Friday, March 23, 2018

Anniversary ke 6 - Sewa Motor Ke Tanah Lot Temple & Kuta Beach, Bali


Hola..Salam Jumaat..Ok tak de mukadimah, aku nak shoot terus je.. Malam sebelumnya aku sibuk mencari mana nak sewa motor,dengan berbekalkan wifi hotel aku pon google.Aku jumpa satu company nih, first soalan aku tanya samada dorang amik passport as a guarantee ke tak.ke boleh bagi yang photostat or gambar je...aku xmo bagi passport dekat orang..uihhh..nyawa tuh..tak boleh bagi suka2 hati..kalo dorang cakap amik passport, memang aku cari yang lain je..dia cakap dorang ambik passport but luckily bila aku cakap nak sewa 2 hari dia cakap dorang just terima kalo booking lebih dari 2 hari..ok..cancel. Then aku cari lagi jumpa pulak satu company ni..aku prefer company yang 24h service,senang nak deal tak kisah pukul berapa. Aku tanya dia soalan yang sama jugak, dia cakap dorang amik detail passport je, ok deal punya deal dia mintak aku sent pic passport, lesen, hotel & flight booking..so aku send kat dia..dia tanya aku balik..aku tak de international lesen ke..I said dont have sebab ramai cakap sewa motor kat Bali xpayah pakai international lesen pon..Dia kata kalo kena tahan pak polisi nanti macamana, so dia suggest aku amik motor tour, dia ingat aku travel solo..Aku cakap aku ngn husband,so we need motorbike, its ok kalo aku kena tahan polis, aku tanggung semua..So dia cakap ok..aku bagi hotel address aku cakap nak motor dalam pukul 10.30 pagi.


Pagi tu lepas breakfast kami jalan sekitar kawasan resort sementara nak tunggu dorang hantar motor.. Habis pusing kami pon lepak lobby, tunggu punya tunggu dari pukul 10.30 sampai pukul 11.30 motor tak sampai2..fedup gak aku..last2 laki aku ajak balik hotel..laki aku cakap sure pukul 12 dorang datang hantar.. So kiteorang balik hotel, aku tukar baju siap2 coz jap lagi amik motor nak terus keluar je.. Tengok2 betul, dalam pukul 12 tghari dia wasap aku cakap dah sampai depan hotel..Taikla..janji dicapati.

Asalnya nak Scoopy,cantik.,laki aku tak nak..dia cakap tak kisah motor pape asal bukan Scoopy..haishhh..tak kisah tapi demand..so aku request skuter ape tah nama , sebelum dia hantar dia tanya kalo motor lain boleh tak, aku ok jela asalkan motor sudah.. Motor yang sebelumnya Rp70k sehari, tapi dah tukar motor, dapat yang Rp60k sehari..total untuk dua hari Rp120k..Dia datang hantar,time nak pulangkan just tinggal je kat hotel, nanti dia datang amik..Ok setel bayar aku pon terpingga2 motor yang mana satu..nak gak tengok ok ke tak motor tu..



Nampak lama kan..tapi jangan tak taw, aku sayang woo motor ni walopon seat dah nipis..hahaha.. Nampak je gitu, bersemangat waja k..dua hari bersama kami berhujan panas, rileks je dia..tak meragam langsung..yang penting tersangatlah jimat minyak..Aku cuma isi minyak sekali je..tu pon 5 hengget, merata kami pusing bayangkan nak pergi Tanah Lot pergi saja dah sejam, belum kira balik lagi..sama jugak Uluwatu..yang bestnya sampai bagi balik kat tuan dia la minyak dok ada lagi..Gila syok..

Dapat je motor benda pertama kami cari Pertamin.. Stesen minyak la..nak isi petalet, itu minyak la.. Sepanjang aku kat sana aku tak beli apa2 local simkad, kami travel semua berbekalkan offline maps saja..Sape cakap travel perlukan internet 24h..?? Aku ni jenis sangat tak pandai baca maps, tapi alhamdulillah dengan offline maps ni ja kami boleh sampai ke destinasi tanpa sesat okeh..I'm really2 proud with myself.. yeahhh..maybe aku memang born to be a traveler..hahahaha..Selesai isi minyak kami mulakan perjalanan ke Tanah Lot.. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang sejam..Laki aku bawak motor sebijik dah macam orang local..tak de kekok ke ape, sama naik dengan dorang..aku tawakal je kat belakang dengan ketiak berlecak..panaih oiiihhhh..

Kalo korang travel berdua or solo plan nak jalan2 sekitar kawasan aku suggest sangat korang sewa motor.. Walopon Bali agak sesak, tapi feel tu lain..suasana kat Bali sangat terapi minda..Jalan sesak tapi no stress..

Harga masuk Tanah Lot Temple



Korang akan lalu kawasan kedai dulu sebelum sampai


Cuaca tepi pantai..paham2 jela..make sure pakai sunblock..







Time aku pergi orang takde la ramai sangat.. Ok la nak jalan2 tu..lebih kurang sejam kami disana, kami amik keputusan untuk balik.. Dalam perjalanan balik hujan mula turun.. Kami malas nak pakai baju hujan, kalo boleh nak basah je bagi sejuk badan..hahaha..tapi hujan renyai tak lama..separuh jalan dah benti..tak sempat nak basah..hahahaha.. Kami decided nak singgah Starbucks untuk basahkan tekak..Jalan nak ke Tanah Lot ada satu tapi kami lebih tertarik dengan Starbucks besarrr yang kami jumpa tepi jalan di Kuta masa on the way nak ke Tanah Lot.. Tapi disebabkan tak tahu apa nama tempat tuh, kami pilih untuk terus ke Kuta beach saja..


Weolls dan Starbucks memang tak dapat dipisahkan..hahaha.. Lepak kejap keringkan ketiak kami pon jalan terjah ke Hard Rock Cafe sebab laki aku nak beli t-shirt..






Dorang ni asalnya berposing sakan kat situ so aku mintak dorang posing sekali lagi, bila dorang dengar aku cakap "sekali lagi" dorang dapat tangkap yang kami dari Malaysia..hahaha..tu yang sakan berposing tuh..tengok la..
Masuk Hard Rock tengok tu tengok ni laki aku cakap tak mo beli..aku soh beli sebab duit kami tak luak2..dasyat wooo..jarang pergi travel duit tak luak..kahkah..dia cakap tak nak.. Ok fine.. Aku pon ajak dia pergi KFC tapau siap2 untuk makan malam..

Sebenarnya kami ke Bali dengan satu misi..nak cari cd Sheila on 7..hahaha..susah sangat nak dapat.. Laki aku cakap ada jual kat Subang, aku cakap takpe kita cari kat Bali dulu, kalo tak de baru kita p Subang..k fine..Lepas tapau makan kami jalan cari kedai cd..u know what, boleh dikatakan semua kedai cd kat sana tak jual local cd..semua overseas punya je..Perghhh...tak support local betui.. hahahaha..Bila kami tanya pasal SO7, dorang tersipu2 je nak jawab..yela..Kami mai nak beli dan support produk hampa,hampa tak joi paseipa..Balik kosong gitu jelaaaa...

Kuta Beach
Kami pon balik dengan perasaan yang kurciwa..huhu.. Kuta Beach dengan hotel aku tak jauh pon..dalam 3km je..berpandukan offline maps kami pon follow the direction..Tetiba sampai kat satu bulatan yang tak berapa bulat ni aku tak reti nak baca jalan dia bagi tu..Bulatan tu ada 3 simpang, tapi jalan yang dia tunjuk tu sangat weird sampai aku tak boleh catch mana jalan dia tunjuk tu..Dah salah jalan patah balik..tetiba aku terpandang ada lorong kecik sebelah kedai tepi roundabout..aku soh laki aku masuk situ..rupanya itulah jalannya..Adoiiiii...kami pon lalu la celah2 rumah orang memang jalan short cut betul dia bagi..tetiba..coihhhh..keluar depan hotel..har..har..har..


Makan malam kami..btw..semua set KFC dapat nasik putih..mula2 tak berselera gak aku nak makan gitu.. Tapi bila makan ja, eh..eh...sedap wei..tak tipu.. Satu kombinasi yang menarik dan mengeyangkan.. Tak taw la kot time tu aku lapar ke apa..member aku cakap KFC indo tak sedap, tapi bagi aku sedap.. U should try.. Jangan ragu dengan fast food kat Bali nih..semuanya halal..makan tanpa was-was..

Hari kedua kami diakhiri dengan berenang2 dalam pool..