Friday, September 13, 2019

Next.. Angkor... Wat..???


Last entry beriya aku cakap nak pergi Kundasang bawak parents aku kan.. Sekali..Aku melencong tempat lain.. Ni semua sebab tiket ke KK mahai oii..sakit betul hati.. Bayangkan 4 orang almost 1.2k tu tak masuk seat makan lagi.. Jadi aku cakap kat mak aku, next year macamana pon aku akan bawak jugak.. memang niat aku nak support dorang pegi sana..but since plan tu pon macam rush, hunting tiket tak murah-murah so aku postponed jela next year. Kena pulak aku punya big point nak expired hujung taun ni, 5k pulak tu nak expired memang tak la aku nak biar..huhu..so tengah scroll fb aku nampak ada orang post kat bbm final call untuk aa big member, aku bukak tengok apa yang boleh redeem. Siem Reap ni memang aku nak pegi lama dah, Angkor Wat is one of wishlist so alang-alang dia pon ada dalam golongan yang boleh redeem,tunggu apa lagi..

Friday, August 23, 2019

Hari Kedua Dan Terakhir Di Penang : Pasar Chowrasta Dan Jeruk Sedap


Ok sebelum aku teruskan dengan cerita hari terakhir aku di Penang, Aku nak meratap sikit pasal isu hutan Amazon yang terbakar hampir 3 minggu. Allahu..sedihnya bukan kepalang la..hutan paling besar sekarang ni dah tinggal suku.. Sebagai pencinta alam semulajadi, aku sejenis yang sangat oversensitive pasal isu-isu macam ni.. Mudah je nak meleleh airmata. Dia punya sedih tu memang tahap paling dalam. Bayangkan lah.. Kalo kemusnahan tu melibatkan ciptaan manusia ni,aku tak kisah sangat..Sebab kalo rosak pon masih boleh buat balik. Ni ciptaan tuhan cek oii..sis ulang balik.. "Ciptaan Tuhan" benda yang kita tak boleh beli dengan apa pun. Bila rosak mana kita nak cari ganti.. Apa lagi yang kita nak simpan untuk generasi kita kalau semuanya kita musnahkan. Perasaan sedih, marah, semua bercampur je sekarang nih, aku cuma bayangkan macamana haiwan kat sana, orang-orang asli amazon, tumbuhan yang hampir pupus, bila tempat dorang hilang macam tu saja akibat kerakusan orang-orang gila. Satu masa nanti bila memasing dah rasa peritnya nak bernafas masa tu baru pikir betapa pentingnya hutan, dah terlambat untuk semua tu. Dihari Jumaat yang mulia ni, aku berdoa sangat semoga perkara ni tak berlarutan, semoga ada lagi yang masih boleh diselamatkan. Semoga dipermudahkan urusan untuk memadam kebakaran tersebut.

Thursday, August 15, 2019

Hari Pertama Penang : Cendol, Pasembor Dan Padang Kota Lama



Lagi 200 meter nak sampai hostel kami singgah di gerai cendol paling femes kat kawasan Georgetown ni.. Dengan panas lit lit memang kena sangat la pekena cendol. Kami bernasib baik masa sampai tak ramai..tengok gambar kat atas,tak ramai kan..masa tengah makan,sedar2 je tengok dah beratur panjang. Ada yang beli tapau bawak balik, ada abg food delivery datang beli sebundle, meriah nau..tapi jangan risau..beratur tak lama pon..dorang ni cepat kot wat cendol. Semangkuk cendol berharga rm2.10..sumpah cendol dia memang sedap..makan time tekak tengah kering lak.. Memang ngam yakmat la..Haaaa...sedapnyaaa..!! no wonder la nape dia antara the best cendol in Penang. Lokasi dia mudah je..Dekat je ngan Chowrasta.. Cari je kat lorong2 tu, tak salah aku lorong kedua dari Chowrasta..Jalan ke arah Komtar,

Wednesday, August 14, 2019

Hari Pertama Penang : Bukit Bendera, Nasi Kandaq & Street Art


Trip Penang ni aku ada rasa sedikit kecewa sebenarnya. Tak puas oii dua hari satu malam ja.. Memang nak kena repeat rasanya.. Penang memang sorga makanan.. Ok pagi tu flight pukul berapa eh aku tak ingat..tapi pagi la.. Jadi pagi tu kami ingat nak park kat Putrajaya Sentral, tapi kena time tu pulak touch n go tak topup lagi. Dinasihatkan nak park n ride kat stesen KL transit ni kena pakai touch n go and pastikan dalam tu ada balance secukupnya. Agak menyusahkan la..Patutnya time masuk tu bagi jela touch kalo tak cukup baki pon nanti orang topup la,macamla orang masuk park situ tak nak keluar dah. Complicated betul. Jadi sebab pagi buta nak tak nak kiteorang gerak je gi klia, park situ.. Sebab pikir satu hari je.. Nahai..Mahei nak mampoih.. Sehari semalam RM80. Gila la..memang wat duit betul Malaysia Airports nih. Tapi nak wat camana..worst come to worst..takot tertinggal flight lak nanti,maw tak maw pejam mata jugak laa...

Tuesday, August 6, 2019

Hotel Review : Wassup Youth Hostel, Penang


Short trip geli-geli aku ke Penang haritu,aku stay di Wassup Youth Hostel yang terletak di Georgetown, dekat je dengan Komtar. Memang tempat dia sangat strategik nak kemana-mana tu tak de problem la. Harga semalam untuk double room rm80++ aku booked kat booking.com tapi tak taw nape masa bayar harga jadi harga lain. Tak perasan pon sebenarnya, time nak edit gambar baru perasan price tak sama. Hahaha.. So far hostel ni ok bagi sesiapa yang wat short trip cuma satu je yang aku tak suka. Dia punya sound proofing,geram je aku. Masa aku sampai tu dah la letih berjalan tengah panas sebab kami dari art street so jalan kaki je la lebih kurang 1km lebih rasanya nak ke hostel. Dah sampai aku nak rest la sebab semalam tu tido-tido ayam je sebab flight pagi so kena bangun awal la. Baru seronok lelap sekali aku dengar bunyi orang bukak tutup pintu berkali-kali. Kalo perlahan tak pe,dah tu kalo sekali je tak pe ni tak banyak kali dan kuat. Sakit hati la aku pon.