami pon balik ke hostel..

Berakhir hari pertama, next bersambung hari kedua iaitu hari terakhir kami di Penang.

K bai.