Tuesday, February 28, 2017

Sehari Di Pantai Remis, Jeram Kuala Selangor


Kali ni,kali kedua aku ke Jeram,Kuala Selangor..Kali pertama dulu lebih kurang 7 atau 8 tahun lepas maybe..tu pon pegi waktu malam, group opismate aku wat makan2 ikan bakar kat sana.. Dah pegi time malam,so aku tak penah tahu Kuala Selangor ni macamana (cuma tengok dalam gambar).. sebab lepas makan terus balik.. Miahaha.. Setelah 7,8 tahun aku kembali semula..then kali ni baru aku menikmati permandangan dan ini kali pertama aku jejakkan kaki di Pantai Remis..selalu dengar je sekarang baru berkesempatan nak tinjau kawasan..huhuhu..


Perjalanan dari rumah aku ke Jeram mengambil masa lebih kurang sejam.. Dengan berpandukan waze, lebih kurang pukul 12 tengahari kami bergerak ke sana..Alhamdulillah,tak salah jalan..hahaha.. Perjalanan smooth je,walopon jalan di Kuala Selangor teruk ya hamat.. Mane Jamal pak tongkol..? Takkan dia tak perasan keadaan jalan kat kawasan tu teruk benau..tak reti2 nak ajak ahli2 lain repair ke? Pheww..cakap je pandai.. Ok2 dah2..jangan melalut pelissss... Lebih kurang pukul 1petang kami sampai di The Kabin..masa ni perut kosong lagi..sepanjang jalan dok cari kedai makan,memang jumpa tapi semua tutup..sedeyyy...So aku tanya receptionist time check in,kalo dapat check in awal pon ok jugak..dia cakap pukul 3..nasib la aku ada bawak bekalan sikit dari rumah.. Sebungkus roti, sambal ikan bilis, dengan sebungkus garrett popcorn feberet aku..

Kami amik keputusan nak lepak habiskan masa di Pantai Remis..tak jauh dari kabin,tak sampai 50 langkah gasenya.. Kebetulan aku pegi hari Ahad,banyak gerai jual makanan ringan yang ada.. Ada 2 pondok rehat yang disediakan,jadi kami berteduh disitu.. Lepak sambil kena angin sepoi2 bahasa begitu mengasyikkan..chewahhh... Cuaca panas terik buatkan aku malas nak berjalan2 sekitar kawasan pantai, walopon ada je yang bajet2 mat saleh dok berjemur bawah matahari..


Belek2 jam pukul 2.30 petang.. Kami bergerak semula ke Kabin..selesai proses check in, kami terus rehatkan badan sementara nak tunggu petang.. Sebelah petangnya kami keluar jalan2 menikmati suasana hijau di sekitar kawasan kabin, agak redup sikit baru kami mulakan aktiviti berendam dalam pool.. Orang pon tak ramai time aku mandi, jadi seronok la sikit nak berendam.. Well aku tak pandai berenang pon sebenarnya.. Masa kecik dulu ayah aku beria2 ajar aku berenang, tak berjaya pon..asik tengelam je,bila dah kawin laki aku lak pulun ajar..endingnya pon tetap sama..teori aku mengatakan orang badan kurus lebih berat bila dalam air..sebab tu asik tengelam je..so aku cari solution aku sendiri, macamana tak nak tengelam dan asik timbul je bila dok dalam air.

Tadaaaa... dengan bantuan encik donut, aku takkan tengelam lagi...
Sekarang aku dah ada pelampung sendiri, so tak payah susah2 berenang lagi..miahahahaha.. Laki aku asik membahan aku je, sebab ada 2,3 orang budak kecik siap berenang dalam pool dewasa,tapi aku dok heret pelampung donut tu kehulu kehilir.. Arghhhh.. tak kisah la..aku lagi malu kalo orang tengok aku terkelepiaq2 dalam air acah2 berenang tapi tak kemana pon..sumpah malu..hahahaha.. Petang tu agak rushing sebab lepas tu aku nak ke pantai pulak nak menikmati matahari terbenam.. Alahhhh..sunset...aku tak taw nape tiap kali aku sebut sunset je laki aku mesti gelak..macam terhibur sangat je dengan ayat aku tu..

Tengah seronok2 main air, datang segerombolan manusia mungkin dorang wat family gathering kot baru balik dari pantai then masing2 dah tak menyabor nak terjun dalam pool..nasib baik time tu kiteorang dah puas mandi, so laki aku terus ajak naik.. lebih kurang pukul 6 petang kami siap2 ke pantai..




Menikmati permandangan sunset ni memang menenangkan.. jadi tak mungkin la aku nak lepaskan peluang untuk bergambar riak time tu.. Laki aku yang dilantik sebagai photographer tetap aku, sibuk tunjukkan bakat terpendam dia dengan menjadikan aku model tunggul kayu..






Apabila matahari mula sembunyikan diri, kami pon pulang semula ke kabin.. Pada sebelah malamnya selepas maghrib,lebih kurang pukul 8 malam kami keluar untuk mengisi perut.. Kami memilih untuk makan di Aroma Ikan Bakar yang terletak lebih kurang 3.5km saja dari kabin..Jalan nak ke kedai tu pon mudah..(cari je dalam waze..)


Menu malam tu aku pilih untuk makan ketam telur masin.. Berminggu2 aku dok sebut kat laki aku nak makan ketam kat Jeram, finaly dapat jugak.. Aku amik 2 ekor ketam, sekor sotong untuk 2 orang makan digoreng tepung, ikan kembung bakar, kailan ikan masin,nasik putih 3 pinggan, jus tembikai 2 gelas..total semua RM45++..Kalo kat umah aku, tak dapek la harga tu..tambah2 ada ketam..so bagi aku harganya sangat worth it,patutla ramai orang.. Make sure bila dah sampai jeram jangan lupa singgah di Aroma Ikan Bakar okay..

Selesai makan,kami pulang dengan hati yang gumbira.. Keesokkan harinya selepas check out kami tak singgah memana,hajat asal nak terus balik..sikit lagi nak sampai rumah,laki aku ajak pegi beli tilam baru..ceitt..hahahaha..

Maka berakhir sudah percutian pendek kami di Kuala Selangor sempena besday laki aku yang ke 32 tahun pada Januari lepas..ada rezeki nanti aku nak try Padi box kat Sekinchan pulak.. Untuk bulan 3 aku ada family day kat A'famosa Resort..nanti aku review ok.. bulan 4 besday aku,sekarang aku tengah survey2 tempat menarik untuk diterjah, then bulan 5 our anniversary, tu pon tengah cari port best gak nak selebret..laki aku soh satukan je sume..pilih satu tempat pastu  selebret je dua2 sekali.. eheh.. mana bule..no..no..no.. sape soh janji nak belanja khennnn...miahahahahahaha...

Hahahahaha~~~

Hahahahaha..~~~

K bai.