Tuesday, June 23, 2015

Aviophobia - Atasi Rasa Takut Menaiki Kapal Terbang



Sapa macam aku? Tetiap kali fly dia punya neves bercampur baur.. Siyesly kalo fly,dia punya neves len macam.. Salu waktu puncak kenevesan aku time take off and touch down..touch down ok sikit la,tapi tiap kali take off aku punya perasaan lain macam n lebih kepada nak menangis..haha..masa tula lengan montel laki aku jadi mangsa..aku mesti pegang kuat sambil mulut terkumat kamit..aku adalah spesis jarang naik flight sebab aku lebih suka guna pengangkutan darat konon yakin lebih selamat.. Hellooooo..kalo nak mati kat mane2 pon boleh la..ye betul..tapi akibat perasaan takut yang melampau tu la sebolehnya aku elak.. Camno eh nak terbang ke Obersi chek oii..yang sejam dua perjalanan pon aku semacam je ni telah la 6 jam plus..plus..and plus.. sigh.. *lap peluh..

Jadi aku gunakan sebaik mungkin pak cik google untuk cari apa2 kaedah yang boleh diguna pakai untuk mengatasi masalah aku nih.. Antara blog2 yang aku baca,ni antara panduan yang bagus untuk atasi rasa takut ketika terbang..


Mengikut sumber New York Times, sebanyak 64% perempuan dan 36% lelaki mengalami fobia menaiki pesawat yang juga digelar sebagai pengidap “Aviophobia”. Aviophobia merupakan satu jenis ketakutan, rasa cemas, dan gelisah ketika menaiki kapal terbang. Ketakutan ini bukan sahaja menimbulkan kegelisahan kepada penghidapnya malah turut mengganggu hidup mereka yang terpaksa berhadapan dengan masalah apabila mereka tidak dapat menaiki kapal terbang untuk tuntutan kerja.

#1 Cuba Sampai Awal Di Lapangan Terbang

Datanglah ke lapangna terbang lebih awal dari jadual penerbangan anda. Jika terlambat, pastinya wujud perasaan cemas ketinggalan pesawat. Rasa cemas ini sememangnya tidak akan membantu sebaliknya menjadikan anda lebih teruk! Bayangkan apabila jantung berdengup kencang, ia akan menyikarkan keadaan untuk menjadi relaks ketika di dalam kapal terbang. Paling tidak, cubalah untuk sampai sejam sebelum berlepas.

#2 Memilih Tempat Duduk

Untuk memilih tempat duduk, tempahan awal perlu dibuat. Tempahan online boleh membantu anda melihat kedudukan tempat yang anda mahukan. Namun, bagi anda yang mudah rasa cemas ketika kapal terbang ingin berlepas atau mendarat, tempat duduk barisan hadapan adalah paling sesuai. Ini adalah kerana bahagian hadapan agak kurang terasa geloranya.

#3 Elakan Minum Kopi Atau Minuman Berkafein

Minuman berkafein seperti kopi, teh dan minuman tenaga boleh membuatkan minda menjadi lebih ‘hyper’ dan menjadikan kita lebih gelisah ketika berada di dalam ketakutan. Antara minuman yang dicadangkan adalah air masak atau jus buah-buahan.

#4 Mendengar Muzik Yang Menenangkan

Muzik instrumental atau lagu kegemaran boleh menjadi peneman di kala berada di dalam kapal terbang. Muzik yang lembut juga bakal memberikan anda ketenangan sekali gus menjadikan anda lebih relaks.

#5 Cuba Latihan Pernafasan

Menarik nafas dengan betul biasanya akan membuatkan anda berasa lebih tenang. Caranya mudah! Mulakan dengan menutup mata, tarik nafas sedalamnya dengan menggunakan perut, tahan seketika dan kemudian hembus perlahan-lahan. Ulangi beberapa kali dan pastinya teknik ini berkesan untuk menghilangkan rasa gementar yang anda alami.

#6 Beritahu Pegawai Penerbangan

Beritahu pramugara atau pramugari yang bertugas bahawa anda mengalaman masalah ‘takut’. Tidak perlu merasa malu kerana rasa takut dan cemas biasanya dirasakan oleh kebanyakan penumpang lain. Krew penerbangan biasanya mempunyai cara tersendiri untuk menenangkan penumpang yang mengalamai Aviophobia mengikut latihan yang diterima.

#7 Sibukkan Diri

Kesibukan dengan melakukan beberapa aktiviti biasnya boleh mengalihkan perhatian dan melupakan seketika rasa takut dan cemas ketika berada di dalam kapal terbang. Membaca majalah yang disediakan atau berbual dengan penumpang sebelah mengenai topik menrik juga boleh dilakukan.

#8 Jangan Terlalu Berfikir

Cuba jangan terlalu memikirkan bagaimana corak perjalanan yang dikendalikan oleh juruterbang. Terlalu berfikir akan menyebabkan anda rasa panik dan cemas. Jika anda tidak dapat berhenti berfikir, cuba ubah pemikiran anda berkaitan betapa indahnya lokasi yang bakal anda kunjungi apabila tiba nanti dan apa aktiviti yang akan anda lakukan bila berada disana.

Kena cuba.. K bai.