Tuesday, January 10, 2017

Trip Ke Japan : Day 4 - Nijo Castle & Arashiyama Bamboo Forest


Selesai aktiviti mencari glove baru,kami kembali semula ke bus stop untuk ke Nijo castle.. Jangan risau,orang jepun ni jenis helpful..kat bus stop ada beberapa orang ankel2 yang menjadi volunteer untuk menolong tourist yang lost macam aku ni.. Sorang dari ankel tu menyapa aku dalam loghat dia la, tapi aku paham,dia tanya aku nak pegi mana.. aku cakap Nijo castle..dia terus panggil aku soh beratur,dia cakap bas no 12.. aku angguk2 kan kepala lalu kami bersama2 berarigato gozaimas.. boleh gitu...hahahaha..


Direction : Shijo Kawaramachi - Nijojo mae (bus no : 12)

Sekali lagi aku tak pasti berapa lama perjalanan dari Nishiki market nak ke Nijo castle..huhuhu.. Sampai saja di Nijo castle kami berehat2 dulu kat luar..cuaca sejuk membuatkan aku kerap nak terkucil..laki aku sampai naik menyampah..dia cakap macam berjalan dengan orang tua..ceittt..nak wat camana, pundi kencing penuh..-_-

Tiket masuk 600 yen


Masa aku pergi,castle ni masih under renovation..tapi still boleh masuk tengok la..laki aku bising,dia cakap dah under renovation asal tak bagi half price..hahaha..betui gak kan..600 yen tu.. Kawasan dalam castle ni,dilarang sama sekali untuk ambil gambar.. tapi ada jugak yang curi2 amik..termasuk aku..mih3..sekeping jerr.. hok aloh... bahagian sekeliling castle adalah dibenarkan,ikot la nak amik gambar banyak mana pon..dalam je tak leh.




Nijo castle kalo tengok dari mata kasar maybe kita gase tak de la ape sangat yang menarik..dalam dia pon kosong je, ada bilik2..tapi kalo tengok betul2 architecture dalaman tu,kita akan kagum.. dari segi lukisan pada dinding, corak pada syiling sume ada maksud yang tersendiri..yang paling aku kagum, lantai castle ni bila dipijak, ia mengeluarkan bunyi seperti kicauan burung..salah satu cara untuk protect raja dan pemerintahan zaman tu..bijakkan.. bila ramai2 pijak, bunyi yang keluar tu sedap je dengar.. bunyi burung kan..tenang je rasa,walopon hakikatnya kaki ko dah tak mampu nak pijak lantai tu lg sebab sejukkkk..hahaha..

Ni je bilik yang sempat aku snap..heehehe
Setiap bilik kebanyakkan ada lukisan harimau..dari pemahaman aku, harimau adalah simbol kekuatan pada zaman dulu..seolah2 harimau ni mampu menghalang bad energy la kekdahnya..
Habis jalan2 dalam castle kami keluar menikmati keindahan sekitar kawasan castle ni sekaligus ke toilet sebab time tu aku tak tahan dah..huhuhuhuhuhu







Kawasan Nijo castle ni luas dan cantik.. dengan cuaca yang mendamaikan memang seronok berjalan2.





Kami sengaja melengah2 kan masa, sebab lepas tu kami nak ke Arashiyama.. jadi dalam perjalanan pulang kami tersalah bus stop..kami tunggu di bus stop yang sama..sepatutnya tunggu bus stop yang bertentangan.. dari jauh aku nampak bas sampai, bagi aku tak perlu la kot nak lari2 kejar bas sebab bas kat Kyoto ni banyak dan cepat..tetiba aku nampak sekumpulan tourist dari China ni berlari2 kejar bas..paham2 je la geng2 dari main land ni jenis yang macamana.. tapi last2 terlepas jugak..hahaha.. penat beria2 lari.. sedang kami tunggu bas,datang lagi ahli main land yang lain.. Ya rabbi perangai.. patutlah orang tak suka kat dorang..hehehe..japanese yang soft spoken,lembut segalanya pon boleh naik marah dengan perangai orang2 china ni..aku penah tengok..bayangkan teruknya attitude..haissshhh...

Laki aku pulak dari dulu memang dia tak suka tourist dari mainland ni,time tu ada bas berhenti dia terus ajak aku naik..dia kata tak pe,jap gi kita turun kat mana2 tukar bas..sampai gitu tahap menyampahnya..hahaha Aku pon follow je..




Sampai disini yang aku sendiri tak tahu kat mana, kami turun dan amik semula bas untuk ke Kyoto station.

Direction : Nijojo mae - Kyoto station (bus no : 9,50,101)

Super duper busy
Kyoto tower at night
Dari Kyoto station kami naik JR Sagano line untuk ke Arashiyama.. sebab apa aku pegi waktu dah gelap? Macam entry sebelum ni..aku penah bagitau, time aku pegi ni tengah berlangsung Hanatouro festival..so that y aku nak pegi tengok.. Sebenarnya ada cerita disebalik Arashiyama ni..tapi malas la aku nak story.. tak larat nak menaip pulak..hahaha..

Direction : Kyoto station - Saga arashiyama ( JR Sagano line for Sanobe / Kameoka) = 240 yen


Keluar dari station, dah boleh nampak keindahan festival hanatouro ni.. ditepi2 jalan penuh dengan lantern.. direction mudah nak ke bamboo forest, kami follow je lantern yang ada disepanjang jalan..


Time ni tourist terlalu ramai.. ramai giler.. nak bergambar cantik pon dah tak boleh dah time ni..siyes ramai.. jadi aku snap gambar pon main tekan2 je..nak setting bagai dah tak boleh dah sebab ramai sangat..












Festival ni memang cantik..bila buluh2 dipancarkan dengan cahaya, wahhh ayat..hhaha..tapi siyes lawa.. orang yang pandang tapi pejam mata je yang nampak permandangan tu tak cantik.. well..mata orang kan lain2.. tak boleh nak argue la pasal tu..eh tetibe...hehehehe..

Time ni aku dah tak sempat nak ke Togetsukyo bridge sebab laki aku dah start lenguh2 sendi..biasa la bawak orang tua.. lol.. memang ralat la sebab dah sampai kan.. sedih giler..kat area bridge tu aku rasa lagi lawa.. yela nak sampai bukan mudah..tapi apa kan daya.. aku bukan travel solo, aku pegi berdua.. kalo solo memang tak cakap banyak,ikot kaki aku je..ni ada kaki nak kena jaga jugak..so tolerate lagi baik.. end up kami pon pulang je ke hotel..

Direction : Saga Arashiyama - Kyoto station ( JR Sagano line for Kyoto) = 240 yen


Hajat kami malam tu nak ke Ayam-ya pekena ramen semangkok,tapi sebab kaki dah tak mampu nak teruskan perjalanan,kami pulang terus ke hotel..Malam tu aku cuma jamah semangkok meggi dan secawan air kopi.. masuk bilik terus zzzZZZzzzzz...

Bersambung hari kelima, kembali semula ke Osaka........