Tuesday, January 2, 2018

Trip Ke China : Day 4 - Xian Mosque & Muslim Street


Happy New Year gais..!! Dah..jom kita sambung di hari keempat di bumi China dan hari pertama di Kota Xian. Keluar ja dari Xian Railway Stesen aku rasa wow..ancient sangat bandarnya..memang taste aku la. Kalo kita nak tengok China maju pegi la Beijing tapi kalo nak tengok China 1000 tahun lepas pegi la Xian.. Everything in Xian aku suka..dari segi architecture, makanan, bagi aku Xian jauh lagi bersih dari Beijing dan orangya pulak kurang sikit suka meludah berbanding kat Beijing. Xian merupakan salah satu kota tertua di China dan telah menjadi pusat pemerintahan banyak dinasti yang berpengaruh dan yang paling famous Dinasti Qin/Shin yang terkenal dengan Terracota Army nya. Sebut je Terracota Army hati aku mesti berbunga2, maklum la itu lah hajat utama aku ke Xian..My wish beb..eksited nak mampoihh...Bandar2 ancient macam Kyoto, Xian memang kena dengan jiwa aku..

Aku tengok orang ramai berpusu2 kehulu kehilir aku dah macam tak tentu arah..Ah..sudah mane nak cari hotel nih..so apa guna aku bawak travel partner aku kalo dok saja kan..rugi duit tiket..hahaha.. Memang pasal maps ni dia expert, so dia pon on maps.me terus cari Beixin Street..dari stesen nak ke hotel lebih kurang 1km jugak menapak..tapi tak terasa pon.. Sampai hotel dah boleh check in..fuhhh lega rasa.. Jadi kami rehatkan badan dulu sebelah petang baru nak ke masjid n muslim street.



Lebih kurang pukul 2 petang kami keluar dari hotel.. Jalan semula ke arah laluan sibuk berhadapan Xian Railway stesen..sampai je situ ternampak signboard Xian Metro..so kami follow je signboard.. Follow punya follow signboard hilang pulakkk..adoii..aku pun ternampak pondok polis kat situ..Aku pon tanya la dengan harapan dorang dapat membantu..haremmm..tak membantu pon..Aku tanya metro kat mana,dia tak paham apa tu metro..Ceh..lain kali jangan la wat signboard kalo tak taw metro tu apa..tulis je dalam sebutan cina kan senang kami nak cakap..Laki aku cakap kita jalan jela depan lagi..jalan tak sampai 30 meter jumpa metro stesen..haishhh..

Direction:
Wulukou St (line 1) - Beidajie St (tukar line 2) - Zhonglou St (Bell Tower)


Sampai je Bell tower stesen, wahh..ramainya umat manusia..kalo kompius nak keluar pintu mana tengok je map..ada disediakan. Aku tak ingat pulak exit mana aku keluar nak ke Muslim street. Tapi ada direction..korang follow je.Muslim street bersebelahan Drum Tower..mudah je nak cari. Sampai je punyalah eksited tengok makanan banyakkkk..cacing dalam perut pon menari2 kegembiraan..tapi kami tahan diri dulu..Sebelum apa2 kami nak ke Xian Mosque dulu.

Pintu masuk Muslim Street

Masuk lorong kedai jual souvenir untuk ke Xian Mosque
 
Ada signboard..follow je

 Sambil jalan nak ke masjid boleh la jamu mata tengok souvenir kiri kanan..aku tak geram tengok benda lain, aku cuma nak patung terracota tu je..hahaha.. ok..jalan je sampai jumpa pintu masuk masjid. Bagi muslim masuk adalah percuma..tapi bagi non-muslim masuk dikenakan bayaran sebanyak 25 yuan. Walopon masuk free, kita hulur la sikit sumbangan..apa salahnya kan. Ada tabung disediakan..masukkan je berapa2 pon yang kita ikhlas.. Sekurang2nya dapat jugak membantu saudara kita kat sana.













Masjid Xian adalah masjid tertua dan terbesar di China. Dibina antara zaman pemerintahan dinasti Ming dan Qing pada tahun 742.Masih teguh berdiri sampai sekarang. Bila masuk je dalam masjid rasa semacam..suasana tu lain dari yang lain.. Sedang kami meninjau kawasan ada beberapa orang pakcik tegur kami.. "Malaysia..??" Yess..kami anggukkan kepala..senyum je dorang.. Wah..nampak sangat orang Malaysia ramai datang ziarah..baguslah macam tu..satu contoh yang sangat positif.. Tak lama lepas tu kami disapa oleh seorang abang ni..dia asal Selangor tapi keje kat Beijing..datang Xian untuk lawatan,nampak tak gambar dua orang kat atas tu..ha..dia sedang sampaikan sikit ilmu agama  kat pompuan chinese tu, mana taw terbuka hati dia nak masuk islam..katanya..

Lepas sembang kami patah balik semula ke Muslim street..Maklumlah perut tengah berkocak dengan hebatnya..







Asalnya gerai ni xde org pon time aku beli cucur persimmon nih, aku dok depan kedai sambil mkn, yg lalu lalang dok pandang2, dgn tetiba kedai ni jd penuh..terasa mcm pembawa rezeki sgt..hahaha.



Muslim Street ni apa yang boleh aku katakan..Syurga makanan..Laki aku cakap kalo kat Beijing rasa payah benor nak dapat makanan halal tapi kat Xian boleh mati sebab kenyang..hahaha..Rambang mata..semua aku nak makan..dah tak pikir lagi dah nak bajet itu ini..masuk je Muslim Street seolah2 macam aku tabor semua duit aku kat situ. Beli..beli..makan..makan..lagi tak kenyang..beli lagi.. Style aku pulak tengok sedap je aku beli..tak habis aku pass kat laki aku..macamana dia nak kurus..huhuhu. Dia pulak jenis sayangkan makanan,nak tak nak kunyah lah sampai habis..

Hari pon makin gelap,dengan berat perut kami pon mula beransur untuk pulang..sebelum balik tapau dulu untuk makan malam.. 




Dari Zhonglou st kami kembali semula di Wulukou st..Sepatutnya dari Wulukou st kami keluar di exit A entah macamana laju je keluar exit D (tak salah aku) bila keluar aku tak perasan lagi yang kami salah exit sebab nampak semua sama..kami pon jalan dan terus jalan.. Makin jalan makin kurang orang yang lalu lalang..weird lak rasa..Aku tanya laki aku betul ke jalan ni..dengan yakin dia cakap "betul lah..jalan je sampai jumpa mc D..sy ingat lorong nk ke hotel tu ada mc D.." So dengan konfiden kami berjalan lagi..terasa jauh sangat..dan aku makin yakin yang kami dah salah jalan. Kami pon berhenti bukak maps balik.. Laki aku dah pening dah sebab maps tetiba ting tong. Aku ternampak sorang pompuan ni tengah berjalan, aku pon hai la dia konon nak tanya direction, sekali dia wat derkkk je..kuangjooo..kalo tak taw wat jela isyarat xtaw ke apa..geram pulak. huh !

Aku ajak laki aku patah balik maybe maps tu elok balik nanti..Sambil2 jalan tetiba maps dah boleh pakai, so kami follow je direction. Tapi maps tu tunjuk jalan jauh pulakkk..taik betul. Nak tak nak menapak la jugak.. Tapi satu benda yang aku suka kalo sesat, aku sangat enjoy dengan persekitaran. Kadang2 jalan yang aku sesat tu la yang aku selalu ingat berbanding jalan yang aku kerap lalu. Hahahaha..

Jalan punya jalan..Finally..sampai jugak hotel..phewww...rasa nak sujud syukur je..hehehe..Rasa nak patah riuk tulang pinggang aku. Aktiviti malam tak de apa sangat. Cuma lepak di cafe sambil minum hot latte.. Dan bersambung ke hari seterusnya..

Kemanakah kami..??? Awwww...I'm so excited..maigod2...