Wednesday, January 3, 2018

Trip Ke China : Day 5 - Meet My Solja Terracotta Army


Maigod..maigoodddd..so excited nak continue story of my journey.. Gambar pon banyak gilos part nih..bertabah la yer.. Hari kelima merupakan hari yang aku tunggu2.. Nak p Terracotta Museum oii.. Yippy-yippy tanda seronok.. Pagi tu sejuk macam biasa..Sesudah breakfast cincai2 kami keluar menuju ke Xian Railway Station. Bukan nak naik keretapi yaa..tapi kat situ jugak la tempat naik bas ke Terracotta Museum. Nak cari bas tak susah pon. Stesen bas cuma sebelah stesen keretapi. Kalo korang nampak bas banyak2 tu haa..situ la tempatnya. Masa sampai tu ramai la nyonya2 dok panggil kami aku tak sure la dia nak apa sebab tak faham kan tapi aku just said no then terus je cari bas.. Salunya orang2 macam tu jangan dilayan sangat, kalo kita wat blur2 lagi sesenang dia nak push2 kita, bila kita tegas dorang dah tak berani dah nak follow.


Bas 5(306) ke Terracotta Museum tapi ni bas henti-henti

Bas jimat masa,just berhenti kalo org dalam bas suruh berhenti je kalo tak dia direct terus ke museum

Dalam bas

Based dari research aku ramai traveler suggest naik bas bernombor 5(306) tapi bas ni ala2 bas rapid jugak yang akan berhenti setiap pit-stop dan sangat pack dengan penumpang.. Memula aku kompius jugak nak naik bas 5(306) atau pon tourist bas yang warna hijau tak pun biru ni.. Datang la sorang amoi ni tanya aku nak ke Terracotta ke..Dalam chinese Terracotta Army disebut Bing Ma Yong. So korang sebut je dalam chinese dorang terus tunjuk bas..Aku pon angguk..So dia soh aku naik tourist bas je. Nasib aku tak naik bas 5(306) aku tak taw la pukul berapa sampai then nak kena bersesak macam tin sardin dalam bas tu. Tourist bas ni tak ramai dan dia cuma berhenti kalo penumpang dalam tu nak turun je, kalo tak memang terus je ke museum.. Jimat masa,dengan tambang sebanyak 8 yuan / sehala. Lebih kurang sejam kami pon sampai..yeayyy..!!

Hari biasa pon penuh dengan tourist

Sape dia nih..??

Beli tiket kat dalam..yang kat luar ramai2 ni tour guide..dorang akan pujuk ko amik dia jadi tour guide..wat tak taw je..
yeay..dah dapat tiket.. 150 yuan / person
Dah dapat tiket tunggu apa lagi..masuk jela..Jangan pelik ye kalo kat sini pon ada security checking. Dah tu bukan masuk terus boleh tengok..kita kena berjalan jauh kedalam baru sampai museum..Jadi sebelum kami memulakan perjalanan, kami berhenti makan bekalan kami dulu..tak de apa sangat pon..biskut coklat dengan air mineral ja..hahaha..sambil2 tu kami tengok gelagat tour guide yang sibuk mempromote diri..tapi dorang tak berani lak datang kat kiteorang yang terconggok kat situ..pelik.. Tapi yang menariknya most of local people pilih tour guide berbanding berjalan sendiri..Impress..dorang betul2 nak kenal budaya sejarah dorang..tak macam kita..baca yang terhidang je keluar nanti lupa la..hahahaha..kan melayu mudah lupa..heh!

Nak masuk museum lebih kurang 500 meter dari pintu masuk.. Akan lalu kawasan taman so boleh la kalo nak berhenti posing sekali dua.



Main gate nak ke museum..time ni baru dorang check tiket
Pit-stop pertama kami masuk  bangunan sebelah kanan dulu..Exhibition Hall of Ancient Weapons, itu ibarat introduction la..Jom la layan gambar.











Tiket dari mula Terracotta Museum buka.
Ok..meh aku story sikit sejarah Terracotta Army nih. Terracotta Army dalam bahasa cina disebut Bing Ma Yong dibina pada zaman pemerintahan Dinasti Qin Shi Huang pada tahun 210SM dan dijumpai pada tahun 1974 di wilayah Shaanxi oleh beberapa orang petani yang pada masa tu tengah mengali tanah untuk dibuat perigi..Sebanyak 8044 tentera dijumpai dan pakar pengkaji sejarah yakin ada banyak lagi yang masih tertanam..

Tujuan tentera ni dibina adalah untuk melindungi maharaja dialam barzakh -_-  dalam maksud lain kerajaan selepas mati..Kat dunia ada kerajaan, pas mati pon nak ada kerajaan jugak..tak puas jadi raja barangkali..heheheheh..Yang amazing nya wajah setiap patung ni adalah berbeza..tak ada satu pon yang sama..Kerja2 pembinaan ini melibatkan 700 ribu orang perkerja dan pada waktu tu Maharaja baru berumur 13 tahun..Wahhhhh...betul2 think out of box nih. Zaman sekarang budak 13 tahun sibuk update wechat dengan ayat separa alien..huhuhu..Yang maharaja ni umur 13 tahun dah pikir nak wat apa lepas mati..Based apa yang aku baca, makam maharaja terletak di atas bukit dan ditanam sekali barang berharga dan merkuri, agak merbahaya kalo nak gali pun.

Terracota Army dibina menggunakan tanah liat, struktur binaan nya pulak adalah mengikut spek asal ketinggian, pakaian dan kedudukan pada zaman tersebut. Sebenarnya asal Terracotta ni berwarna. Ia di warna menggunakan getah sejenis pokok, tak ingat dah aku apa nama pokok, seorang tentera memerlukan lebih kurang 5-10 batang pokok (tak salah aku jugak) then imagine la kalo beribu2 tentera..berapa batang pokok pulak dia guna..hohoho.. Tapi bila dah tertanam lama warna tu makin hilang tu yang nampak macam tanah balik.

Orang cakap kalo nak tengok better masuk pit-3 dulu baru pit-1..ibarat macam save the best for last. Tapi aku kompius mana satu pit-3, mana satu pit-1..konon nak masuk pit-1 last sekali baru supriseeee... dah tu jalan2 tengok ramai masuk aku pon follow ingatkan pit-3..and yeahh...aku masuk pit-1 dulu..tadaaaaa. -_-

















Nasib kami masuk awal..sebab aku masuk round kedua dah gamat dah dengan manusia sejagat. Selesai pit-1 kami ke pit-2 dan 3.







Orang pon makin ramai, jadi kami keluar untuk berehat di taman amik angin dulu.



Puas sembang2 tengok gelagat orang2 local kami masuk semula.

Kneeling Achery

Middle Ranking Officer

High Ranking Officer

Tentera Berkuda

Standing Achery
Dalam tu jugak ada sessi bergambar bersama askar..kalo guna kamera sendiri kena bayar 10 yuan. Op kos la hakak tak lepaskan peluang dik non oii..Laki aku tak maw dia cakap aku tak pandai amik gambar..poyo laa.huh


Habis pusing satu museum kami amik keputusan untuk keluar.. Tekak pon kering,nasib ada Starbucks kat situ  kami pon masuk lepak kat dalam tu dulu sebelum bergerak pulang.

Dalam kawasan Terracotta Museum

Jalan keluar
Nak balik jangan risau..tak payah susah2 cari bas..pergi je balik kat tempat dimana korang turun bas tadi..kat situ bas dah ada siap tunggu korang..so naik je..harga sama jugak 8 yuan sehala.


Sampai je Xian stesen...

Ok kita sambung next entry..huaahahahaha...