Friday, August 5, 2016

Day 1 - Percutian Hipster Ipoh Mali Part II



Air Asia nih bila nak wat winter promo nih..puas aku tunggu berbulan2 nak beli tiket, harga masih mahal je lagi..huhuuhu.. Mungkin aku harus lebih tabah..mungkin ada kemanisan yang menanti di hadapan..wah kau...hah..hah..Untuk trip #nwkyotosakatrip #kembaranwkejepun dah 50% progress, yang selebihnya kena tunggu tiket murah baru la boleh book hotel bagai..

Ok masih dalam misi jejak warisan Ipoh yang masih tak habis2.. Bagi yang terlepas part I korang leh ketik sini untuk tahu cerita sebenar apa aktiviti aku di Ipoh minggu lepas..

Selesai makan kami pon start balik meronda.. Berdekatan Old Town White Coffee, cuma berjalan lebih kurang beberapa meter aku jumpa Dewan Bandaraya Ipoh..dan bertentangan dewan tu pulak Stesen Keretapi.. Disebabkan cuaca yang panas lit lit, aku cuma tangkap gambar dari jauh je..


Dewan Bandaraya Ipoh

Since 1914

Stesen Keretapi Ipoh

Tak mampu lama2 berdiri kat kawasan ni kami bergerak mengala ke belakang Dewan Bandaraya.. Di belakang dewan ni terdapat Tugu peringatan J.W.W Birch..

Macamana leh ada bunga2 lak kat sini? Herm.. ade laa...

Birch Memorial

Sila baca sendiri :P

Berhadapan tugu peringatan, ada sebuah masjid yang diberi nama Masjid Sultan Idris Shah Ke II

Selesai bergambar kami kembali semula ke Plan B untuk bergambar riak.. Sesampai je kat sana aku tengok gate sume dah tutup..waktu tu lebih kurang pukul 6.. Lorrr..dah tutup rupanya.. Motip aku nak ke Plan B sebab nak sangat makan ais kepal.. Aku ingat dorang bukak sampai malam sebab tu la aku merayau pegi makan dulu..wuhahahaha.. aku cakap kat laki aku,nak tak nak esok kita mesti datang balik sebab nak makan ais kepal.. macam biasa..laki aku layankan je..hehehehe..

Dari pemerhatian aku, Pekan Ipoh ni masuk je pukul 6 ke atas dah start lengang.. masing2 berlumba nak tutup kedai.. yang sebelum ni aku tengok ramai2 beratur beli makanan pon dah hilang kemana.. Pantas betul..haha..So nak hilangkan rasa frust di hati,kami pon berjalan2 sekitar Concubine Lane mencari mural2 yang ada.. perjalanan kami menjadi lebih seronok sebab orang tak ramai..jadi nak tangkap gambar pon senang tanpa gangguan dari pihak ketiga.. :P

Kalo tak tahu Concubine Lane tu apa, meh kita singkap sikit sejarah lepas..

Concubine Lane is a small lane located off Jalan Bandar Timah (Leech Street) in Ipoh. Along with Hale Lane and Market Lane.

Lorong Panglima (Panglima Lane), or better known locally as Concubine Lane (or Yi Lai Hong in Cantonese) is a narrow, uneven path, in Old Town Ipoh, believed to have been established in 1908. Concubine Lane became a residential area where many rich Chinese magnate and British officers were supposed to have kept their concubines and mistresses in the townhouse there. I think now you would know why the area is called as "Concubine Land".









Ni antara street art yang ada and yang sempat aku amik gambar.. sebenarnya banyak lagi mural yang ada..cuma antara rajin ngan tak je ko nak berjalan..







Mural-mural ni bukan semua ada di Concubine Lane.. ada merata2 tempat..jadi kena banyak berjalan la kalo nak menikmati lukisan2 nih.. Kaki pon dah mintak rehat, maka kami pon bergerak pulang ke hotel.. Pada sebelah malamnya pulak kami ke Chokodok Raggae.. hah..tak taw tu apa? Chokodok Raggae ni sebuah kafe hipster dan amat obses pada Bob Marley.. Hiasan dalaman kafe ni banyak berkisar pada Bob Marley and I like it.. Dari hotel aku nak ke kafe ni tak jauh pon.. tapi sebab tak tahu jalan, berpusing2 jugak la.. macam biasa, bila dah jumpa keluar la ayat " laaa..dekat je..kalo taw tadi ikot jalan ni pon dah sampai " hehehe.. Meh kita layan apa yang ada kat kafe ni..






Berpuluh kedai kat KL hakak cari beliau..kat Ipoh gak jumpa..


Chokodok Raggae juga menyediakan hostel untuk backpackers..

Harga makanan kat kafe ni pon tak la mahal mane.. standard price macam KL jugak.. sedap pon sedap.. siap ada nasi goreng apek ngan nasi goreng appa.. haha.. kalo xtaw nasi ape tu, tanya dorang.. nanti dorang terangkan..hehehe.. habis lepak santai layan lagu raggae Bob Marley, kami teros ke gerbang malam.. sama macam uptown jugak kekdahnya.. aku pon tak de beli apa sangat..just fridge magnet untuk kenang-kenangan..

Suasana malam di area Gerbang Malam
Suka betul laki aku dengan nama kedai nih..hahaha
Habis tawaf Gerbang Malam, kami balik ke hotel untuk beradu syahdu.. maka bersambung hari kedua...