Thursday, June 20, 2019

Hotel Review - Pulai Spring Resort, Johor Bahru.


Empat tahun lepas aku dah pernah sampai kat sini. Selalunya kalo tempat tak best aku takkan pegi dua kali, jadi kalo aku pegi pulak maknanya best la tuh. Best yang macamana? Best bagi setiap orang ni lain-lain..mungkin bagi aku best tapi korang pegi tak best pulak..Itu korang punya pasal la kan.. Hahaha.. Bagi aku kalo istilah betul2 nak bercuti, benda yang  paling penting aku nak adalah kehijauan dan ketenangan. Tu paling penting la. Aku tak suka pegi tempat yang crowded sampai terganggu masa aku untuk berehat. Biar aku bayar lebih tak pe janji berbaloi. Jadi Pulai Spring ni adalah pilihan yang tepat bilamasa laki aku cakap "tolong cari memana tempat nak bercuti. Abang betul2 rasa nak rest" Jadi of kos la sejenis resort pilihan utama aku. Kalo pegi cuti sekolah maybe agak full, kalo korang pegi time weekend or weekdays, memang best. Kat sini aku tido 2 malam, and the best thing start dari check in, kami tak keluar2 dari situ sampai hari check out. Betul2 punya nak "me time" la kiranya. Dari breakfast sampai ke dinner sume kami makan kat situ. Nanti next entry aku story okeh..Sekarang aku nak review biliknye dulu.




Total harga aku dah lupa dah korang boleh godek2 entry aku yang lepas,aku ada post..dapat diskaun bagi pemegang kad Maybank. Proses check in pon smooth dan mudah sangat. Btw, masa booking aku pilih studio suite je tapi masa check in dia bagi aku studio suite yang one room punya. Masuk2 je "eh asal dia bagi bilik besar pulak..??" (spesis tolak rezeki..hahaha) Cuma permandangan luar tak macam masa mula kami datang dulu. Aku prefer mengadap padang golf, tapi tak pe la tak dapat yang tu pon at least dapat bilik besor. Yang penting sunyi..Setengah orang tak suka sunyi,takot katanya. Tapi kami laki bini, suka sangat kalo sunyi2..tenang je rasa.






Maaf ye sekiranya kualiti gambar kurang memuaskan..Aku pakai action cam, malas nak bawak kamera. Ok la tu ade jugak gambar kan. Aku sekarang tak de nak beria2 sangat dah ambik gambar..dah tak macam dulu. Instagram aku pon berhabuk sampai memasing tanya nape dah tak de update, asal tak de gambar travel. Bila aku cakap aku nak deactive akaun IG aku, kawan2 aku bising..Sayang gambar travel sume, nak tengok katanya.. Yelahhhh tu...Faktor umur rasanya. Raya haritu barulah aku update balik setelah sekian lama, nak jugak up gambar raya..Asik tengok gambar orang ja mana tahan..Wahahaha..

Ok kita kembali ke landasan yang betul..pantang cuit sikit nak melalut je keje.. So far aku memang puas hati sangat stay kat sini. Next entry aku akan cerita apa aku buat kat hotel ni sepanjang 3 hari 2 malam.

K bai.