Friday, November 24, 2017

Jalan-Jalan Cari Makan di China


Hello everybody..rasa malas gila nak update blog. Macam tak dak idea pon ada. Ok saja aku post gambar kat atas untuk naikkkan mood. Tiap kali aku tengok je gambar ni mesti gelak sorang2.. Jangan salah ek,tengok betul2..hahahahaha..hati2 kalo beli barang kat sana..kang salah beli seumur hidup kena bahan ngn kawan2.. Siyesly masa ni kami laki bini berhenti rehat, tengah2 sembang laki aku ternampak kedai nih..berdekah2 gelak..ada banyak lagi yang di-rebrand di sana..cukupla yang ni pon dah buat aku terhibur.

Dihari yang malas ni aku nak throwback sikit JJCM aku selama seminggu di China. Best ke tak trip aku kali ni nanti aku cerita di entry akan datang. (Doakan aku rajin menaip..) Semasa aku di Beijing, nak cari makanan halal tak de la semudah di Xian. Muslim Street di Xian umpama syurga dunia wat aku time tu..Bayangkan laki aku,aku ajak masuk tourist attraction berbayar dia tak nak..katanya duit tu dia nak guna beli makanan kat Muslim Street.Dasyat betul selera dia masa kat sana..hahaha..

Tanpa membuang masa,moh kita throwback sikit menu2 yang best sempat aku makan disana.

Niujie Street, Beijing


Chicken sweet sour

Tak ingat apa nama menu. Daging masak taucu kot.

Di Beijing tak banyak pilihan makanan yang ada. Makanan dan restoran halal banyak terdapat di area Niujie Mosque. Kalo makan di restoran,harga tak dela semurah yang disangka. Kami makan dua menu ni sekali nasik 3 mangkuk 90yuan. Bagi aku agak mahal,tapi no choice. Tapi berbaloi bayar mahal sebab sedap. Kat area situ jugak ,ada satu gerai halal jual ayam goreng, boleh cuba. Sedap.

Muslim Street, Xian

Biang-biang noodles. Menu wajib try..tiap hari aku makan.

Buah persimmon dorang goreng. Sedapppp..


Kambing bakor


Sotong bakor,pedas



Kebab daging.



Buah celop gula. Tapi kat Beijing punya lagi sedap. Beli kat Niujie Muslim Supermarket.


Yogurt halal. Nyummmyyy...


Kacang tumbuk. Lain rasa dari yg kita punya. Aku beli 4 kotak bawak balik.
 
Antara menu-menu yang aku try di Muslim Street. So far sume kena dengan selera tekak kami laki bini. Aku tak dapat nak try banyak variety sebab tiap2 hari aku makan biang-biang noodles,so perot cepat penuh. Ada jugak satu dua menu aku tak snap gambar sebab bateri kamera habih..huhuhu..

Bila pegi negara beriklim sejuk ni, benda wajib harus pekena tiap2 hari adalah kopi. Macam tak boleh berpisah,macam tak boleh tengok kopi mesti nak beli. Aku rasa duit aku banyak habis beli kopi je.

Xian Qixian 7 Sages Youth Hostel




Starbucks Beijing West Railway Station



Starbucks Terracota Army Museum




Starbucks Bell Tower




Ni antara yang aku rajin snap. Aku suka starbucks kat sana. Cantik2.. Interior dalaman yang tak membosankan. Paling aku suka kat Terracota Army. Tenang je. Rindu pulak suasana time tu.

Aku belum wat review hotel lagi kan? Hermm..nanti aku ada masa aku wat ek. Sbb sekarang ni tengah sibuk cari tempat nak sambut anniversary pulak.. Hehehehe..k bai.