Lepas beli tiket di Beijing West Railway station, kami bergerak ke Tiananmen Square. Macam biasa sebelum nak masuk beli tiket subway kena la spot check dulu. Manusia punyala ramai..stress betul hakak. Dalam train walopon tengah berdiri kami masih mampu tido, punya mengantuk baq hanggg.. Sampai di Tiananmen Square, korang follow je yang ramai2 tu..dorang pon nak pergi tempat yang sama. Kalau nak tahu Tiananmen Square ni dibina pada zaman Dinasti Ming pada tahun 1420-an dan pada tahun 1989 ia telah menjadi tempat berhimpun rakyat China terutama golongan pelajar dan para aktivis dalam protes tunjuk perasaan terhadap Parti Komunis China kerana mereka mahukan kerajaan demokrasi dan lebih kebebasan. Dekat dataran ni jugak lah pengisytiharan Republic Rakyat China oleh Mao Zedong pada 1 Oktober 1949. Nampak gambar besor tu..Itulah Mao Zedong. Sapa pulak Mao Zedong nih..?? Google la sendiri.. :P
Direction:
Beijing West Railway St (line 9) - Military Museum (tukar line 1) - Tiananmen West (Exit B)
Untuk melawat dataran ni tak da bayaran dikenakan. Nak gambar cantik ada anak tangga turun lintas ke seberang. Dari seberang jalan korang boleh tangkap full view Tiananmen Square nih.Aku tak rajin so aku tangkap mana sempat je. Seperti yang aku mention sebelum ni, mana-mana tourist spot pon memang penuh dengan orang. Kalo ikot tourist tu tak ramai mana yang selebihnya orang local je. So ko tak payah nak bajet view tu cantik sangat lah kalo masing2 berlumba nak tangkap gambar.. miahahahaha.. Sebelah Tiananmen Square ni ada pintu untuk ke Forbidden City. Senang cakap belakang ni je Forbidden City tu..tak payah naik train lagi dah. Moh kita layan gambar sikit.
Kawasan Tentera |
Ramai kan..Untuk masuk Forbidden City ni dikenakan bayaran 40yuan / person. Kami tak masuk pon, cuma bergambar diluar pon dah cukup. Tak larat berjalan sebenarnya sebab kawasan dia sangat luas. Kami habiskan masa lebih kurang sejam kat sini dan setengah jam lagi penat berjalan kaki ke stesen subway. Kalo korang tengok gambar kat atas, itu adalah pintu keluar. Ada dua pintu keluar sebenarnya, pada asalnya kami patah balik ke pintu dimana kami masuk tadi tapi jagar tu cakap tak boleh keluar kot situ,kena keluar antara dua pintu tu je. So kami pon jadi kompius nak keluar pintu kiri or kanan. Last2 kami follow pintu yang ramai orang keluar. Keluar je pintu rupanya ada sebuah tasik.
Rupanya tak mudah nak balik..huhuhu..kami kena berjalan sepanjang tasik tu sampai ke hujung then jalan lagi lebih kurang 500 meter untuk sampai ke stesen subway. Tapi sepanjang jalan ada kedai2 jual sourvenir, rumah-rumah design ancient jadi dengan cuaca sejuk tak de la letih sangat. Cuma ada jugak la kami berhenti sekali dua amik nafas..keh3..
Tengok jam dah pukul 12 lebih so kami terus gerak ke hotel. Sampai hotel terus check in,fuhhh.. lega betul rasa dapat baring atas tilam..Wuahahaha.. Pada sebelah malamnya kami ke Niujie Mosque cari makan. Jalan punya jalan kami jumpa satu restoran ni..tak pasti nama apa tapi ada tanda halal. Kami pon masuk,nasib baik la ada menu mudah untuk order tapi time nak order air punya la susah nak communicate. Laki aku mintak air kosong sebab dia bagi air panas gila,tekak dah la tengah kering, aku dah nampak jug air kat meja sebelah, tak sempat nak amik dorang dah angkat, so laki aku mintak la balik, dua tiga kali waiter tu datang tapi tetap blur2 last2 laki aku pegi sendiri kat dapur amik jug air tu balik..Nahhh..bersorak satu kedai sebab baru paham apa yang kami nak..naisss...
Direction:
Dongsi St (line 5) - Ciqikou St (tukar line 7) - Guang'anmennei (Exit 2)
Selesai makan tengok jam pukul 9.30 malam. Kami decided ke Wangfujing street dengan harapan masih belum tutup la..Sampai sana tengok2 kedai dah nak tutup,orang pon dh berkurangan dah..nak tak nak balik jela hotel. Apa yang aku baca,dari Wangfujing street nak ke hotel tak jauh sangat. So aku ajak la laki aku jalan je ke hotel..Nahaiiii..dekat 2km jugak nak sampai..terasa macam nak tercabut pinggang.
Continue dihari kedua..