Monday, May 16, 2016

Anniversary Ke 4 - Sungai Lembing,Pahang.

Alhamdulillah..sambutan anniversary aku yang keempat telah berjalan dengan jayanya.. Tahun ni aku dan encik hubby memilih back to nature sebagai tema anniversary kami..cewaahhh..ko che ta ke nak bertema2..ceit.. Kami memilih untuk stay di Capsule Time Retreat Sungai Lembing,Pahang..Kalo korang penah baca blog aku sebelum ni,aku dah mention yang aku akan ke sana dan booking pon telah dibuat bulan 3 hari tu..Asalnya aku nak pegi bulan 4 as my birthday treat tapi ada sebab tertentu maka di postpone ke anniversary kiteorang..

Perjalanan dari KL ke Kuantan hampir 4 jam.. Aku bertolak dari rumah dalam pukul 10pagi, sampai lebih kurang pukul 2.30 petang (3 kali benti) dan menjadi orang pertama yang check -in pada hari tu..hahaha.. Bagi aku perjalanan nak ke sana agak jauh tapi selesa.. Dari highway karak terus je lalui LPT (lebuhraya Pantai Timur) exit 833 Kuantan.. Keluar dari tol Kuantan, stay di lorong kanan,korang sampai jumpa traffic light belok kanan atau follow je signboard Sg.Lembing.. Amat mudah..nak lagi mudah guna je waze.. Dari tol nak ke Sg.Lembing lebih kurang setengah jam perjalanan.. Nak ke Time Capsule Retreat pon mudah je..korang cari laluan masuk ke Muzium Sg.Lembing..sebelah laluan tu ada lorong kecil ke Terowong Tin Mines masuk je lorong tu..atas sikit dari Tin Mines je tempatnya.. 

First time lalu LPT..agak teruja disitu :)


Smooth giler..jarang2 nak nampak kete
Kesian tengok alam
Sungai Kuantan..rasanya la..hehehe..
Nice weather, nice journey
Jalan nak ke Sungai Lembing

Sampai saja di Pekan Sungai Lembing aku agak "shock" sikit tengok kawasan sekitar.. kawasan yang tak membangun sangat..macam pekan dulu2..siyes best..tenang je tengok..bayangkan dorang beli minyak pakai botol ok..takde petrol station ke hape..dua tiga kali aku tanya laki aku.."eh..ade lagi tempat macam ni" seperti tak percaya..

Pintu gerbang..kalo korang jumpa pintu ni,maknanya betul la tu sampai Sg.Lembing :)
Kat sini banyak kaki hiking..especially chinese
Bangunan lama beb..mana maw dapat
Sonoknya pejabat cenggini
Truly Malaysia
Ni satu2nya Gasoline Station kat pekan nih..
Pekan Sg.Lembing
it's not Cambodia bebeh.
Sg.Lembing amat terkenal dengan aktiviti melombong bijih timah suatu ketika dulu.. jadi tak mustahil la banyak seni2 bina lama masih kekal sampai ke hari ini.. mungkin pekan ni agak di pedalaman,so pembangunan moden agak kurang..bagus jugak macam tu..sekurang2nya keindahan lama masih terpelihara..  Bagi yang nak cari tempat untuk ketenangan,jauh dari hiruk piruk kota.. This is the best..!!

Bersambung..k bai.