Tuesday, May 10, 2016

Cameron Highlands - Green View Garden

Last weekend aku sempat meluangkan masa selama 3 hari 2 malam di Cameron Highlands.. Hampir 12 tahun aku tak kesana..kalo dibandingkan banyak perubahan la terutama dari segi cuaca..kalo dulu time pegi sejuk giler..tapi sekarang tak lagi dah..sejuk tu sejuk la jugak tapi waktu malam atau lepas hujan je..kalo pagi start kul 8 sampai petang memang cuaca sama macam kat KL..

Perjalanan kami pada hari Sabtu dalam pukul 10 pagi dan sampai lebih kurang pukul 2 petang melalui Simpang Pulai.. Kalo ikutkan melalui Tapah lagi dekat tapi sebab jalan Tapah agak kecil dan bersimpang siur maka kami pilih ke Cameron melalui Simpang Pulai yang jalannya lebih selesa..

Perjalanan kami lancar..tanpa sebarang gangguan :)


Berhenti di puncak untuk menikmati kesejukan

Cuaca pada hari tu hujan
Trip kali ni bukan kami berdua saja..Adik ipar aku pon ikut join jugak..Asalnya kami nak carpool sebijik kete ja,tapi last minit laki dia ada hal so terpaksa la pergi asing2.. sementara nak tunggu dorang sampai,maka kami habiskan masa berjalan2 sekitar Brincang.

First pit-stop kami berhenti di Green View Garden. Such a beautiful place.. Bunga2 warna warni, dan disini juga disediakan cafe yang menjual cake dan pelbagai jenis minuman tapi harganya agak mahal. Aku tak puas hati sebabnya aku order caramel latte yang berharga rm18.90,harga pon dah macam sedap sangat,rupanya dia cuma letak nescafe latte stick yang 3 in 1 dan whipped cream kat atas dia.. Nescafe stick tu bape je harga tapi untuk tu aku kena bayar sampai 18 hengget..sumpah rasa tertipu..kalo macam tu baik aku minum starbucks je..jauh lagi sedap. Tapi cake dia sedap.. U should try.












Habis berjalan2 dan bergambar disini kami ke tempat ke dua.. bersambung...