Monday, December 10, 2018

Cara-Cara Membeli Tiket Ghibli Museum, Mitaka.


Wooohoooo...!!! Happy gila aku rasa harini..setelah berbulan tunggu nak dapatkan tiket Ghibli Museum nih, harini aku berjaya dapatkan jugak.. Hah..tepokkkk..!!! I'm toooo obsessss dengan Totoro.. bagi sesapa yang memang follow Ghibli movies mesti korang kenal Hayou Miyazaki, totoro, no face, cat bus, Haku, Chihiro, Sophie, Howl ahhhhh..ramainyaaa...
Ghibli Museum terletak di Mitaka, dibuka pada 1 October 2001..apa yang ada kat muzium nih? Kat Ghibli museum ni korang akan tengok hasil reka cipta yang korang tengok dalam anime dipamerkan di alam nyata..i'm sooo tazabar gais...Sumpah tak sabar. Ok cara nak beli tiket ni pulak tak boleh sesuka hati pergi nak beli kat kaunter bagai..no..no..no..bukan macam tu okeh.. Demi menjaga reputasi dan jenama Ghibli, bilangan tourist untuk melawat muzium ni adalah sangat limited. Tiket hanya boleh dibeli di kiosk lawson, ataupon secara online yang dibuka pada 10 am (waktu Japan),10hb setiap bulan untuk jualan bulan hadapannya..paham tak?..

Ok..meh aku terang sikit eh.. Katakan ko nak pegi bulan Feb, so 10hb Jan, pukul 10 am waktu Japan (yakni waktu Malaysia 9am) korang kena terpacak depan pc..tiket ni sangat cepat sold out..so potensi untuk website down tu ada,tapi jangan give up..kalo ko cepat sure dapat.. Tiket ni dibuka sebulan sebelum..Make sure korang alert dengan 10hb tuh..hahaha.. Dekat sana memang tak ada kaunter jual tiket, Kalo korang berhajat dah sampai baru nak beli tiket on the spot..so lupakan lah yerk.

Berbalik pada cerita aku.. Nak beli tiket kena ada kredit kad and aku pulak memang tak penah ada pon kredit kat..so 2 bulan sebelum merayu la aku tanya sesape yang ada nak mintak pinjam sat semata-mata nak beli tiket..laki aku pon cakap dia akan tanya opismate dia semua, so ada satu hari tu aku tengah sembang ngan biras aku,aku pon tanya..dia cakap dia ada..weheeee..eksited la aku.. So harini sebelum pukul 9 aku dah terpacak depan laptop..5 minit sebelum pukul 9 waktu Malaysia aku bukak website Ghibli.. nahaaiiii.. jem. *tepuk dahi. Berkali-kali tak lepas jugak.. tanpa mengenal erti kalah aku cuba jugak finally dapat.. Dah dapat masuk tu tak bermaksud ko berjaya beli tiket, kadang2 tekan next,sistem down so pandai2 la refresh ke patah balik ke, ikot kreativiti korang la asalkan berjaya. Nak dijadikan cerita masa part last time nak bayar aku dah key in no kredit kad bagai tekan jer "purchase" dia cakap kat tak boleh pakai..Walaweehhh..part last dah ni..nak berjaya dah kad tak leh pakai pulakkk..dok pikir jugak ada luck ke tak nih..kepala ligat dah pikir,sape lagi pakai kredit kad.. Nak ke dorang bagi aku pinjam..dok pikir punah dah harapan nak ke Ghibli Museum nih.


Tetiba tergerak hati nak try pakai debit kad Maybank aku..try and error je kekdahnye nih..sebab aku tak pernah taw pon fungsi sebenar kad aku tuh.. So aku key in semua benda dia nak terus tekan purchase.. tetiba naik pop up Maybank and mesej MSOS code pon sampai kat hanset aku..still tak yakin nih tapi jari laju je key in code, and tadaaaaaaaa....berjaya...!!!!! Oh maiii...aku tak penah taw pon kebolehan kad bank aku sejauh nih..i'm so impress and noob..ahahahaha..Kalo aku taw aku boleh beli pakai kad bank sendiri,tak payah la susah2 merayu kat orang.. *ok..pasni tak dah..aku belagak.

Habih dah story pasal pengalaman aku yang dah berjaya beli nih..sememangnya aku bukan jenis yang kedekut ilmu, so aku nak ajar korang pulak macamana cara nak beli tiket Ghibli Museum ni okeh..let's go..!!!

Bukak website Ghibli dulu memula.

http://www.ghibli-museum.jp/en/

Follow anak panah merah

Akan keluar macam ni..scroll down

Click link anak panak merah

Tick "agree" tekan "Next"

Akan keluar macam nih..tunggu kejap, scroll down akan keluar macam kat bawah.
Tengok dalam bulatan..kalo "sold out" mmg tak dapat nak nolong.. click "select"

Akan keluar macam ni..tunggu kejap bagi dia loading habis dulu, nanti keluar macam bawah nih.

Kalendar untuk bulan yang dia open tiket. yang bertanda "X" maknanya dah sold out, "segitiga" tinggal berapa tiket je lagi and "O" masih available..pilih la ikot date and masa korang suka.

Bila dah tekan time yang korang nak tu akan keluar macam ni..ikot anak panah, click "admission"

Pilih berapa tiket korang nak, then enter

Fill up, "Next"
Follow direction, "Next"

Make sure semua betul, scroll down

Fill up semua info dia nak, then "Next"
Ok..lepas click next, dia akan mintak details korang punya kredit kad.. Fill up je semua, kat bawah tu akan ada button "purchase".. so tekan je, jangan refresh website ke apa, tunggu and follow direction.. kalo Maybank akan keluar pop up suruh masukkan code, lepas setel semua akan ada dua button kat bawah tu..aku lupa apa dia tulis aku just click button yang warna pink.. So dia akan back to page depan.

Akan balik ke page asal..click "My page" nanti dia mintak isi password yang korang dah register sblm nih masa nak beli tiket.


Keluarlah details mengenai tiket yang korang beli tuh..click details nanti keluar barcode, make sure printout nanti bawak tunjuk kat dorang..jangan lupa bawak passport sekali.

Pada masa sama korang akan dapat email dari pihak Ghibli yang menyatakan bahawa korang dah berjaya beli tiket.


Clap my hands...clap..clapp.. Hahahaha..kalo convert to RM dalam rm75++ untuk dua orang.. Based dari apa yang aku baca, sekiranya dalam website dah sold out, tapi korang nak2 jugak pegi, korang still boleh dapat dari travel2 agent (3rd party) yang provided package ni tapi harga nauzubillah la..dalam RM200++..lari banyak woooo.. Ok itu saja yang dapat aku kongsikan.. Gambar..?? InshaAllah menyusul kemudian..hehehe.

K bai.