Friday, January 12, 2018

#nwtravellingbanana : Day 6 - Xian City Wall & Shaanxi Museum


Kejap je dah masuk hari ke 6..Pagi tu cuaca sangat gloomy sebab sepanjang malam hujan. Plan harini free and easy je so kami keluar dari hotel agak lambat.. Hajat nak ke Muslim street dulu tapi perut masih kenyang sebab pagi tu kami breakfast buah epal + pisang kaki yang kami beli kat kaki lima on the way balik hotel semalam jadi kami terus ke Xian City Wall je. Keluar dari stesen metro kami terus nampak City Wall entrance dari jauh.. Time tu pulak ada pekerja sibuk cuci red carpet aku tak sure la ada event apa kat situ, maka kami teruskan perjalanan kami sampai di kaunter tiket. Masa aku pergi orang memang tak ramai mungkin sebab cuaca time tu sangatlah sejuk so orang pon tak de mood nak bersiar2..hahaha..

Direction:
Wulukou St (line 1) - Beidajie St (tukar line 2) - Yongningmen St








Harga masuk City Wall 54 yuan / person.. Aku tanya laki aku,nak masuk ke tak dia cakap tak nak.. duit tu kalo pergi Muslim Street macam2 makanan kita boleh beli..katanya.. Sememangnya beliau dan makanan berpisah tiada.. Aku pon tak dela terasa nak masuk sangat sebab mood aku dah dipengaruhi oleh cuaca..hahahaha..

Dalam keadaan sejuk macam tu, mulut memang nak kopi je keje.. Kebetulan seberang jalan dari City Wall ni ada shopping mall..So kami amik keputusan untuk masuk panaskan badan sambil2 tu nak usha la tengok kot2 ada kedai kopi..


Aku banyak je masuk shopping mall kat Xian ni tapi sunyi je..maybe rakyat china tak suka beli barang ori kot..tu yang tak de orang je. Memang sunyi gila..dah tu membosankan betul..dah tak jumpa kedai kopi,kami pon keluar. Tanpa arah kami jalan je ikot kaki dengan harapan semoga tak sesat..miahaahaha..


Sambil jalan sambil menikmati permandangan.. Memang tenang je jiwa tengok bangunan2 lama yang cantik2..memang sesuai sangat Xian digelar Ancient City Of China. Rindunyer lahai..huhuhu..Jalan punya jalan tak tahu arah tapi kami follow je orang ramai..mengikut teori aku,selalu kalo orang ramai berjalan satu arah ni mesti kat depan tu ada shopping street..hahaha..



And yeahhh..teori aku tepat sekali..memang shopping street pon..jalan je lagi terus sampai Bell Tower..sambil2 makan angin tu aku masuk Yubiso sebab nak cari stoking, cari stoking tak dapat terasa nak beli selipar pulak..tapi sebab tak bawak beg n aku malas nak bawak ke hulu ke hilir maka aku lupakan jela niat nak membeli tu.. Alang2 dah sampai Bell Tower kami terus ke Starbucks cari kopi..Sejuk + Caramel Macchiato = Travel. Hahahaha..

Lama jugak kami lepak, tengok jam pukul 1..Aku memang plan nak pegi Shaanxi Museum pada waktu petang sebab setiap hari muzium akan keluarkan 4 ribu keping tiket free, 2500 keping sebelum pukul 2ptg dan selebihnya pada waktu petang.Perut pon masih kenyang minum kopi jadi kami plan balik semula ke Bell Tower lepas habis melawat muzium.

Direction:
Zhongluo St (line 2) - Xiaozhai St (tukar line 3) - Dayanta (Big Wild Goose Pagoda)


Keluar dari Dayanta station jalan je terus lebih kurang 800 meter..Akan nampak Shaanxi Museum belah kiri.. Aku tak singgah pon Big Wild Goose Pagoda, just tengok dari jauh je.

Beratur nak amik tiket free

Mudah je nak amik..just tunjuk passport nanti dia soh isi form..dapatlah tiket.

kaunter tiket..

Shaanxi Museum
Tak susah pon nak amik tiket free, just beratur sama2 ngan local people, bila sampai turn tunjuk je passport, then dia mintak isi details sikit2 kat form tu..pastu dapatla tiket. Ada aunty belakang aku ni kecoh2 konon kami lambat la, sebab nak isi form bagai..bukan salah aku pon, dah dorang mintak lagi pon tak de la lama sangat aku dok depan kaunter tu, tapi dah jenis tak menyabor kan..aku ni pulak jenis high temper sikit, terus je aku pusing belakang pastu pandang je dia..terus diam..masa aku nak blah sempat aku bagi satu jelingan maut kat dia..hahahaha..Don't mess with me okay.

Dapat tiket kami pon terus masuk..nak masuk macam biasa ada security checking..kalo korang bawak lighter dorang rampas ye,bukan rampas terus..lepas keluar dari muzium pegi la amik balik kat security tu.  Dalam muzium tak banyak sangat gambar yang aku amik sebab terlalu ramai dengan orang..First time aku tengok muzium penuh dengan manusia..maybe sebab tiket free kot..







Kiteorang dok dalam muzium pon tak lama sebab terlalu crowded dengan orang, rasa macam kami je tourist kat dalam tu,yang lain sume local je..So kami amik keputusan untuk keluar..Sebelum keluar aku sempat la singgah jap toilet kat dalam tu..Asalnya aku tak nak masuk,tapi laki aku cakap toilet bersih aku pon try and error jela..tengok2 betul..lega rasa..hahaha..

Keluar je dari muzium aku blur..camana nak pegi Bell Tower balik eh..pikir kalo nak naik subway nak kena jalan 800 meter balik ke stesen, kebetulan depan muzium ada bus stop..Aku tengok ramai je tengah tunggu bas..so aku cakap kita naik bas jela..Nasib aku list siap2 dah no bas nak ke Bell Tower. Aku tak ingat aku naik bas no berapa, Naik je bas aku pon bayar la 4 yuan pastu kami laki bini terus kebelakang cari tempat duduk. Then aku dengar dreba bas cakap something and orang dalam tu pandang2 kami.. Aku pasti sangatla memang ada something wrong.. Sorang aunty ni nk explain kat kami apa yang dreba bas tu cakap tapi dia tak reti dia cuma angkat 2 jari,nasib la aku cepat tangkap, aku terus je keluakan 2 yuan lagi suh laki aku bagi kat dreba.. Laki aku pon pegi tunjuk, dreba bas tu pon "toi toi toi" dah satu bas gelak sebab 2 yuan tu je..hahaha..

Best naik bas sebab sepanjang jalan aku dapat tengok betapa busynya life dekat China ni.. Dengan rakyatnya yang ramai, dengan kereta yang banyak, ada yang berbasikal, yang jalan kaki..phewww.. pening kepala aku. Lebih kurang 30 minit plus jem kami sampai Bell Tower.. Sampai je kami kami lepak dulu amik angin..entah angin apa nak diambik tak tahu la..heee.. Tengah seronok bersembang tetiba ada couple bergaduh betul2 depan kiteorang.. Kiranya tak boring la lepak kat situ at least dapat gak tengok free show.. Si boifren ni tarik2 si girlfriend ni.. Kasar jugak la, aku rasa kalo bukan depan orang maybe girlfriend tu dah kena tumbuk dah..nampak sangat boifren dia tu macam kaki pukul.. Asal ko tak tinggalkan dia haaa...adegan tu disaksikan oleh ramai orang yang lalu lalang.. Tapi habis macam tu je sebab dorang tinggalkan tempat tu macam tu je. Alaaaaa...

Drama pon dah habis kami pon bergerak ke arah bertentangan, tengok ada je kerusi kosong kami pon sambung lepak pulak.. Setengah orang travel kalo boleh setiap minit tu penting,tak de masa nak rileks2 lepak2.. tapi kami jenis kalo travel kami suka sangat lepak tepi2 jalan tengok orang lalu lalang, sembang2..This is our style.. Sambil2 lepak kami akan sembang, make conclusion / comparison tentang tempat yang kami pergi, orangnya macamana, persekitaran macamana etc..etc.. Bukan lepak saja2.. 

Habis sembang kami terus ke Muslim Street..time tu baru terasa lapar.. Habis makan kami jalan2 cari souvenir sikit.. Sambung di next entry nanti aku cerita and suggest kat korang kedai mana murah untuk beli souvenir ok..

Bye...