Thursday, May 12, 2016

Cameron Highlands - Lavender Garden & Cactus Point Farm

Pagi tu awal2 subuh aku dah terjaga, cuaca pagi tu dingin dan oleh sebab tu jugak masing2 liat nak mandi,jadi dari awal pagi berganjak ke tengah pagi..huhu..lebih kurang pukul 10pg kami keluar untuk ke pasar.. Hujung minggu disana agak sesak.. Di pasar pagi tu tak de la macam uptown downtown ke..dah nama pon pasar pagi kan..banyak jual sayur2an strawberi makanan..tu je..kalo korang spesis perangai macam aku,mungkin pegi tengok saja jer..tapi kalo korang macam adik ipar aku,memang  akan borong satu pasar tu..hahaha

Haippp..jangan..!!


Lepas habis melawat pasar pagi kami bergerak turun untuk ke Lavender Garden.. Suka aku ingatkan kalo ko pegi time weekend,kena lah banyak2 bersabar yer..tu baru weekend..kalo cuti sekolah aku tak tahu la nak cakap.. Kami menempuh jem selama hampir sejam untuk sampai ke Lavender Garden.. Bila ko tahu punca jem tu datangnya dari mereka2 yang sibuk cari parking di area Kea Farm,automatik temperature ko naik..Haissshhh...sebab tu je jem..bukan sebab orang berasak2 nak balik KL ke ape..hampeh.! Setelah hampir sejam maka sampailah kami di Lavender Garden. Tiket masuk untuk seorang RM8.00..

























Bagi aku walopun setiap attraction menyediakan benda yang sama mean strawberi dan bunga2an tapi cara penyampaian tu tak sama..nampak tu ayat..tak leh blah..haha.. Masing2 ada cara tarikan tersendiri,jadi jangan la ko cakap "tak nak la masuk..benda sama je..bunga jugak.." tanggapan ko tu salah,sebab setiap tempat permandangan yang disajikan adalah amat berbeza..jadi rugi la dah sampai tapi tak menikmati..kan.kan...

Hampir dua jam kami menikmati panorama sekitar Lavender Garden, kami bergerak ke pit-stop kedua iaitu Cactus Point Farm.. Aku salah seorang pengemar cactus cuma aku tak diberi kesempatan untuk membeli (laki aku tak kasikkkk...) sebab aku penah ada pengalaman dengan cactus2 ni..dulu time study aku penah la bela dalam 6 pasu kecik2 tu..cactus ni senang je nak jaga tapi tah kat mana silapnya cactus aku sume mati..sedih betul..sebab peristiwa tu la laki aku melarang sama sekali tambah2 aku ada seekor kucing yang amat suka pada tumbuh2an,lagi la dia tak bagi beli.. Kucing aku si simba tu perangainya agak pelik sebab dia suka pada bunga,pada sayur2 pendek kata minat pada tumbuhan..kat rumah aku memang tak leh ada benda2 ni..kalo tak dia tak senang duduk..huhu..
























Masuk adalah percuma..macam2 jenis cactus ada..rambang mata..gasa nak je angkut sume bawak balik..hehehe.. Habis je melawat cactus2 kiut kat sini kami bergerak ke Tanah Rata untuk menjamu perot yang sedang berkeroncong..

Bersambung lagi.....