Monday, March 9, 2015

Bangkit..!!

Dulu....
Aku seorang budak perempuan yang innocent..berkawan dengan orang tanpa rasa prejudis.
Aku tak kisah orang nak berkawan dengan aku cuma untuk ambil kesempatan ke hape,sebab aku kan innocent..sume orang baik bagi aku..
Sampai satu masa,peristiwa 10 tahun lepas,banyak mengajar aku erti kehidupan sebenar,banyak membuka mata aku bahawa tak semua orang baik seperti yang aku jangka..
T..bukan saja aku anggap teman rapat,beliaulah sedarah sedaging aku dunia akhirat,orang yang aku percaya sepanjang hidup aku,yang aku peluk disaat suka dan duka rupanya menghulurkan pisau disaat dia membalas pelukan aku..


Sedih....
Peristiwa yang aku kenang seumur hidup aku..tp Alhamdulillah aku berterima kasih pada T kerana dia berjaya buka mata aku bahawa bukan semua manusia dalam dunia adalah baik..
Dia mengajar aku bahawa hidup jangan terlalu mempercayai orang,kelak kau akan dipijak..
Setelah dari peristiwa tu,aku bangkit..bangkit dari rasa takut,bangkit hilangkan semua rasa baik kepada mereka disekeliling aku,bangkit dari hati yang lembut menjadi keras,bangkit dari melontarkan tutur kata menjaga hati kepada seorang yang bersifat terus terang tanpa menjaga hati..
wah...begitu kuat impak peristiwa itu pada aku..

Aku....
Selepas 10 tahun,aku selesa dengan cara aku..aku tak kisah siapa yang tak suka aku,siapa yang suka aku..sebab aku adalah aku..aku masih ada kawan baik,suami aku,mak aku..itulah kawan terbaik yang aku ada..aku tak perlukan orang luar untuk menjadi teman rapat aku..aku trauma..cukuplah apa yang aku dapat selama ini..baik dengan orang akhirnya aku tertikam..tipu la cakap aku tak ada kawan,memang ada..tapi aku letakkan gap antara aku dan mereka..tak salah kalau aku berjaga2 sebab aku dah penat melayan karenah orang yang tak ubah seperti birokrasi.

Terima Kasih T...
Sebab kau mengajar aku menjadi kuat,menjadi kuat untuk tidak mudah dipijak oleh orang seperti kau..Dan kau patut tahu jauh dilubuk hati aku,aku sudah maafkan semua kesilapan yang kau buat pada aku..tapi kau patut tahu...........

Aku..Maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu cukup kau tahu
Yang aku..Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

K bai