Monday, March 19, 2018

Hotel Review - The Patra Bali Resort & Villas Part I


Trip to Bali is done..Best ke idok..? Hermmm..nanti sis story okeh..sekarang macam biasa, lepas trip mesti ada review dari aku.. Untuk honeymoon trip 4d 3n ni aku pilih stay di The Patra Bali Resort & Villas. For the first time aku booking thru Airasiago.com..selama ni booking.com je menjadi pilihan, tapi sebab aku dapat promo 10% dari airasiago untuk tempahan hotel,rasa berbaloi jugak nak try,compare dengan yang lain Airasiago jauh lebih murah..Letih cari,maklumlah hotel kat Bali ni memang banyak cantik2, murah2 lak tu, keliru dibuatnya..Akhirnya aku tertarik dengan resort ni sebab dekat dengan airport..tak payah nak rush, kedua sebab tepati citarasa laki aku yang nak hotel depan pantai (main order gituh jer -_- ) dan yang ketiga sebab resort.. sebagai pencinta pada alam semula jadi, of koz la aku akan pilih resort lagi berbanding hotel. Sesungguhnya resort ni tak mengecewakan.. Ini antara best accommodation yang pernah aku dapat sepanjang menceburi dunia travelling nih..hehehe.. Lokasi hotel sangat strategik memang betul2 sebelah airport saja,jalan kaki saja tak payah susah2 cari supir lagi dah..kalo ko mandi kat pool memang boleh nampak terang2 flight turun naik..





Harga untuk 4d 3n dalam IDR 2,916,000 kalo duit kita lebih kurang RM870++ included breakfast.. Ok la kan..Aku book deluxe room tapi masa check in dorang bermurah hati upgraded kan bilik kami ke deluxe suite tanpa sebarang bayaran..Bilik yang luas untuk dua orang..sumpah puas hati. Macam biasa aku booked without pay, bayar masa check in..Masa aku nak check in dia cakap aku dah bayar sebab aku booked thru expedia, tertanjat boboi la aku..bila masa pulak aku bayar, ke hotel bermurah hati nak bagi aku stay free..hahaha.. Tapi sebab aku sangat berhati mulia aku explain kat dia aku book thru Airasiago, aku patut bayar time check in..pastu baru lah dia paham..

Guard house..ada mesin atm kat sebelah

Reception area


Kat hotel ni macam2 facilities ada.. Ada masjid, klinik, temple, kids room, spa, wedding garden, 3 bijik kolam renang, pilih je nak mandi kat mana.. kawasan sangat luas.. Dari hotel, korang boleh jalan tepi pantai terus ke Kuta beach..lebih kurang 2km ja dari resort..dekat kan.. Kawasan Kuta beach tersangatlah busy, nasib baik sangat aku pilih resort ni, jauh dari kesibukan yang dasyat..memang sesuai untuk kami yang dalam honeymoon mood nih..hehehe..


Ruang tamu + Ruang makan

Satu tv kat ruang tamu

Satu tv kat dalam bilik

Bilik tidur..aummm

Dressing table


Shower,air laju

Bathtub..tempat kesukaan laki aku..hahahaa

Suite ni ada 2 balkoni, dekat hall satu,dalam bilik satu.. Hall dan bilik tidur dipisahkan dengan pintu ala2 japanese style..so malam2 kalo ko tido, ko tutup la pintu tu, salu kiteorang tak tutup pon..sibuk cas hanset kat tv kes tak bawak travel adapter..adapter beli sampai 2,3 bijik, last2 sebijik pon tak bawak..nasib baik kat dua-dua tv ada port usb..mengagahlah tak tutup tv sampai pagi semata2 nak penuhkan bateri henpon.. naissss..

Ni part yang paling kakak suka..of koz aku amik bawak balik..mih3..

Ni semua free..free..free..kalo dah habis nak topup lagi baru dia cas..tapi satu pon aku tak minum..laki aku tak bagi minum air bergas. Aku yang menurut perintah walopon nampak sedap je..hahaha..

Oleh sebab aku tak sempat nak minum kopi yang ada,aku angkut jugak bawak balik..miahahaha..Nescafe stick tu aku punya..tu pon tak sempat bancuh..oleh sebab service dorang tip top,staffnya yg sesangat2 friendly, senyum sentiasa..time nak balik aku tinggal je semua makanan yang aku bawak tak bersentuh tu berserta sekeping note utk dorang.. Air mineral tiap2 hari dorang refill..jgn risau.

Dari segi keluasan bilik, facilities dan servis yang diberikan aku amat2 berpuas hati. Sangat bersesuaian dengan citarasa kami laki bini..berbaloi la keluarkan duit lebih untuk kepuasan.. Hahaha.. Ok..aku akan bukak next entry which is part II untuk kita tengok pulak environment kawasan hotel.

K bai..