Friday, September 25, 2015

Tips Bagi Yang Belum Ada Anak

Berbicara pasal rezeki ni tak kan habis..Rezeki Allah tu luas,seluas2 alam,seluas2 lautan yang penting sentiasa bersyukur.. Aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang..Alhamdulillah..tuhan tak pernah lupa pada aku..tapi mungkin aku kadang2 selalu lupa padanya..Hinanya aku.. Ampunkan aku Ya Rabb maha pengampun lagi mengasihani..aku selemah2 manusia,sehina2 hamba.. Rezeki datang dalam perlbagai bentuk.. Bagi yang dah berkahwin macam aku ni of koz rezeki anak yang kita nak, tapi harus di ingat Allah menjanjikan rezeki bagi setiap pasangan yang berkahwin..tapi Allah tidak berjanji setiap yang berkahwin rezekinya anak.. Jadi positifkan diri..setiap rezeki yang Allah bagi bersyukur seadanya.. Allah tahu bila masa sesuai untuk bagi pada kita.. Sabar usaha dan berdoa..

Selama hampir 4 tahun aku kawen tipu la cakap mental aku tak pernah breakdown kalo pikir pasal ni..Tapi aku ajar diri aku untuk lebih positif.. Pegang pada prinsip "Allah uji sebab Dia sayang" Allah tahu kemampuan kita..Dia tak kan sesekali menguji sesuatu perkara di luar kemampuan kita.. Selagi mana kita bersabar,lagi banyak rezeki yang kita dapat.. Belum punya anak,tapi dalam tempoh perkahwinan aku,Allah pelbagai kan rezeki aku..dari segi duit,harta dan kasih sayang.. Nak kata bermewah sangat tu tak la.. tapi ada..sentiasa ada..

Kat sini aku nak bagi sedikit tips pada mereka2 yang belum punya zuriat sendiri dan,mental makin breakdown..cuba ikut langkah2 ni..InsyaAllah anda akan menjadi seorang yang positif dan sentiasa ceria..wah3...hahaha





  • Enjoy Your Life
Best ke hidup dalam kemurungan? Takkan.. jadi takkan sebab ni sebab tekanan orang sekeliling kita nak buat hidup kita bosan? sangat tak best.. Tak de anak bukan penghalang untuk kita hidup bahagia..kebahagiaan rumah tangga terletak pada diri kita..macamana kita manage..jadi setiap pagi bila bangun,bangunlah dengan senyuman,buat something yang boleh mengembirakan hati.. Kadang2 Allah tak bagi rezeki anak mungkin dia nak kita kenal hati budi husband kita secukupnya, bagi ruang untuk kita bermanja secukupnya,sebab salunya wife2 yang belum ada anak ni,dia punya manja lain macam..betul tak..haha..Aku enjoy dengan life aku..seriously..best..kadang2 orang yang ada anak pulak yang jeles ngan kita..bukan kita yang jeles ngn dorang.. Buat something bersama.. contohnya tengok movie,baca buku,jalan2 atau travel bersama..bestkan..Penuhkan harian kita dengan aktiviti..

  • Jangan jadikan kekurangan itu kelemahan
Tak perlu update fb sehari berbelas kali meratap syahdu kekurangan kau..tu akan buat mereka2 yang merasakan diri perfect sebab dah beranak pinak gelak terbahak2 dekat kau..asal kau ingat tak de orang macam tu? Banyak aku jumpa.. tapi its okay..ignore kan je.. Jangan buat macam tu..sebab belum ada anak bukan punca kau untuk kau lemah,sebaliknya bangun bak wira..hahaha..be like superwomen..Kau tahu kau ada kekurangan tapi jadikan kekurangan tu sumber kekuatan dengan cara tu tak kan ade orang nak kondem kau lagi..tak perlu nak update pape pasal ni dekat fb..sebenarnya dekat media sosial ni banyak mata2 yang memerhati..terlalu ramai..macam aku,aku tak pernah guna media sosial untuk bercakap perihal ni..aku lagi suka update yang aku memang enjoy dengan life aku..sememangnya aku enjoy..serius tak tipu.

  • Tenang menjawab soalan
Dulu mula2 aku agak berangin bila orang asik tanya,emo je memanjang tapi bila lama2 aku makin cool,lali barangkali..haha.. pesan aku jangan cepat melatah,bila kau cepat melatah,kau akan rasa banyak benda  'kurang' dalam hidup kau..Jadi jawab setiap pertanyaan dengan senyuman..kalo orang tanya ada isi ke belum kau jawab je "belum lagi makcik" fullstop. Tak perlu melalut bagai..kalo diorang balas balik,tak pela nak wat gena,belum rezeki..berdoa la.. (dorang tau sebenarnya rezeki dari tuhan,tapi tak alert barangkali) kau balas balik.. 'ye betul tu' tak pon diam dan senyum..dah setel.. Mungkin golongan ni agak annoy,tapi what to do..layankan jer..yang penting kau tahu mana perlu jawab,masa mana kau perlu diam..ok..

  • Ketawalah selalu
Part ni aku suka..tetiba tingat kat laki aku..Alhamdulillah selama kawen aku tak pernah rasa boring..tiap2 ari ada ja benda nak sembang,nak gelak nak menganjing sesama sendiri.. time gaduh tu lain cite la..haha.. benda2 macam ni akan wat kau tak boring bila ada kat umah even berdua..masing2 berlumba nak balik teringat kat laki/bini kat rumah..aku spesis macam tu..kalau laki aku keje shift petang,lambat je aku nak balik sebab dia takde,tapi kalo dia ada,tak sempat time balik aku dah angkat beg..Jenis kami pulak Setiap minggu wajib lepak kedai kopi,pekena kopi secawan sembang la itu ini..dalam sebulan tu akan ada bedtime talk,kadang2 dua minggu sekali,kadang2 seminggu sekali,tengok pada keadaan..selaluya time cuti la kiteorang salu wat..bedtime talk adalah korang sembang dalam gelap atas katil,jangan ingat katil2 tu semata2 nak exercise je..hahaha..sunyi2 macam tu memang best nak sembang,apa yang keluar dari mulut memang jujur dari hati..haha..sembang la apa korang nak..kadang2 sonok sembang sampai pukul 3,4 pagi pon tak sedar..nampak simple,tapi ni salah satu cara eratkan lagi hubungan kiteorang.

  • Latih diri menjadi lebih positif
Kalo sebelum ni kau selalu banyak berburuk sangka and prejudis terhadap orang lain,apa kata ubah diri ke arah yang lebih positif..ambil sesuatu dari sudut kebaikan..as a human,tipu la kita tak de negative thinking..ada tu ada..tapi kurangkan.. Kalo ada orang gelak atau sindir kau perempuan tak leh beranak umpama kain buruk bagai jangan melenting,cakap dalam hati 'Alhamdulillah' senyum dan positif.pikir maybe ada sebab nape orang tu cakap macam tu..mungkin dia nak wat kau marah,dan kau tak pelu marah,pikirlah mungkin hidup kau lebih bahagia dari dia sebab tu dia cuba untuk put you down..jadi kau jangan ikut macam dia..just buat tak taw..dari situ muncul aura positif dalam badan kau..jadi kau dah tak kisah ape pon orang nak cakap dekat kau..

  • Doa Usaha Tawakal dan Sabar
Selain dari yang atas2 ni,ni juga salah satu benda penting yang perlu ada..Berdoa semoga apa yang kita nak dimakbulkan..Usaha lebih sikit,tapi kalau tak berjaya jangan mengalah..Allah tak suka orang yang mudah berputus asa..sentiasa tawakal..jangan terlalu mengharap..belajar redha..belajar bersabar untuk setiap perkara.. cuba tengok orang lain yang jauh lebih sabar menanti cahayamata..ada sampai berpuluh tahun..jadi kalau dorang boleh bersabar,why not kita yang baru setahun jagung ni..ye dak.. Kalau kita pikir kita ni susah,pikir orang lain yang jauh lebih susah..insyaAllah kita akan menjadi seorang yang sentiasa bersyukur.

Ok itu saja tips2 yang boleh aku kongsikan,yang aku praktik kan dalam hidup aku..Positif selalu. Fighting..!!!

K bai.