Wednesday, November 11, 2015

Day 5 - Ke Korea Ke Kami : DMZ Tour & Gyeongbokgung Palace

Sunday 25 October 2015


Aku pon tak taw nape perlu ada minah tu dalam gambar aku..
Bkn gambar aku je,gambar sume orang kat situ kot..nak sembang tapi tak kena tempat.

Permulaan dengan mengutuk gambar diatas..haha..Hari ni aku kena bangun awal sebab aku join DMZ tour half day yang aku amik dari Seoul City.. Dalam pukul 7.30pg dorang datang pick up bawak kami berkumpul di satu tempat,pastu naik bas ke DMZ.. DMZ singkatan dari Demilitarized Zone adalah kawasan sempadan antara Korea Selatan dan Korea Utara.. bebrapa bulan sebelum aku ke Korea,terjadi satu eksiden ketegangan antara kedua2 belah negara apabila dua tentera Korea Selatan (tak salah aku..maaf sekira salah info)cedera akibat daripada periuk api yang dikatakan ditanam oleh Korea Utara..tapi Korea Utara tak mengaku,jadi kedua2 belah pihak berbalas serangan.. Ketegangan kedua2 belah negara yang digelar adik beradik ni dah lama,bermula dari tahun 1950an lagi.. Nak tahu lebih lanjut mengenai Korean war ni,korang boleh refer website ni..
https://en.wikipedia.org/wiki/Korean_War

Jadi aku agak was2 samada nak join ke tak sebab kebanyakkan tour ni cancel atas sebab2 keselamatan.. tapi kerana sifat nak2 tahu atau ingin tahu aku terus book je tour ni dengan harga 40000krw / person.. Alhmdulillah,trip aku tak cancel dan aku berpeluang ke sana,tapi kalo amik full tour lagi best sebab korang leh ke Panmunjom.. Nak tahu lebih lanjut boleh baca kat sini. http://www.tourdmz.com/english/main.php

Dalam pukul 10 kiteorang tiba dia kawasan DMZ, sebelum masuk kawasan tu tentera dorang akan wat security checking, naik atas bas,cek muka sorang2,jadi time tu passport harus dikeluarkan.. Macam tour guide aku cakap, kalo ada sape2 wat plastic surgery kalo dia tanya pandai2 la jawab..haha.. Oh ya,aku amat berpuas ati dengan service dari Seoul City ni, tour guide nya memang fluent english, a bit funny memang best la..



Nama tour guide aku..ejaan lain sebut lain.. Sunny Lee
First pit stop..benti beli tiket

Kaunter tiket,sume tour guide uruskan..
boleh tahan ramai 
Sempat naik atas kejap je,sebab dia bagi turun cuma 15minit..
Loceng keamanan..apa yang aku taw serba sikit,loceng ni
akan dibunyikan sekiranya kedua2 negara ni bersatu..
Selesai urusan beli tiket kami bergerak ke Third Tunnel..sebelum sampai tour guide aku bagi briefing serba sikit mengenai DMZ, keadaan semasa, dan recap balik kisah2 perang antara kedua2 buah negara.. something yang interesting untuk kita tahu.. sebelum ke Korea pon aku ada baca serba sikit sejarah dorang..at least tak dela aku blur sangat..hehe..

Permandangan sepanjang perjalanan..


Military camp
Sesampai di Third Tunnel, kami diberi peluang untuk lihat filem pendek tentang macamana berlakunya peperangan antara kedua2 buah negara,dan aku berharap moga satu hari nanti mereka berdamai kerana dunia perlukan keamanan.. Peace no war :)

Selesai tengok filem pendek tu kami dibawa ke tempat dimana adanya tunnel ketiga yang dikatakan digali oleh Korea Utara dan tunnel ni dijumpai oleh tentera Korea Selatan setelah diberi tahu oleh agen risikan dari Korea Utara..sehingga sekarang sudah 4 tunnel dah dijumpai oleh pihak Korea Selatan dan terowong2 ni semua menghala ke Seoul..seperti biasa, Korea Utara tak maw mengaku jugak..yang tu aku tak nak masuk campur..hehehe.. Sebelum masuk ke dalam tunnel kiteorang dengar sedikit briefing tentang kewujudan tunnel ni dan diberi topi kuning ala2 kontrektor tu..bukan apa,kawasan kecik,sempit rendah lak tu..kang terhantuk berdarah otak sape nak tanggungjawab..Dalam tunnel ni "officially" tidak dibenarkan membawa kamera..tour guide aku pon cakap main2 je,pastu dia cakap plk,jangan bagi dia nampak..so ape lagi..aku sembunyi kamera aku dalam sweater..haha..

Laluan dalam third tunnel,ni time awal2..luas lagi kawasan dia.
Kalo tengok celah pintu tu boleh nampak ke belah Korea Utara..
kalo ko jerit dorang boleh dengar,time ni tak boleh tangkap gambar,tp sembunyi2..
sebab ada cctv,dorang monitor,kalo kantoi dorang pekik "no picture" "no picture"
Cute benor 
Sejarah wujudnya third tunnel

Aku ada sertakan video curi2 macamana keadaan dalam tunnel tu.. kesian benor mat saleh tu,dia tinggi, terbongkok2 bila sampai tempat tinggi sikit benti la betulkan pinggang dia..haha.. laki aku lak dok bising kat aku jalan slow2 sebab dia dah lengah terbongkok2,maklumla ketinggian aku paras2 je ngn terowong tu,bercinta la bila berjalan..hik..hik..

Selesai aktiviti kami disini,aku ada beli souvenir sikit kiteorang gerak ke Dorasan Observatory iaitu kawasan berbukit,di kawasan ni kita boleh nampak Korea Utara dari jarak jauh,tak jauh sangat tapi still boleh nampak..kat sini juga disediakan teropong,tapi berbayar..nasib aku baik sebab aku guna teropong yang rosak,tak payah masukkan duit,tengok je terus nampak..haha.. dari jauh Korea Utara nampak tak ubah seperti padang jarak padang terkukur..yela,bumi yang tak ternoda oleh dunia luar memang la macam tu..bila aku tengok memang speechless, hati ni rasa membuak2 tingin nak melawat Korea Utara sebab aku rasakan negara dorang cantik.. bila terlalu banyak melihat pembangunan dan kemajuan,kadang2 mata kita nak jugak disajikan dengan permandangan2 semula jadi..ye dak..

Dorasan Observatory














Sejujurnya aku amat berminat nak tahu lebih detail mengenai Korea Utara,amat2 berminat.. Korea Utara dah jadi travel wishlist aku,ya..aku taw nak kesana agak costing but who knows..rezeki Allah taala punya kuasa..tak salah bermimpi betul tak..balik dari sana aku tengok you tube, dalam tu dorang ada sebut rupanya kawasan 2 yang aku nampak tu adalah propaganda Korea utara..dorang just nak show off kat Korea Selatan yang dorang pon mampu hidup mewah,happy dan sebagainya la..and yang paling tak leh blah sekali sebenarnya kawasan tu kosong..tak de orang pon..as I said, just propaganda. Patutla masa kat Dorasan tu laki aku dok bising, dia teropong punya teropong tak de sape sorang dia nampak,dia dok pelik sorang2..yela kawasan besar macam tu takkan tak de sorang pon kan,at least kalo pakai teropong leh jugak nampak sorang dua tengah jalan kaki ke,nek basikal ke, ni tak..sunyi je..
jadi benar la apa yang ditengok dan didengar..itu cuma mainan.. so childish.

Lepas setengah jam di Dorasan,kami ke Dorasan Station..Stesen ni adalah stesen terakhir dari Seoul dan stesen pertama ke Korea Utara..Boleh nampak la effort Korea Selatan nak berbaik dengan Korea Utara..kalo Kim Jong il belum mati,maybe slow2 dorang boleh berbaik..but now, Kim Jong Un..I is no idea..hehe..

Tour guide aku tengah sibuk bagi penerangan
Dorasan Station 

DMZ ni pon kita boleh je pegi sendiri dari Seoul,tapi bg aku agak complicated.

One sweet day,hopefully..keep praying :)

Sedih jugak la tengok

Impian yang belum direalisasikan

Permandangan dari luar,kalo lah stesen ni beroperasi ke Korea Utara,
mesti meriah kawasan ni..

South Korea Military..
aku tanya dia boleh tak amik gamba,kiut je slow2 dia anguk..
baru nak klik kamera ade tourist mana tah loser
sorang2,jadi dia terus jalan pegi tolong..haishh..
Setelah selesai DMZ half day tour ni,aku suggest korang amik tour ni..sangat2 best..kami ke kedai ginseng yang aku pon tak sure kat mana..memula aku tak nak turun,laki aku ajak..saja tengok2 ape ada..ade sorang salesgirl dari Malaysia kemain rancak dok promote kat aku ginseng dorang, tapi tengok harga mak aii..aku bukan travel g sana semata2 nak beli ginseng cek oii..lari bajet mak, nakk...!! habis sessi perah taik telinga dengar story mori pasal ginseng, pihak tour turunkan kiteorang kat City Hall.. Kebetulan hari minggu kan..meriah la..ramai sangat orang..memula aku decide nak jengok2 kat Deoksugung Palace,tapi manusia bersumut kat depan tu,maka kami pon jalan kaki slow2 ke Gyeongbokgung Palace.

Deoksugung Palace

Seoul City Hall

Cheonggyecheon-ro, time ni aku nak cari KTO..tp lupa hari Ahad :)

Akibat malas menaip,nak aku bagi sedozen gambar Gyeongbokgung Palace..haha





3000krw / person.. nak taw lebih detail pasal sejarah palace
ni,korang boleh baca kat belakang tiket.


Ramai betul umat


Hei Mr.Rabbit..wait for me..!!!

Cantik kan..


Palace of Dynasty Joseon

Rata2 architecture nampak sama,tapi kalo tengok betul2
setiap tempat ada keunikkan tersendiri 

Autumn tak sampai Seoul lagi time ni..


Laki aku cakap ni la tempat yang boring bagi dia..padahal banyak seni bina cantik yang ada kat palace ni.. kiteorang ada minat yang sama tapi tak semua..macam aku,aku lebih minat ke arah sejarah,barang2 lama,seni bina lama,macam dia pulak,dia rasa tu satu benda yang boring..tapi bini punya pasal,layankan jela..time aku pegi dah habis sesi pertukaran guard..jadi bukan rezeki aku.. Habis je tawaf,kiteorang gerak balik ke guesthouse sebab perut mintak makan..

Sampai guesthouse,aku panaskan nasi lemak brahim ngan nasi goreng ayam brahim, sedap.. tak de aktiviti luar, pada belah malam kami keluar ke Myeongdong jalan2 cari makan..

Bersambung hari ke enam...