Monday, November 9, 2015

Day 3 - Ke Korea Ke Kami : Sokcho Part I


Friday 23 October 2015

Hari ni kami check out dari guesthouse Myeongdong sebab nak ke Sokcho..kat sana aku stay 1 malam di The House Hostel yang terletak di pekan Sokcho.. Pagi tu kiteorang tak jamah ape2 makanan,keluar je dari guesthouse singgah ke GS25 beli kopi,lepak minum kejap dekat stesen subway. Dari Myeongdong aku naik subway ke Gangbyeon untuk ke Dong Seoul Bus station..

Direction : Myeongdong -> Gangbyeon (exit 4) ke Dong Seoul Bust Station

Keluar dari Gangbyeon station ko tak payah risau,follow je reramai yang kua tu,kebanyakkan pon nak ke stesen bas..time tu la,time korang sok aku tak taw la kan.. sampai je kat stesen bas,aku terpinga2 tak taw beli tiket kat mana..ada dua kaunter tiket besar tu,so aku kompius..jalan punya jalan jumpa satu kaunter kecik dia tulis Sokcho..tapi time tu dorang punya la rancak bersembang..aku pon tunggu je,nak tanya la betul ke beli tiket kat situ..tapi dorang wat tak taw je walopon nampak aku tercegat kat situ..aku gase sebab dorang tak taw speaking,sebab tu dorang lebih rela sembang berjela2 dari layan aku..hik3.. aku ke kaunter sebelah terus tanya nak beli tiket kat mana,dia pon tunjuk kat aku yang kaunter besar tu tempat beli tiket.. lepas je berkamsahamnida ngan dia,aku terus beli tiket ke Sokcho untuk kami berdua.. tiket pukul 11.15pagi,time tu lebih kurang pukul 10.30pg..ok la..tak lame pon tunggu..

Harga tiket 17,300krw / person
Untuk ke Sokcho sila tunggu di platform 4,5 yer
Bas ada setiap 5 minit..gerak on time ye..
jangan dok wat terhegeh2 macam nak naik bas rapidKL sangat.
Tepat pukul 11.15pg bas jalan..perjalanan lebih kurang 3 jam untuk sampai..dalam bas aku cuba nak tido,tapi tak boleh..dapat lak seat belakang sekali..best jugak..sepanjang perjalanan aku tak lepaskan peluang tengok keindahan bumi Korea..cantiknye la hai..sejuk mata memandang..tak de gamba,semua aku keep in mind..seingat aku bape kali je jumpa tol untuk 3 jam perjalanan.. aku tak leh sebut sangat pasal tol ni,kang temperature aku naik.. automatik lak tu.. Ok dalam pertengahan jalan,kami berhenti rehat, aku cuma turun buang ape yang patut..time turun tu konfiden kau tak pakai sweater,bajet lemak banyakkk sangat..turun2 je dia punya sejuk..dengan hujan renyai2..sempat jugak la bergambar sekeping dua..

Rest stop..
Cuaca berkabus
kat sana everything is Hyundai..hehehe
Dalam pukul 2ptg aku sampai di Sokcho..Suasana di sana tak sama seperti di Seoul..pekan kecil yang tenang,menyamankan..rindu betul aku dengan Sokcho..kami laki bini decide,kalo diberi kesempatan untuk ke sana lagi,aku nak stay lama di Sokcho..tak puas rasanya dok sana 1 hari.. Keluar dari stesen bus,aku blur..blur giler..camane leh aku tak study route nak ke guesthouse pon tak taw la..bajet ilmu dah cukup,tengok2 ade jugak yang aku terlepas pandang.. slow2 aku recap apa yang aku penah baca pasal guesthouse ni, aku cakap kat laki aku,aku cuma ingat tempat tu dekat dengan GS25..kami pon berjalan tanpa tahu mana nak tuju..slow2 kiteorang berjalan,menikmati permandangan..aku selalu remind laki aku,kalo kita tersesat jangan neves,jangan gaduh..jadikan tu pengalaman baru..nikmati apa yang ada disekeliling kita..jadi kami pon cool down,masuk kawasan2 rumah end up aku terjumpa sorang uncle ni..baik betul dia..aku tanya dia,dia terus lambai pada aku.. "come2.." katanya..kiteorang pon follow,dia tunjukkan aku satu lorong dia cakap dalam 100m jumpa la guesthouse tu.. Dia expert kot kawasan tu..of kos la jumpa..hahaha

Sampai je guesthouse,masih tak leh check in..sebab belum pukul 3,jadi aku simpan beg kat situ and then keluar untuk menikmati keindahan Sokcho..

Jalan ke Pekan Sokcho
Council office..tak salah la..
Korea Post
Maskot Sokcho yang tak berapa nak malu..hehe
Sokcho sebuah kawasan seperti pekan kecil,tapi kalo tengok map dia sebenarnya dia kawasan yang besar, boleh diklafikasikan sebagai sebuah kuala,amboii..ayat...haha.. kat sini juga pengambaran cerita Autumn in my heart yang penah popular suatu ketika dulu,time tu aku sekolah lagi..sebelum g korea aku sempat tengok cite tu sekali lagi..amik mood..hehe..disebabkan kecantikan Sokcho ni la balik dari sana laki aku tengok cite Autumn in my heart tu taw.. giler ah..aku sendiri pon macam tak caya,tapi harus percaya..

Sape tengok cite Autumn in my heart mst ingat boat ni..
Dapat gak merasa naik..
Tambang 200krw / person


Tugu simbolik
Kalo nak map,mudah je,tepi pondok phone merah tu ada 
tourist information..amk je kat situ..
Hakak gangster nak teroka kawasan
Kat sini merata2 akan ada muka hero ngn heroin ni
 Sebenarnya kiteorang jalan tak tengok map sangat pon..jalan ikot kaki..kat mana kaki benti kat situ la kiteorang amik angin.. Jalan punya jalan sampai ke tepi pantai.. tengok ada 2,3 biji bas rombongan ntah dari mana tak taw la.. Pantai bersih,angin segar nyaman,tenang,romantik..hah..memang layan la..

Rabbit tengah bercnta
Beautiful side of Sokcho
Rumah api
Lepas sonok lepak2,kiteorang decide nak ke umah api putih tu..nak ke sana kena naik jambatan,tapi jangan risau,dekat jambatan tu dorang dah sediakan lift naik atas..hebat tak hebat..

Permandangan dari atas jambatan
Siap ada teropong,tapi kat sini tak ramai orang mengawan..
Permandangan jambatan dari bawah
Area sini banyak benor umah api..
Cantik dan sejuk
Please,take me there..
Hellooo..anybody hear me??
Cuaca kat sini sangat cantik..
Tengok dari jauh jer
Ok..bersambung Sokcho part 2..