Thursday, January 11, 2018

Trip Ke China : Day 5 - Bell Tower & Drum Tower


Sampai saja di Xian Railway station, kami bergerak ke Muslim Street pulak, nak makan lor.. Lapaq sangat dah. Dari tempat turun bas kami ingat nak naik bas 601@ 605 ke Bell Tower..tapi tak tahu kat mana bas tu stop.. Aku pon masuk tourist center tanya arah.. Dia cakap depan tu je,aku pon follow je la..tunggu punya tunggu tak nampak pon batang hidung bas..so kiteorang pon jalan la slow2 dari satu bas stop ke satu bas stop..jalan punya jalan terus sampai stesen subway. Maka naik je subway terus ke Bell Tower.

Harga tiket nak masuk tower berharga 35 yuan per person tapi50 yuan per person kalo korang masuk kedua2 tower nih. Aku tak masuk pon..just tengok dari luar je. Moh kita layan gambar sikit.




Sebelum tu meh aku story sikit pasal Bell Tower nih. Ia dibina di awal pemerintahan Dinasti Ming pada tahun 1384 dan merupakan simbol Kota Xian..Dia ada kawan..namanya Drum Tower..hehehe.  Tujuan dibina adalah untuk menjadi tempat pengawasan kawasan sekitar dan memberi amaran sekiranya ada serangan dari musuh.






Bell & Drum Tower


Sekarang kita beralih pulak ke Drum Tower. Drum Tower ni tak jauh pon dari Bell Tower.. Dalam 200 meter je..kalo dari Bell Tower dah boleh nampak dah Drum Tower. Drum Tower juga dibina pada awal pemerintahan Dinasti Ming. Namanya diambil sempena ada seketul drum besar di dalam tower nih. Drum tower ni dibina arah matahari terbenam manakala Bell Tower dibina arah matahari terbit. Zaman dulu kan tak de jam, so kalo dorang tengok matahari dah menyucuk2 arah Bell Tower tu maknanya hari dah nak siang la tu, kalo matahari semakin rendah ke arah Drum Tower maknanya dah nak senja.








Ok..kita sambung balik story aku lepas balik dari Terracotta Army tuh.. Kami pon bergerak ke Muslim Street sebab nak ke masjid dulu..Time tu hujan turun renyai2.. Sampai masjid dah ramai tengah tunggu azan Maghrib. Aku coti, tak pela..Laki aku pon bersiap2 la nak solat sekali...Masuk dalam masjid tanya pakcik2 kat situ kat mana amik wuduk dorang cakap amik dalam bilik air..So kami pon pergi la bilik air.. Masuk2 je adoiyaiii..hancingnyerrr bau..Pulas2 paip tak de satu pon air yang keluar..sudah..rasa macam susah sangat pulak last2 laki aku cakap tak payah la,jap gi balik solat kat hotel jela senang.. So kami pon keluar semula terus ke Muslim Street beli makanan nak balik terus ke hotel..

Berakhirlah hari kelima kami di bumi China..Esoknya pulak kemana eh...