Tuesday, July 24, 2018

Done Booking My HoneyBunny Favourite Place.


Lama betul tak update blog..banyak betul cerita pending. Sumpah aku dah malas menaip sekarang nih.. Episod ke Bali tu pon tergantung ceritanya, entah bila akan bersambung. Doakan aku rajin gais..Nanti aku sambung cerita lagi..hahahaha.. Bukan tak nak menaip, tapi sekarang otak aku dah locked sampai idea pon tarak nak mengarut apa lagi kat sini..faktor umur barangkali.

Disebabkan condition aku tak berapa baik kebelakangan ni, so aku amat memerlukan percutian yang menenangkan untuk meng"fresh"kan balik otak dan minda aku nih. Hati ni rasa nak pegi Ipoh.. Biasa lah my fav place, laki aku malas..dia nak tempat yg dia boleh rileks2, yg ada pool..dia kan suka berenang2 ketepian. So aku pilih tempat yang aku pernah pegi, dekat dengan rumah, dan sememangnya tempat fav laki aku. Dah lama dah dia ajak pegi Cyberview nih..aku je berkira2 nak pegi.. Pikir2 balik, yelah..asik nak ikot taste aku je, apa salahnya ikot dia pulak kan.. Dah tu request tak nak tido semalam, tak puas katanya.. Ok foine..kita amik dua malam. Suke..?? Hehehehe..


Oleh sebab aku dah pernah review tempat nih sebelum ni, so mudahlah keje aku..ahahahaha.. Bagi yang tak pernah baca, boleh gali balik entry aku yang lepas. Aku tempah melalui booking.com, jauh lebih murah berbanding book melalui Agoda ataupon dorang punya website. Salu aku booked bayar kat hotel, tapi kali ni aku bayar terus sebab kalo bayar kat sana harga jauh lebih mahal.

Tu je la kot..nampak tak idea merepek dah tak dak..huhuhuhu.. Kalo taun sebelum ni, time2 macam ni aku dah sibuk prepare untuk autumn trip tak pon winter trip kan. This year macam krik-krik je kan..hahahaha..Why la, sis is so malas nak wat research bagai..Dont worry..plan tu ada, kali ni turn aku pulak follow mana tempat laki aku nak pegi..tapi bukan taun ni la kot..Awal taun depan InshaAllah.

Once aku dah beli tiket, aku announce okeh. Bai.