Monday, June 24, 2019

3 Hari 2 Malam Di Pulai Spring Resort, Johor Bahru.


Time aku on the way ke Johor, Masuk je hujung-hujung Melaka dah mula hujan lebat. Sepanjang jalan hujan je, paling kesian penunggang motor la, dari satu tempat ke satu tempat berteduh tu jauh jadi sebelum sampai nak berteduh sempat la lencun dulu. Sampai je Pulai Spring hujan renyai-renyai dengan suasana hijau..asyikkk banget. Proses check in mudah saja, hari pertama sampai kami habiskan masa merayau-rayau di kawasan sekitar. Asalnya laki aku nak mandi pool, kiteorang ingat tutup pukul 7malam..Sekali tengok betul-betul boleh mandi sampai pukul 10 malam..Aduh.. Hari pertama skip jela mandi pool. Masa aku pegi sebelum ni aku cuma tidur 1 malam saja, jadi masa untuk teroka kawasan tu agak terhad. Jadi alang-alang berlama kat sini kami berjalan-jalan menikmati kehijauan alam di sini.




Greenish

Selepas hujan

Ni suite paling mahal kat sini. Agak private sebab jauh sikit dari Cinta Suite.
Selesai berjalan-jalan kami kembali semula ke bilik. Masa lalu depan cafe aku ternampak menu dinner yang aku rasa worth it untuk kami berdua. So kiteorang decided untuk dinner di cafe hotel saja. Mulanya aku nak makan kat bilik, tapi bila call nak order dorang cakap will take time sebab time macam tu memang banyak tempahan. So tak pe la..oleh sebab kiteorang rajin, kami berjalan saja ke cafe.


Malam pertama kami memilih untuk makan masak lemak cili padi ikan siakap. Siakap ke?? Rasanya la..sebab aku pon dah terlupa..Hehehehe.. Untuk set ni, dipanggil Dulang set untuk dua orang makan berharga RM40. Ok la kan.. Ya mungkin ada rasa makan kat luar lagi murah, tapi dengan RM40 sekurang-kurangnya aku dah jimat masa dan tenaga. Hahahaha.. Masak lemak ni memang superb. Sedap wesss.. Sampai licin aku makan. Nak balik hotel sampai kena dukung la punya kenyang. *tipu je..hehehee.. Tapi sumpah puas hati..Dengan taste and portion yang aku dapat worth it sangat.

Selesai hari pertama, hari kedua macam biasa bangun pagi pegi breakfast. Menu macam biasa macam empat tahun lepas jugak,tak de yang berubah. Not so much variety. Tapi aku jenis kalo breakfast kat hotel menu wajib yang aku mesti amik tak kira ape pon, koko crunch + susu..Pelik betul time lain tak de pon nak makan tapi asak duduk hotel je mesti breakfast nak kena ada benda alah tu. Tak paham aku. Lepas breakfast kami naik ke bilik semula untuk sambung tidur. Tapi yang sengal nya kami tak de bawak makanan langsung. Kot la nak beli meggi ke ape, tak de.. Cuma laki aku ade beli bun coklat lebih-lebih yang makan dalam kereta tu la kami berebut makan untuk lunch. Punya la malas gila nak keluar. Sampai tahap macam tu. Lepas zohor, lebih kurang pukul 3 macam tu kami turun nak mandi pool. Sengaja kami ke pool di tingkat 2 bangunan sama nak tengok ramai orang tak, kalo ramai kami nak mandi kat pool jauh sikit, sampai2 je tengok cuma ada satu family 3 beranak tengah mandi. Mungkin hari Ahad sama,memasing dah check out, so kiteorang pon mandi kat situ jela.



Heaven kan.. Hanya kami yang teroka pool yang besar nih..Hahahaha.. lebih kurang sejam je mandi sebab energy laki aku dah low,maklumla jarang2 exercise. Aku macam biasa berjalan-jalan je dalam air. Jadi tak de la letih mana pon..Hehehe.. Lepas berendam mesti lah lapar kan. Tangan mula la selak-selak buku menu nak tengok ape yang best nak di makan. Laki aku cakap order jela pape pon. Since menu tea time agak limited,aku cuma order goreng pisang ngn french fries. Room service je, nak langkah satu kaki keluar bilik pon malas apetah lagi nak ke berjalan.


Hari kedua memang kami habiskan masa dalam bilik saja. Malam kami keluar ke cafe hotel untuk dinner.kami decided untuk try makan asam pedas pulak, dulang set ni ada 2 jenis menu..Masak lemak dan asam pedas. Since malam sebelumnya kami dah try masak lemak,kami amik pulak asam pedas. Asam pedas dia memang pedas dan agak kurang kick. Tapi ok la..masih sedap untuk dimakan. Dessert aku order brownish + coffee. Saja nak try. Tapi bagi aku brownish tak sedap sangat, agak dry tak kena dengan taste aku.



Habis makan kami berjalan-jalan ambik angin malam, maklumlah esok dah nak balik.



Keesokkan harinya aku check out sebelum pukul 12, sebab plan nya nak ke JPO as usual,hahaah tapi sebelum kesana aku singgah di rumah cousin laki aku dulu. Lebih kurang pukul 1 lebih kami sampai di JPO..orang tak ramai sebab Isnin kan seronok sikit berjalan. Habis shopping kami pon kembali la ke jalan yang benar.

Selesai sudah percutian singkat kami di JB, InshaAllah ada masa aku akan update pulak trip terbaru aku ke Penang untuk bulan depan. Trip Tokyo..?? Ya Ampunn...tu aku kena wat slow2 sebab banyak sangat entry dan gambar nak kena filter dulu, InshaAllah sebelum habis tahun ni aku update.. Wahahaha..

K bai.