Monday, January 9, 2017

Trip Ke Japan : Day 4 - Kinkakuji Temple, Nishiki Market


Hala tuju aku pada hari keempat adalah Kinkakuji Temple..sesudah breakfast, kami menuju ke bus stop Kyoto station..untuk bus day pass harini aku beli kat reception hotel kebetulan memang dorang jual.. cuaca cerah elok pada hari tu.. sampai di Kyoto station nampak sekumpulan bebudak sekolah tengah berjalan dalam barisan..maybe ada school trip kot, tapi dorang ni amat friendly..sepanjang kami berjalan dorang tegur.. "hello.." "hello.." sambil tunduk2 kan kepala..kami pon senyum sambil balas balik sapaan dorang..bebudak nih tersengih2 je tengok kiteorang.. budaya dorang dah diajar untuk menghormati,tak kira siapa..budaya tu patut kita praktik kan dalam masyarakat kita,sebab kalo kita tengok bebudak sekarang, dah makin kurang adab dan kesopanan.. kan..kan..



Sebelum kami teruskan perjalanan ke Kinkakuji Temple, kami berjalan2 dulu sekitar Kyoto station.. Aku penah baca sebelum ni,ada cakap tingkat atas Kyoto st. ada sebuah taman,kita boleh tengok Kyoto view..direction mudah je,cari tangga dan eskalator paling tinggi kat dalam station tu..naik je sampai atas..


Tangga..??

I choose this one..hehe

Naik je eskalator ni sampai atas..kalo rajin naik tangga, naik jela..it's up to you.

Boleh la duduk lepak2

Kyoto
Masa turun, aku teserempak dengan sekumpulan bebudak kindergarten dengan topi striking punya kaler, tengah sibuk bergambar atas tangga..comel2 belaka.. Laki aku cakap,pegi la mintak izin kat cikgu dia nak amik gambar..well, kat mana pon,seeloknya kalo korang nak amik gambar anak sape pon, better mintak izin dulu..jangan main snap je..aku pon pegi tanya cikgu dia,samada boleh amik gambar ke tak.. cikgu dia macam tak paham mungkin dengan permintaan aku,end up dia cakap "no..no" so aku nooo jela..tak jadi la amik gamba dorang..tak pe dik..hakak dah snap gambar korang dalam pala hakak ok..hahaha..maka kami teruskan perjalanan ke bus stop untuk ke Kinkakuji Temple.

Direction : Kyoto st - Kinkakuji-Michi (bus no : 101,205)

Turun je bas di Kinkakuji-michi station, blur pulak tak taw ke kiri atau ke kanan.. Satu couple dari China ni tanya aku nak pegi temple arah mana..aku pon blur..haha.. tengah aku dok belek2 notice board,tetiba laki aku cakap..tu haaa ke kanan..lor..rupanya ada notice besor kat bus stop tu tunjuk anak panah ke temple.. Chinese couple tu yg jumpa dulu sebenarnya..hahahaha..


Ticket masuk 400 yen
Lepas bayar tiket masuk, kami pon masuk dengan girangnya.. time aku pegi ni pon tourist tak dela ramai..maybe awal pagi..senang la nak bergambar riak disitu..















Mintak doa nak lulus exam ke tu..??
 Lebih kurang sejam jugak la kami habiskan masa bergambar di dalam temple ni.. kalo pegi time autumn tengah kemuncak tak pon snow tengah turun ke mesti lagi cantik.. Habis pusing2 dalam temple kami amik keputusan untuk keluar dan teruskan perjalanan ke pit-stop selepas tu iaitu Nishiki Market.
Berhadapan bus stop Kinkakuji-michi

Untuk ke Nishiki market,just tunggu kat bus stop yang sama..

Direction : Kinkakuji-michi - Shijo Kawaramachi (bus no : 12,59,205)

Aku pon lupa,perjalanan dari Kinkakuji nak ke Nishiki market jauh ke dekat..sebab seronok dok tengok permandangan bandar Kyoto,sedar2 dah sampai.. satu benda yang aku paling tak leh blah kat sana, kete mazda yang aku minat giler sebelum ni, dorang wat kete driving school je beb..koyak betul mental aku bila tengok..kat Malaysia ni beratus ribu harga,org yang pakai ada yang ok, ok la..kalo ada yang belagak,nauzubillah. Padahal kat Jepun kete tu school driving je pakai..adehhhhh...sedeyyy..




Kawasan Nishiki market ni sangat sibuk dan besar.. sepanjang market ni kita dapat tengok macam2 jenis barangan dan makanan ada dijual.. pasar dorang bukan jenis asing2..barang basah satu tempat, baju setempat, yang kering2 setempat..no..no..sume bercampur aduk..ada jual ikan,sebelah tu pulak jual baju, yang membolehkan dorang berniaga sistem campur aduk macam ni adalah disebabkan cara dorang menjaga kebersihan sangat sistematik.. walopon jual bahan basah,ikan,daging,sayur mayur tapi kawasan persekitaran sangat bersih..tak de pon lecak berair2 ke apa,sebab tu sebelah kedai ikan pon masih boleh bukak kedai jual baju.. Siyesly..pasar dorang sangat2 bersih..tak macam berjalan dalam pasar pon gayanya..







Makanan kat situ jangan cakap la..laki aku sampai marah,sebab aku kalo tenung satu2 makanan tu, dah macam stok pandang tembus..lama lak tu..macam aku cakap sebelum ni..street food dorang bukan setakat kiut miut..semua nampak sedap.. lastly aku cuma beli shrimp onion nugget habuan lepas gian..huhuhuhu..

Sempat jugak aku singgah di kedai 3 coins,cari gloves baru..sebab glove yang aku beli kat universal traveler telah dirembat oleh laki aku,maka aku beli yang daiso punya,herm..boleh la pakai kejap.. terkoyak habis..so aku pon beli glove baru yang berharga 300 yen..end up glove tu pon hilang sebelah masa kat Tsutenkaku tower..hadooiii...

Habis jalan2 di Nishiki market, kami teruskan perjalanan ke Nijo Castle..

Direction..?? ok..aku sambung part 2 okeh :D