Wednesday, December 19, 2018

Genting Premium Outlet & "Skytropolis" New Indoor Theme Park


Oleh sebab aku rajin yakmat aku tambah lagi satu entry nak sembang pasal indoor theme park yang baru bukak minggu lepas. Ok.. hari Sabtu kami bertolak dari rumah pon dah tengah hari, jem satu hal sampai homestay dalam pukul 4.. Jadi kami rehat lepas asar baru keluar. Hari pertama kami terjah GPO dulu.. tak nak rush sebab malam tu nak tengok bola final Malaysia lawan Vietnam. (ok..Malaysia kalah 1-0) :) Bagi yang tak taw GPO tu apa, GPO stands for Genting Highlands Premium Outlet..same goes to JPO,MPO, Mitsui and so on..Bagi aku GPO lebih banyak choice compare to outlet yang lain..Lagi banyak kedai, lagi la ramai orang, tambah2 cuti sekolah so banyak bertabah jugak la..Dalam bertabah pon sempat jugak la aku rembat jeans sehelai,laki aku beli t-shirt collar sehelai.. So far kalo tengok pada sale memang rambang mata jugak..tapi sis cuba tahan diri sebab laki aku tak bawak wallet..!!! Huwaaaaa...mengundang betul la.. Dah sampai homestay baru dia perasan yang dia tak bawak wallet.. Sebelum gerak tu kiteorang kua beli nasik, time nak makan tu memang aku nampak dia kuakan letak atas meja..aku ingat dia amik la masa nak keluar tuh..huhuhu. Asal tengok kasut, handbeg lawa2 mula la aku terbayang wallet dia kat rumah..hahaha.. Aku bukan la kedekut, tapi berjimat..kan lebih afdal kalo nak beli benda2 gitu pakai duit suami..ye dakk... Wahahahaa...


Cuma satu benda je yang aku tak suka pasal food court baik kat GPO mahupon kat genting, jenis cashless..nak kena pakai card bagai.. Beli kad rm5 nanti bagi balik dorang akan refund 5 ringgit tu serta baki yang ada dalam kad tu..Katakan ko topup RM30, beli makanan tak cukup pulak, nak kena gi kaunter topup lagi..letih la nak ulang alik. Makanan korang jangan harap la nak dapat yang murah, kalo kat GPO aku rasa still affordable lagi walopon mahal tapi tak la seteruk kat Sky Avenue,nasi lemak sepinggan RM20..aku makan capati satu RM13..air mineral kecik RM5..bapak ah..





Hari kedua lepas check out kami shoot naik ke atas.. Biras aku imagine macam2 dah nak main indoor bagai, bila dah sampai baru taw indah khabar dari rupa..hahaha..macamana aku tak cakap macam tu.. Pegi wiken, cuti sekolah..tempat mana kat Malaysia nih yang tak penuh orang bila cuti sekolah hang habaq mai..

Ok..aku nak review la sikit pasal indoor park yang baru ni.. I'm sure ramai yang beranggapan yang sama.. Bagi aku, Genting lama jauh lagi seronok berbanding yang sekarang..Yang baru ni nampak semak,sesak dan rimas.. Kalo yang lama rasa chill, rileks santai, nampak luas nak berjalan pon tak de rasa sesak walopon orang ramai.. Lagi best la kiranya..Yang sekarang ni nak cari port lepak kat luar First World Hotel tu pon dah tak jumpa dah.. Tanya barista Starbucks tu pon dorang tak taw kat mana..dorang sendiri cakap Genting sekarang dah makin berpusing2.. Nak cari pon payah dah.. memang aku setuju sangat part tuh.. Nak cari park kat First World Hotel, tanya abag polis, dorang bagi direction alih2 keluar kat Maxims Hotel..Ada la seciput taman untuk lepak2 kat situ.. Sadisss.









Indoor korang bole beli preview pass (aku tak sure benda apa nih..) berharga RM60.. mungkin tu pass untuk semua games, tapi kalo korang nak main game ikot citarasa korang pon boleh..satu games RM15..ada beberapa lagi yang tak siap termasuk roller coaster.. Macam biasa, ada banyak lagi game yang aku tak sempat nak snap gambar, ada aku wat video tapi malas pulak nak tepek kat sini..hahaha. Nak taw best ke tak pegi la sendiri..tapi based on my review itu lah yang aku katakan tadi.. so-so...

Ini la Totoro..!! My obsession.

Totoro..totoro..next month..see ya..!!
Kami banyak berjalan cuci mata ja..siyes tak taw nak wat apa..Makin ramai manusia lagi ko blur.. Nak masuk situ penuh, masuk sini penuh...Haaaaa

Fuhhh..lap ketiak.
Kalo nak makan kat food court, kena beli kad ni dulu kat kiosk.. btw food court non halal lagi banyak choice compare to yang halal punya.

Seperti yang kita taw, outdoor genting yang dijangka siap tak siap2 sampai sekarang.. Mesti korang pon dah pernah baca kes Fox+Disney = Theme Park Genting pending.. hahaha.. Tak sure la fox + genting ni dah cancel ke apa,tapi kalo tengok projek dorang still berjalan macam biasa. Banyak benda lagi yang tak siap.. Resort World, apa kata awk cakap je Outdoor will coming on 2020.. kan mudah. Mesti ramai yang eksited.. Tak payah announce tengah taun depan la,hujung taun depan la.. Patah hati dorang yang menunggu nih..hehehehe..





 Jadi rakyat Malaysia semua, bersabar yer..gamak tak tahan sangat boleh pegi Legoland, tak pon lajak sikit pi USS..




Suhu 21'c..tak sejuk mana pon..Try gak hembus kot asap keluar ikot mulut, tak keluar pon..lol.
Lebih kurang dekat pukul 4 petang kami amik keputusan untuk balik.. tapi tak balik rumah pon.. Kami sambung shopping kat One Utama then terus pegi makan shellout. Dalam pukul 11 malam aku betul2 sampai rumah.. Isnin tak MC ok..aku pegi keje macam biasa.

Hahahahaha..

K bai.