Friday, January 6, 2017

Trip Ke Japan : Day 3 - Gion & Kiyomizudera temple


Sekembalinya di Kyoto st. aku terus ke tourist information yang terletak di hadapan station untuk membeli one day Kyoto city bus pass yang berharga 500 yen untuk satu hari. Kelebihan pass ni, kita naik turun city bus untuk satu hari tanpa perlu bayar pada driver bas. Harus diingat,bukan semua bas boleh guna pass ni,hanya city bus sahaja..Cara nak guna pass ni senang je,memula naik tu je kita masukkan kad ni dalam mesin untuk diprintkan tarikh,lepas tu naik turun bas just tunjuk pass je.. Jimat.. Bas2 di Jepun ni lain dari Malaysia..bas kat sana naik dari pintu belakang dan turun di pintu depan. 

Lepas beli pass kami terus ke platform menunggu..jangan risau,setiap platform ada signboard, mudah je nak cari bas,lagi mudah kalo kita taw nombor bas..plan kami nak ke Kiyomizudera Temple..tapi sebab tengok dalam map bas akan berhenti di Gion dulu, kami amik keputusan untuk jalan2 sekitar Gion sebelum ke Kiyomizudera.


 
Dalam bas :D
Dari Kyoto st. nak ke Gion jauh jugak la perjalanan..lebih kurang sejam jugak aku dalam bas.

Direction : Kyoto st - Gion (Bus no:100,206,80,110,202,207)


Sampai di bus stop Gion, aku follow je ramai2 yang sibuk nak melintas jalan..sebab aku taw dorang pon mempunyai tujuan yang sama..hahaha..macam2 orang ada..yang berkimono pon ramai.. oleh sebab cuaca sejuk,kami berhenti kejap di Starbucks,beli kopi sebelum meneruskan perjalanan.









Bila aku tengok je architecture Gion terus teringat movie Memoirs of Geisha.. hermmm..tapi masa aku sampai tu sorang geisha pon aku tak jumpa..sedeyyy..jatuh cinta berkali2 betul dengan permandangan seni bina Gion ni..walopon orang ramai,tapi tenang je bila lalu celah2 kedai..kawasan ni pon tak de la busy sangat, mostly banyak kedai tutup,aku tak taw la kot dorang bukak lewat petang ke hape sebab time aku sampai tu dalam pukul 3 lebih..lepas habis bergambar riak kat situ, kami teruskan perjalanan yang entah kemana.. aku pon tak taw entah jalan mana2 aku lalu,yang aku taw jalan tu bukan tourist way sebab dua tiga kerat manusia ja yang lalu, masuk kawasan rumah orang end up aku timbul kat Kiyomizudera.. perghhh..magik kan..kan..

Itulah kehebatan aku ngn laki aku..suka merayap tanpa arah..last mesti jumpa something yang menerujakan..hahahaha..







Tengah aku sibuk ambik gambar laki aku cakap "tadi saya nampak dua orang pompuan pakai bedak tebal,putih satu muka..macam tepung gomak..dia lalu arah sana" sambil dok tunjuk2.. aku yang sibuk dok amik gambar dengar2 gitu jela.. tengah kiteorang berjalan tetiba aku nampak dua orang geisha sedang diambil gambar oleh sekumpulan tourist.. aku cakap kat laki aku "hah..tu geisha, tu geisha, jom2 kejar" and then taw laki aku cakap ape.. "hah..dorang tu la yang saya tengok tadi..pakai bedak tebal kat muka.."

Nahaiiii...

Laki aku tak kenal geisha rupanya..tepok dahi..hahahaha..patutla kawan tu beria2 cerita pompuan pakai bedak tebal bagai.. then aku cakap.."nape tak bagitau awal..tu la geisha.." laki aku cakap mane la dia taw..cuma dia nampak dua orang pompuan tu je yang pelik pakai kimono ngn bedak tebal..yang lain pakai kimono tapi tak mekap pon..aku nak kejar,tapi tengok dari jauh geisha tu lari bak lipas kudung..malas aku nak join dorang yang sibuk kejar dia..kami pon teruskan perjalanan naik ke Kiyomizudera Temple.









Harga masuk 400 yen.. Laki aku cakap dia malas nak masuk.. So kami amik keputusan untuk tak masuk ke dalam temple ni.. Kami lepak2 kat luar je sambil minum sisa kopi yang tak habis.. Agak2 cuaca nak gelap sikit kami pon amik keputusan untuk pulang ke hotel..


Time nak turun aku terpandang satu gerai jual nugget seafood, besar sign dia tulis "pure halal" punya la aku eksited..yela nak cari makanan halal bukan mudah,dah la time tu lapar giler..tak cakap banyak terus beli nugget ikan sorang satu.. nikmatnye la haii makan panas2..Dari Kiyomizudera temple kami ke Gojo zaka bas stop untuk ke Kyoto station.

Direction : Gojo Zaka - Kyoto st. (Bus no: 100,206)

Sampai di Kyoto station hari makin gelap..sempat aku singgah kejap di kedai 3 coins untuk jamu mata, then terus balik ke hotel.. Malam tu kami tak de aktiviti apa..cuma berselubung dalam comforter sambil tengok rancangan tv yang tak de subtitle..dan macam aku cerita sebelum ni.. di Piece hostel ni la untuk pertama kalinya aku tidor nyenyak aman dan damai..hahahahaha..

Nantikan sambungan di hari keempat..