Thursday, January 12, 2017

Trip Ke Japan : Day 6 - OSAKA Castle,History, Living & Housing


Hari ke-6 masih diteruskan dengan sightseeing Osaka..pada pagi tu aku bangun dengan harapan hari tak hujan..Alhamdulillah..cuaca baik pada pagi tu walopon sedikit gloomy.. Keluar dari hotel macam biasa terus ke station subway sebab hari ni banyak tempat aku nak terjah.. Dari Dobutsuen-mae station aku akan terus ke Osaka Castle.

Direction : Dobutsuen mae - Sakaisujihommachi (Osaka city subway Sakaisuji line - yellow line)
Sakaisujihommachi - Tanimachi 4-chome (Osaka city subway Chuo line - green line)

Masuk castle free je just tunjuk pass..cara nak naik ada 2 jenis..boleh naik lift tak pon tangga.. Kalo naik lift,dengan orang ramai, kena bertabah la sikit beratur..memang ramai..jadi kita yang masih muda belia ni,tenaga masih kuat naik jela tangga..Castle ni terbahagi kepada 5 level..lebih mudah naik tangga sebab kita akan berhenti di setiap level..Setiap level ada menceritakan sejarah bagaimana pemerintahan zaman edo dahulu..jadi kalo nak paham memang kena melawat setiap level..eleh..macam la aku paham sangat..hahahaha...

Gloomy day ~~

Tak de motif..

Jalan masuk ke castle

Pokok..hehe

Jalan lagi..
Jumpa castle
Tengok real depan mata lagi cantik

Mangkuk pon boleh wat topi..sangat kreatif..hehe..tengok macam teringin nak try,tapi takot kang aku pakai terlentang kebelakang..so aku batalkan niat.

Permandangan dari atas Osaka Castle

Can you see that..?? Ferris wheel..



Diluar castle ni terdapat banyak gerai jual souvenir, street food jadi kami pon jalan2 jamu mata.. Then yang paling best kat situ ada banyak burung..jinak2 belaka..kebetulan aku bawak biskut.. So apa salahnya share berjemaah.. Aku campak je biskut, berduyun2 datang patuk..sekali ngn kasut aku dorang patuk..lapar sangat kot..tengah syok2 bergambar dengan burung2 ni,datang la beberapa tourist join sekaki..tapi yang tak leh blah ada sorang ni aku tak taw la datang dari ceruk mana, dia datang macam sergah burung tu..bertempiaran lari.. oh my...fedup punya pasal,kiteorang blah dari situ.. Jakun..!!!




Keluar dari castle laki aku mengadu lapar..alololo..lapar ye..jom2 kita p beli makanan.. Kat castle park ada Lawson,maka kami singgah beli makanan..laki aku makan onigiri,aku makan biskut kapal ngn segelas hot latte..perghhhh..sedap kau.. Habis makan kami menuju ke Osaka museum yang terletak tak jauh dari castle..




Direction nak ke Osaka museum mudah je.. kalo korang keluar dari Tanimachi 4-chome station, sebelum sampai Osaka castle,korang akan nampak bangunan NHK sebelah kanan sebelum korang lintas nak ke castle.. muzium tu sama building dengan NHK broadcast..masuk je dalam tu.. Kalo korang ke castle dulu, korang kena patah balik arah ke station..paham ye.

Aku ngn laki aku teruja sangat bila tengok building NHK..tak sangka dapat tengok depan mata.. Tak sangka sebelum ni kami tengok channel tv dorg ja,skrg dapat tgk tempat dorang secara live..hoho

Pintu masuk..
As usual..tunjuk je pass, bermula dari level 9 turn ke bawah..Osaka museum wajib pegi tambah2 yang jenis suka history macam aku ni..haha..jangan lepaskan peluang..I really enjoyed it.. best..best sampai aku malas nak bukak kamera snap gambar..bagi aku this is the best museum yang aku penah masuk.. Bila dah masuk,jangan lupa amik buku stamp then collect stamp yang ada k.. every level ada stamp booth..feel like treasure hunt bila every level ko pegi,ko akan tercari2 mana stamp booth..Each level ada penceritaan yang tersendiri..start dari level atas dia akan cerita step by step history of Osaka dari dulu sampai sekarang..that why kita kena mula dari level atas dan seterusnya..very interesting.. macam ni la senang paham..jangan semua sekali main hauk je..kan..

Dayang istana ada banyak jenis..tukang kipas, tukang bukak curtain, tukang itu,tukang ini..

Kebanyakan penerangan sume dalam japanese,so aku agak2 je la..dorang ni para pembesar yang sampaikan utusan pada raja.

View dari dalam muzium

Amboi dik..seronoknye kau..

Zaman Edo..watashi..watashii...

Sayooo..sayoooo...

Pandai dorang wat,sume nampak real..tak leh sentuh..tapi aku sentuh jugak..

Time ni omputih start datang menapak di Jepun so fesyen dorang pon mula berubah


Dari situ kita boleh nampak perubahan demi perubahan yang berlaku sebelum terjadinya Jepun yang sekarang.. It's very nice..orang pon tak ramai..so memang enjoy la.. lama jugak kami kat sini.. Maklumla banyak level..satu level pon dah luas.. Lepas habis tawaf, kami kembali ke station subway yang sama untuk ke muzium yang kedua iaitu Osaka Museum of Living & Housing.

Direction : Tanimachi 4-chome st - Tenjimbashisuji 6-chome st (Osaka city subway Tanimachi line - purple line)

Keluar je dari station subway aku terus nampak poster muzium..so mudah je,kami terus masuk ke dalam bangunan,then naik lift ke atas,lupa lak aku level berapa.. Masuk muzium ni pakai pass je, tempatnya tak dela besar mana..monopod tak dibenarkan ye..so tinggal je kat kaunter,nanti time keluar collect balik..





Kat sini kita boleh rental kimono berharga 500 yen, nak pakai lama mana pon tak pe tapi kat dalam tu jela.. aku pon berhajat la nak pakai, pegi2 tengok slot full sampai pukul 3.30 petang..oh maii..takkan nak tunggu semata2 nak pakai kimono..aku banyak tempat nak pegi lagi..maka aku mampu jadi biawak komodo yang hanya tengok orang lain berkimono kat dalam tu..

Mengamok tak leh pakai kimono..




Mesin jahit mak aku pon ada kat sini..hahaha

The best thing aku suka rumah jepun dulu2..dorang ada beranda sidai kain..very sistematik.
Lebih kurang sejam jugak aku kat sini.. Then lepas tu kami ke Umeda untuk naik ferris wheel.. Aku penah bagitahu yang aku tak naik pon Umeda sky building..tak merasa naik eskalator panjang.. nape aku tak pegi? hah..nanti aku story okay...

Sam....bungggg.....