Harini aku nak bercerita sikit mengenai perkara penting yang patut kita buat sebelum terbang ke negara orang.. kalo ikutkan banyak benda yang patut kita buat tapi disini aku cuma nak listkan 3 perkara terpenting yang patut dan wajib kita titik beratkan supaya kita dapat elak dari berlaku perkara2 yang tak kita ingini.. Mungkin kadang2 kita terlepas pandang atau mungkin kita rasa tak perlu pon untuk buat benda ni, tapi percayalah kadang2 benda yang kita pandang ringan itulah sebenarnya berat untuk kita pikul apabila terjadi pada kita.. Ok malas nak sembang panjang..jom kita mulakan dengan perkara pertama..
Semakan Status Perjalanan
http://sspi2.imi.gov.my/Default.aspx
nota kaki : korang jangan percaya sangat dengan sistem ni,sebab pernah berlaku ada yang check dalam sistem nama bersih tetiba tersangkut kat airport..make sure sebelum pegi call pihak berkenaan untuk kepastian ok.
Travel Insurans
http://www.etiqa.com.my/English/Insurance/products/Personal/travel/Pages/WorldTravellerCare.aspx
Ramai yang amik mudah dengan travel insurans..ada yang cakap amik Air Asia punya insuran tu dah cukup.. Please..please..jangan amik mudah.. setiap travel insurans ada kelebihan masing2.. korang patut paham kebaikan sesuatu insurans tu sebelum beli.. Macam AA punya insurans, pada pendapat aku, tak beli pon tak pe..sebab insuran dia tak menyeluruh..dia cuma cover masa ko start naik flight sampai ko turun flight je..beli la insuran yang cover sepanjang masa pengembaraan ko..senang citer setiap perjalanan ko dilindungi insuran..Ada yg amik mudah..oh xbeli pon xpe..xde pape kot..no..no..no..kita xboleh predict apa akan jadi akan datang.. banyak dah kita tengok di media sosial pegi travel tetiba jatuh sakit, eksiden, meninggal, terpaksa merayu sumbangan untuk dihantar pulang, ingat ye kos perubatan diluar negara sangatlah mahal..jadi jangan amik mudah..memang kita tak nak semua tu berlaku..tapi kita harus sediakan payung sebelum hujan..ye dak..
Mungkin ada yang kompius,sebab sekarang ni terlalu banyak travel insurans sampaikan tak taw nak pilih yang mana.. bagi pendapat aku, most of travelers suka amik AXA, Etiqa tak pun AIA.. tapi tu terpulang pada diri masing2.. kalo nak yang murah korang boleh try amik Takaful Kembara.. macam aku cakap tadi,setiap insurans ada kelebihan masing2.. tapi kalo tanya aku, aku salu amik dengan etiqa.. affordable price and benefit pon ok..semua terpulang pada diri masing2..
Register Of Malaysian Aboard
https://ekonsular.kln.gov.my/
Ini salah satu antara 3 perkara penting yang korang patut wat sebelum ke luar negara.. Terus terang cakap sebelum ni aku tak amik berat sangat pon dengan benda ni..gase cam "alah..pegi kejap je, tak perlu kot nak inform2 bagai" tanggapan tu salah sebenarnya.. Biasakan diri setiap kali ke obersi, maklumkan perjalanan kita kepada pihak kedutaan.. Kita tak tahu apa akan berlaku bila kita dinegara orang.. sebagai contoh.. dua tiga hari lepas kecoh di media sosial berlaku gempa bumi di Japan dan amaran tsunami telah dikeluarkan.. This is something that we cannot predict..bayangkan kalo kita tak maklumkan perjalanan kita pada pihak kedutaan, if something happen, dorang pon payah nak cari kita kat mana.. So ini sangat2 penting.. Cara mudah je, korang ketik kat link yang aku bagi tu, fill up je form, masukkan gamba korang pastu sent.. Nanti korang akan dapat email macam kat bawah nih..
Setel.
Sebenarnya benda2 ni tak susah pon kita nak wat..cuma kita je kadang2 anggap ini tak penting..tapi hakikatnya ia tersangat lah penting..Kalo nak travel dengan gembira sila pastikan diri kita dilindungi agar kita tak susah, family kita pon tak risau.. Happy traveling uolls
K bai.