Monday, May 16, 2016

Anniversary ke 4 - Time Capsule Retreat, Sg. Lembing, Pahang




Ok selesai bercerita mengenai pekan Sg.Lembing,maka aku nak sambung bercerita tentang percutian singkat kami selama 2 hari 1 malam di Time Capsule Retreat.. Herm..rasa macam tak puas pulak duduk sehari saja.. Sebelum ni aku ada baca jugak review2 dari mereka yang penah pergi..rata2 ada cakap best tak kurang jugak yang cakap tak..sebab sempit la,facilities kurang la..kalo mintak review dari aku memang aku cakap "this is oh-semmmm.." Aku amat2 suka kawasan persekitaran yang ada di Time Capsule ni..bak kata laki aku,berbaloi jugak la drive jauh2..

Oleh sebab aku orang pertama yang check in,jadi dorang cakap aku boleh pilih mane je kolong yang aku nak.. Proses register masuk pon amat mudah..just bagi 4 digit terakhir nombor fone korang,ada rekod, dapat kunci..simple. Aku memilih kolong yang hujung sekali dekat dengan hutan baru la ada feel back to nature..mih..mih..mih..


Ni bilik kiteorang
Caption is NO caption
Sesudah angkat barang masuk dalam bilik,hujan pon turun mencurah dengan lebatnya.. Ni lagi oh-sem..cuba ko bayangkan bersantai sambil menikmati permandangan hutan + hujan + bunyi air sungai mengalir..perghh..Kat KL ni mane ko boleh dpt panorama macam tu..panorama yang ko tak boleh beli.. Perot kami laki bini pon dah mula keroncong,sebelum bergerak ke Sg.Lembing aku memang dah prepare bekalan untuk kami sebabnya aku malas nak keluar cari makan,aku betul2 nak manfaatkan masa yang ada dengan menikmati alam sekeliling.. Bekalan yang aku bawak untuk lunch kami haritu adalah bihun + keropok.. makan time2 hujan lak..sedap kemain lagi..

Sementara tunggu hujan berhenti tak de apa yang kami wat selain bersembang,dengar lagu,update instagram dan tido..tido tu laki aku la..aku xdpt nak lelapkan mata pon.. Yang xleh blah,laki aku bantai dengkur kemain kuat lagi..ko bayangkan la dalam kolong dia berdengkur..dh jadi loud speaker beb.. dalam hati aku mula bayangkan macamana gayanya aku nak tido malam tu..hahahaha..

Lebih kurang dalam pukul 5 ptg hujan dah mula ada tanda2 berhenti..cuaca yang dingin tu kalo dapat dinikmati dengan segelas nescafe lagi bagus.. Maka kami keluar mencari air panas yang disediakan di dapur..oh ya..nescafe ngn susu aku bawak sendiri yer.. Mereka cuma provided teh, gula dan biskut empat segi untuk korang jamah..yang lain behalf on yourself..hehehe.. Akibat dari cuaca yang cantik selepas hujan,kami skip dulu untuk minum petang..capai kamera dan terus berjalan2 di kawasan sekitar..




Dia pun nak ikut jugakkk
Habis je berjalan menghirup udara segar,kami kembali semula ke tempat penginapan..


Dapur
Ruang tengok tv..tapi tak de orang tengok pon.
Dalam bilik agak susah sikit solat,jadi boleh solat disini ye..
Wifi available
Bilik mandi (gambar ihsan google) bersih dan selesa,yang penting tak perlu berebut
Kalo rasa mandi dalam bilik terlalu mainstream,bole jugak try mandi kat luar.
Sesudah hujan

Kat sini ada 8 capsules semuanya.. 4 capsules yang pintu transparent, 4 lagi yang ada tingkap yang macam aku pilih tu.. Ikut selera korang nak yang macamana.. Kalo datang bersama family,ada jugak disediakan bilik, tapi sorry la yer..tak de gambar.. kawasan ni agak banyak nyamuk lepas hujan,tapi bila malam agak kurang sikit..jangan risau, staff2 kat sini rajin..dorang sendiri akan cari alternatif untuk halau nyamuk..hehehe..

Ok..mari kita tengok panorama malam pulak di Time Capsule Retreat.








No need to follow..just be a stalker :)
Malam itu kami mengisi perut dengan brahim's instant rice..just panaskan je.. makan bersama kari daging + air nescafe..wow..terangkat. Ntah nape kali ni rasa kureng umph pulak brahim punya nasi goreng ayam..ari tu aku makan kemain selera lagi..maybe kt obersi sana dia punya feel lain kot.. hehehe.. Lepas setel semua,kami masuk bilik untuk beradu..and the best is laki aku tak berdengkorrrr..yipppi..yippi..yippppppiiiii...!!!!

Keesokkan hari aku bangun awal pagi, cuaca cantik..sejuk berkabus.. sunyi mungkin sebab ada diantara mereka yang ikut trip ke Rainbow Waterfall.. matahari makin meninggi, check out pon lambat lagi so aku sambung je tido balik..

Time stress tengok gambar ni,lagi tambah stress..haha
Dalam pukul 11 pagi kami bangun bersiap untuk check out.. sayang betul nak tinggalkan tempat ni lagi2 rasa tak puas dapat tido semalam je..InshaAllah ada rezeki,sampai lah aku kat sini lagi :)

Time to say good bye..sobss..sobss
Kalo tak hujan boleh tahan panas jugak
U should try..tak rugi pon
Wuarghhh..makan awakkk..
Oh ya..lupa nak cakap..aku amat tertarik dengan seorang staff kat sana..kebanyakkan staff dari suku kaum asli kecuali owner la..salah sorang staff,aku tak tanya pulak nama apa,bagi aku dia mempunyai kulit yang sangat cantik even dia orang asli..dia punya testur kulit yang hitam seakan lembab bila panas pipi dia kemerah2an sikit,bagi aku sangat cantik..siyesly..i loikeee..nak compare dengan kulit aku..humpppp..tak payah compare la..wat sakit hati je..

Selesai check out, niat aku pada mulanya nak ke Tin Mines..teringin benor nak masuk dah alang2 sampai.. bila dah sampai sana dengan keadaan cuaca yang agak panas,pastu ada segerombolan student yang datang wat rombongan,terus aku patah hati nak masuk..hahaha.. Tiket masuk seorang rm15.90 a bit pricey.. Tin Mines ni adalah terowong bijih timah sepanjang 600 meter..untuk 100 meter pertama korang akan masuk dengan train, dan 500 meter selebihnya korang kena jalan kaki.. Ok la kan..pengalaman..tapi tu la..sebab malas punya pasal,pastu nak berasak2 dengan bebudak sekolah,teros kiteorang cancel nak masuk..

Pintu masuk ke Tin Mines
Aku cuma tengok dari jauh..tak masuk pon
Maka selesai la pengembaraan kami laki bini di Sg.Lembing..dengan berat hati kami bergerak pulang.. Ok..bagi yang terlalu risau nak cari stesen minyak kat mana,don't worry beb..ko keluar je dari Pekan Sg.Lembing dalam 24km ko jumpa la stesen minyak yang tumbuh bak cendawan..hew3.. nak carinya mudah saja..korang jangan masuk lagi simpang ke highway,just straight depan sikit je dah jumpa..mean arah nak ke Teluk Cempedak..ada fahammm anak2..

My ucuk pon dah gembira sebab tank dah penuh minyak,kami pon sibuk pulak mencari tempat untuk mengisi perut.. Laki aku nak makan ikan patin,aku pulak tak makan..end up we both decided nak makan mee calong.. So, ikut waze perjalanan cuma 18 minit tapi nak sampai punya la jauh.. bising la laki aku,sambil menuduh yang waze adalah kaki penipu..haha.. At last..jumpa jugak Joe Mee Calong..hahaha



Apa yang boleh aku cakap..bila ko dah hirup sup mee calong ni,ko rasa memang berbaloi ya hamat ko datang jauh2 semata2 untuk nih..sedap..sumpah tak tipu.. Nak cari pon senang je..sebab dia tepi jalan..ko boleh guna waze Joe Mee Calong & keropok Beserah..konfom jumpa.. or korang boleh check dalam apps jom makan.. Bila perut kenyang, hati gembira..maka kami pulang ke KL semula untuk mengadap stress di hari mendatang..

k bai...