Episod Ipoh tinggal sikit je lagi..so meh kita habiskan hari ni jugak.. kalo dibiar pending nanti aku dah lupa..haha.. episod last ni adalah sambungan dari episod yang lepas..sila lah ketik
sini,
sana dan
sinun.. untuk tahu cerita sebenar disebalik percutian hipster aku nih..
Selesai berjimba2 di Plan B, layan ais kepal menikmati ketenangan di Museum Yasmin Ahmad, kiteorang bergerak pulak ke Khizanat.. Eh..ape tu? For those pengemar indie mesti taw apa tempat tu.. Mostly band2 banyak gak perform kat sana.. Khizanat tu adalah cafe,tempat santai..lepak minum kopi.. Husband aku memang kaki gig masa zaman dia muda belia dulu.. Aku pon minat indie tapi masa belum kenal dia aku just minat2 macam tu ja,sebab tak de geng >_<.. bila kenal dia sebagai kucing hitam,hahahaha, dia rajin bawak aku pegi gigs..haish..rindu betul aku nak jadi muda belia blk.. Sekarang pegi gigs dah tak best sangat dah..faktor umor barangkali..hehehe..
Sampai Khizanat, Khizanat tutup..ahahaha.. frust betui.. so kiteorang decided nak terus je pegi Kellie's Castle.. berbekalkan waze (
shit apps..for me..sorry..) yang bawak kiteorang masuk macam2 jalan ntah mane2 akhirnya kami tiba ke destinasi..
|
Kellie's Castle |
|
Bayaran parking |
|
Harga tiket masuk..tunjuk ic RM5/person, kalo xde ic RM10/person |
|
Nice architecture |
Cuaca di Ipoh sangat la terik.. berjalan tengah2 bahang terasa macam otak tetiba cair..haha.. Aku pengemar kepada architecture dan sejarah of kos la aku minat ya hamat dengan benda2 macam ni.. Walopon cuaca terik, ramai je yang datang melawat kawasan ni.. Bagi sesiapa yang nak singkap balik sejarah Kellie's Castle ni..meh ketik sini..
https://ms.wikipedia.org/wiki/Istana_Kellie
Jom..kita layan gambar lagi..
|
Menceritakan sejarah Kellie's Castle.. |
|
Contoh hiasan dalaman rumah mereka pada zaman itu.. |
|
Bahagian ni tak leh masuk..tangkap gambar dari luar je |
|
Bilik simpan arak..memang scary..aku just klik je kamera,takde nak fokus2 lagi dah..haha |
|
Tangga rahsia..setiap bilik ada laluan rahsia..pelik gak omputih ni, kalo wat umah mesti ada laluah rahsia bagai..ape dorang takut sangat tak taw la.. |
|
Permandangan hadapan Kellie's Castle |
|
Rumah lama en.Kellie |
|
Rumah ni bersambung dengan rumah baru beliau |
|
Bahagian belakang |
Kalo nak taw, bangunan ni kita boleh naik sampai ke bumbung.. tapi kalo jatuh sendiri tanggung la.. View cantik..sekeliling castle ni pokok kelapa sawit.. Aku sememangnya suka tempat tinggi, memang ghabat naik sampai atas..tapi laki aku jenis gayat, dia baru hulur kepala teros pening..mih3.. maka aku sorang2 jela dok poyo sorang2 kat atas tuh..
Selesai bergambar riak kat sini, kiteorang dah tak taw nak kemana.. Hajat sebenar ke Ipoh nak minum kopi..tapi sampai balik kopi pon entah kemana.. Bukak apps jom makan try usha2 kot ada cafe best2 area situ.. Last ada jumpa gak satu.. nama cafe tu Top One Cafe.. aku just order oreo cheesecake ngan nescafe, laki aku lapor..dia order spaghetti hape nama tah tapi rasa kureng cket.. Ok la wat alas perut..
|
Sedap..tapi makan tak habis pon..cheese cepat muak..hehehe |
Perot pon dah kenyang.. Tibalah masa untuk bergerak pulang.. maka..tamatlah percutian ciput aku selama 2 hari 1 malam di Ipoh.. Ipoh destinasi terbaik bagi golongan hipster, indie mahupon mereka yang gemar pada senibina lama.. Sure tak rugi..
K bai..