Friday, April 14, 2017

Birthday Treats In Advance - Kehijauan Cyberview Resort & Spa


Weekend lepas aku meluangkan masa yang ada untuk menikmati kehijauan alam semesta..wah.. poyonyerr.. Lebih kurang pukul 12 tengahari kami keluar rumah, jarak dari rumah aku nak ke Cyberjaya tak jauh pon..memang tempat keje laki aku je area situ..sengaja aku keluar rumah awal sebab temankan laki aku pergi beli hanset baru..Lepas habis proses menghabiskan duit kami terus ke Cyberjaya..perut dah keroncong..tengok jam dah dekat pukul 2 petang.. So kiteorang decided nak lunch dekat Mad nasik ayam kampung.. Kenyang perut kami terus je ke Cyberview.


Nak ke Cyberview senang je..korang cari Shaftbury then terus je,korang akan jumpa jejantas besar lepas je terus nampak signboard..Ok satu benda penting yang aku nak bagitahu..penting sangat2..sebab bagi sesetengah orang kalo tersilap langkah maybe akan jadi isu besar..sebesar telor dinosaur..Jadi aku patut bagitahu info ni..and the best thing, aku tak penah lagi jumpa blog lain yang review pasal ni..

Bila korang masuk je ke Cyberview ni,korang akan jumpa pondok guard..Make sure lepas je dari pondok guard tu, korang straight je terus, then akan jumpa lobi.. hahahaha..tu info yang aku nak kasi korang tahu..bukan apa,lepas dari pondok guard tu ada lorong ke kiri,kalo korang masuk situ,tu bukan lobi,tu macam management punya opis..tapi sebelah2 je dua2 bangunan tu..bukan ape,aku nak mudahkan keje korang.takot2 kang sebab salah lorong je boleh bergaduh laki bini..khennn..Eheh..takkan sebab tu pon nak gadoh..?? Ape ko ingat tak de ke laki bini gadoh sebab benda simple..? Banyak kot..kadang2 tak masuk dek akal pon ade..hahaha..Nampak je macam info tak berguna..tapi berguna hokey..

Proses check in pon mudah je..sementara tunggu turn ko akan dihidangkan dengan welcome drink.. Air apetah dia bagi aku,serai kot sebab bila minum aku gase pedih2 tekak..nasib baik hidung aku kurang berfungsi,so tak rasa sangat la..Deposit untuk satu bilik RM200..tak seperti hotel2 lain yang cuma RM100 je dorang amik..
Ruang lobi..satunya gambar yang aku amik
Time check in dia akan bagi ko satu map sambil2 tu dia akan terangkan la,breakfast kat mana,pool kat mana and the best thing bagi semua guest akan dapat bersauna dan jakuzi free dekat spa..wow.. hakak sukerrr..abang sukerrr..kami sukerrr... Lepas tinjau keadaan bilik,kami pon keluar untuk menikmati permandangan di sekitar kawasan resort.










Sangat mendamaikan jiwa..Dengan pohon2 hijau..Sape sangka,ditengah2 kesibukan kota masih ada tempat cantik yang macam ni..siyesly cakap 2 hari 1 malam memang tak cukup bagi kami.. Habis bergambar riak kami balik ke bilik..niat nak tukar baju la kan nak mandi pool tapi hari dah nak hujan. Time tu tengok jam dah pukul 4 petang, so mengharapkan hujan berhenti pada pukul 5..hahaha..lebih kurang pukul 5 lebih hujan berhenti..maka dengan gembira kami berjalan berpegangan tangan menuju ke pool..propa sangat..kah3..

Time kiteorang mandi tu tak de sape..tapi slow2 makin ramai..tak la ramai sampai penuh..pool tu besar gedabak kot..memang selesa and puas hati la boleh berenang ke hulur ke hilir.. berenang..?? Oh..aku maksudkan laki aku la..dia seronok berenang..aku berjalan je dalam air.. Cuaca pon makin gelap jadi kami amik keputusan nak ke spa pulak..time aku pegi tu jakuzi under maintenance so tak dela buih2 air..aku just habiskan masa bersauna..memang best giler..nasib rumah aku kecik je,kalo besar aku dah wat dah bilik sauna sebijik..hahahaha..

Pada sebelah malam pulak aku mulakan meditasi aku dengan berkubang dalam bathtub..sambil sembang merepek ngan laki aku..perut pon makin rancak berlagu,kami keluar kejap ke speedmart beli meggi cup,sebab malas nak makan nasik n macam biasa singgah Starbucks paw laki aku one shot..heeee..malam tu tak de aktiviti sangat,tengok bola Perak lwn T-team, sambil2 melompat atas katil keluarkan peluh..then zzzZZZZzzz..

Keesokkan paginya kami bangun untuk breakfast then terus ke pool..Breakfast menu kat Cyberview aku gase lagi ummphh dari kat Pulai Spring Resort.. Ade aku baca orang cakap breakfast so-so ja..aku pon tak taw so-so kat mana..maybe dia penah stay kat hotel yang breakfast variety dia penuh sampai ke pintu kot,sebab tu dia cakap so-so..mihmihmih..macam aku nih salu stay kat hotel bajet yang jarang2 provided breakfast,sebab tu la kot bila tengok yang "so-so" aku terus gase cam mewah sangat..

Verandah nama cafe nya..tengok tu nenek negro baju merah tu..aku xsure la rambut dia ke topi..sepanjang masa aku asyik pandang dia je..

Round 1: Nasi lemak + Sosej  + Beef slice + Guava juice

Round 2 : Coco crunch + Coffee
Round 3 aku makan buah je..perut size xs, susah betul kalo bawak makan buffet ni..membazir..makan seciput je..huhuhuh.. Habis makan ape lagi..


Terjah pool...!! Pagi ni ramai..maybe sebab cuaca elok so ramai bawak anak2 mandi..mandi pon tak lama,aku ajak laki aku pegi spa..maka kami laki bini pon terkedek2 berlari ke spa..

Sembunyi Spa..bangunannya terletak di hadapan bangunan lobi.
Korang masuk je terus,nanti ada staff yang bawak korang ke jakuzi..


Complete.
Locker
Sauna
Bersantai sambil menikmati keindahan dan burung2 berterbangan..amboi
Puas merehatkan diri aku keluar cari laki aku..Oh ya..dalam spa ni laki pompuan asing ye..jangan nak verangan berbuih2 ngan laki ko..balik wat jakuzi sendiri..hahaha..

Di dalam spa ada private pool untuk guest yang datang..
Bilik Jakuzi dari luar
Bertentangan jakuzi,ada tasik..sambil2 bersantai dalam jakuzi,korang boleh la layan air pancut

Birthday girl enjoy..thanks gebu sebab belanja..muah2..pasni belanja la stay 2 malam pulak ye..hehehe
Habis berendam pool kami balik sambung berendam dalam bathtub lagi..hahaha..laki aku punya layan sampai tertido kat dalam tu..amboiih.. Tepat pukul 12 tengahari kami keluar untuk check out.. huhuhuh..proses check out pon mudah..

For those yang tercari2 tempat nak celebrate besday ke,spesis pencinta alam like me, or saja2 nak hanibunimoon, tak pon nak release tension..this is the correct place you have to choose..berbaloi dengan apa yang korang bayar.. menjimatkan tenaga dan petrol,tak payah drive jauh2 dan sangat worth it..Aku jenis yang tak suka stay kat tempat yang sama dua tiga kali,tapi aku dah memang jatuh cinta pandang pertama dengan panorama kat Cyberview Resort ni, and yes..I will come back again.

K bai.